Gambar family portrait ini diambil pada sekitar awal tahun 1974 kat Taman Nanyang, Jinjang Utara, Kuala Lumpur, semasa perayaan Tahun Baru Cina.
Dari kiri: Abang sulung (9+ tahun), mak, kakak (7), nenek, adik lelaki (9 bulan), kakak (4+), ayah, tuan punya blog (2+), dan abang (5+). Adik perempuan yang bongsu datang join kami pada tahun 1982.
Tahun itu, nenek datang all the way dari Batu Pahat, Johor untuk beraya dengan kitorang kat KL. Biasanya kita yang balik Batu Pahat merayakannya bersama nenek. Nenek kini berada di sini <-- klik.
I tak ada memori mengenai gambar ini. Maklumlah, umur I belum pun cukup 3 tahun. Putih mata pun masih kebiruan lagi. Kata orang, putih mata budak-budak yang masih kebiruan itu bermakna mereka boleh nampak hantu! Nasib baik lah I cuma mula ada memori kenangan silam selepas berusia 3 tahun. I tak ingat pasal hantu-hantu yang pernah I nampak. Har har!


