Babab.net

Showing posts with label gambar lama. Show all posts
Showing posts with label gambar lama. Show all posts

Saturday, October 01, 2011

Gambar dulu-dulu #2



Gambar family portrait ini diambil pada sekitar awal tahun 1974 kat Taman Nanyang, Jinjang Utara, Kuala Lumpur, semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Dari kiri: Abang sulung (9+ tahun), mak, kakak (7), nenek, adik lelaki (9 bulan), kakak (4+), ayah, tuan punya blog (2+), dan abang (5+).  Adik perempuan yang bongsu datang join kami pada tahun 1982.

Tahun itu, nenek datang all the way dari Batu Pahat, Johor untuk beraya dengan kitorang kat KL.  Biasanya kita yang balik Batu Pahat merayakannya bersama nenek.  Nenek kini berada di sini <-- klik.

I tak ada memori mengenai gambar ini.  Maklumlah, umur I belum pun cukup 3 tahun.  Putih mata pun masih kebiruan lagi.  Kata orang, putih mata budak-budak yang masih kebiruan itu bermakna mereka boleh nampak hantu!  Nasib baik lah I cuma mula ada memori kenangan silam selepas berusia 3 tahun.  I tak ingat pasal hantu-hantu yang pernah I nampak.  Har har!


Saturday, June 18, 2011

Contest Anda Bagi Gambar, Prince Bagi RM50!!!





Memang dah lama I nak share gambar nih.  Kebetulan pulak Prince tengah menganjurkan contest gambar dan gambar nih memang sesuwai untuk kategori pertama iaitu "Gambar Kenangan Terindah Bersama Keluarga".

Untuk mengetahui butiran lanjut dan kategori-kategori yang dipertandingkan, sila lah ke blog Prince ye? 

Gambar nih dirakamkan di Fort Siloso, Pulau Sentosa, Singapura oleh uncle I ketika kami melawat beliau sekeluarga di Singapura pada sekitar tahun 1977 atau 1978.

Gambar nih unik kerana ia diambil secara candid ketika kami semua sedang duduk berehat-rehat di meriam tersebut tanpa banyak bercakap setelah penat seharian berjalan-jalan di serata pelusuk Pulau Sentosa.  Masing-masing dengan karenah masing-masing.  Tak der sorang pon yang sedar, kecuali sorang budak yang duduk kat tengah-tengah tuh, bahawa Uncle sedang mengabadikan saat itu di dalam sekeping gambar sebagai kenangan terindah bersama keluarga dan sanak-saudaranya dari Malaysia.

Cuba teka saper budak tuh? ;-)


*Senarai semua peserta untuk Kategori 1 & 2 di sini dan Kategori 3 & 4 di sini. 


**Gara-gara entri nih lah kot yang telah menambat hati Ben Ashaari untuk memilih blog nih sebagai salah satu daripada 5 blog pilihan pada hari Sabtu, 18 Jun 2011.
--> http://www.benashaari.com/2011/06/blog-pilihan.html 

Terima kasih Ben!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2