Gambar hasil pencarian Google.
Semasa membuat entri 'Video Jambatan Tenggarong di Kalimantan Timur runtuh' pada 05.12.2011, I terjumpa info pasal Tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11.12.1993. Lagi 6 hari adalah ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers.
Lalu timbul idea untuk membuat satu entri khas bersempena dengan ulangtahun ke-18 tragedi ini. I teringat pernah melihat satu siri gambar yang merakamkan detik-detik berlakunya keruntuhan bangunan kondominium mewah itu di akhbar-akhbar tempatan pada ketika itu.
I pernah cuba untuk mencari gambar-gambar tersebut beberapa tahun yang lepas, barangkali 5-6 tahun yang lepas, tapi tak jumpa. Mungkin pada ketika itu ia memang belum wujud di internet.
Kini gambar detik-detik keruntuhan bangunan itu sudah boleh dijumpai di internet, terutama sekali di dalam blogosphere yang amat pesat berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Gambar-gambar yang dipilih adalah dengan tujuan untuk dijadikan satu video klip seperti mana yang pernah I buat untuk entri 'UFO di KLCC'. Agak susah juga untuk mendapatkan gambar-gambar yang berkualiti. Kebanyakan gambar yang I jumpa itu bersaiz kecil dan kurang jelas.
Nak tak nak, terpaksalah juga digunakan gambar-gambar yang kurang jelas itu. Kualitinya diperbaiki sebaik mungkin menggunakan Photoshop. Video yang bakal dihasilkan itu harus bersaiz 16:9 kerana itulah saiz paparan paling popular masa kini.
Namun timbul masalah dengan Windows Movie Maker kat laptop I. Sikit-sikit, gantung hang. Nak tukar aspect ratio kepada 16:9 pun gantung hang.
Laptop I teramat lah lembabnya semenjak I install AutoCAD. Oleh kerana AutoCAD ini adalah trial version, maka I uninstall jer. Pas tuh I scan dan repair menggunakan Advanced SystemCare serta reinstall Windows Movie Maker, tapi masih problem.
Idea asal adalah untuk membuat posting ini tepat pada tarikh Ulangtahun ke-18, iaitu pada 11.12.2011, tapi oleh kerana masalah laptop yang lembab dan software bermasalah, terpaksalah ditangguhkan projek video ini.
Dipendekkan cerita, akhirnya siap juga video ini menggunakan PC lain (tak perlu ler ceritakan PC mana, hehe...), dan inilah hasilnya:
Tragedi yang mengorbankan 48 nyawa ini telah didokumentasikan pada tahun lepas oleh History Channel dan telah ditayangkan di Astro. Sayangnya kedua-dua anak-beranak yang terselamat itu tidak dapat dikesan untuk diwawancara dalam dokumentari itu yang kini boleh ditonton di Youtube.
Berikut adalah Bahagian 1 daripada 5 bahagian video tersebut:
Apa yang menarik perhatian I ialah ketika dalam keadaan kelam-kabut sejurus selepas runtuhnya kondominium itu, kru berita sempat menemubual seorang kanak-kanak yang kudung kedua-dua tangannya sampai ke paras bahu, iaitu Zhariff Afandi. Zhariff merupakan penghuni blok yang runtuh itu, tapi terselamat kerana pada ketika itu dia berada di blok bersebelahan. Adik-beradiknya yang lain serta orang gajinya juga sempat menyelamatkan diri.
Zhariff kini merupakan pakar motivasi yang menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu The Zhariff Initiative.
18 tahun berlalu sudah. Patutkah kita melupakan tragedi hitam ini? Patutkah kita melupakan kesedihan ini? I rasa tak patut. Ia patut dijadikan peringatan kepada pemaju-pemaju agar lebih bertanggungjawab apabila membangunkan kawasan-kawasan lereng bukit.
My heart goes out to those who have lost their loved ones in this tragedy...
Berikut adalah Bahagian 1 daripada 5 bahagian video tersebut:
Apa yang menarik perhatian I ialah ketika dalam keadaan kelam-kabut sejurus selepas runtuhnya kondominium itu, kru berita sempat menemubual seorang kanak-kanak yang kudung kedua-dua tangannya sampai ke paras bahu, iaitu Zhariff Afandi. Zhariff merupakan penghuni blok yang runtuh itu, tapi terselamat kerana pada ketika itu dia berada di blok bersebelahan. Adik-beradiknya yang lain serta orang gajinya juga sempat menyelamatkan diri.
Zhariff kini merupakan pakar motivasi yang menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu The Zhariff Initiative.
18 tahun berlalu sudah. Patutkah kita melupakan tragedi hitam ini? Patutkah kita melupakan kesedihan ini? I rasa tak patut. Ia patut dijadikan peringatan kepada pemaju-pemaju agar lebih bertanggungjawab apabila membangunkan kawasan-kawasan lereng bukit.
My heart goes out to those who have lost their loved ones in this tragedy...
hmmm..takutnya...:(...sy duk kondo tgkt 17 rase seram gak kdg ni..
ReplyDelete18 tahun memang usia yang sangat lama..
ReplyDeleteayu masa tu masih sekolah lagi, menitis air mata, sepanjang malam dihadapan kaca tv bersama fAMILY menyaksikan mangsa yang dikeluarkan 1 demi satu..
sangat sedih..
uncle thanks, sebab buat video ttg tragedi ini.
boleh ayu tanya, sebab ayu nie kurang tahu ttg perumahan disitu? skrang masih ditutup kan?? jadi tempat apa skrang uncle?
DIBIARKAN sahja ker?
@Cik Oda Gelang
ReplyDeleteI duduk tingkat 4 jer, kat lereng bukit jugak. Rasa seram jugak hari tuh apabila hujan dan ribut kuat melanda. :-p
@Citarasa Rinduan
ReplyDeleteI masa tuh baru bekerja setahun jagung selepas tamat pengajian diploma. Memang menggemparkan. Amat kecewa apabila kesudahannya hanya dua mangsa yang terperangkap dalam runtuhan yang berjaya diselamatkan. Entah di mana anak-beranak yang cukup bernasib baik itu sekarang nih ye?
Tempat tuh sehingga sekarang telah ditinggalkan dan dikatakan berhantu. Ada perancangan mahu meroboh dan membangunkan semula tempat tuh, tapi entah bila...
Oh! logo
ReplyDelete@Oh Oeya
ReplyDeleteOh Oeya! :-p
Till today, tiap kali tarikh ulangtahun kejadian, the family victim will have a gathering together. Agree with u bro, kita tak patut lupakan kejadian ini.
ReplyDelete@kakchik@ella
ReplyDeleteYup KC... mudah untuk kita cakap 'forget and let go' atau 'live must go on' kepada kaum keluarga mangsa. I rasa kita tak layak untuk berkata demikian. Kesedihan di hati mereka hanya mereka yang tahu...
yuppppp nokta hitam yang pasti tak lupa..... suasana kalam kabut pada masa tu....
ReplyDeletekawasan tu sekarang terbiar ajerrr
berhantu kot
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip pilih sport rim
lama tak dgr cite pasal ni kalau dengar mesti org kata kondo maksiat
ReplyDeletewuallahullam..
semoga mereka ditempatkan di kalangan org yang beriman...
@Afzainizam
ReplyDeleteYup... dah terbiar 18 tahun. Kalau dibangunkan semula entah ada orang nak beli ker tak?
@aida-myasara
ReplyDeleteItu lah yang diperkatakan orang, tapi I rasa not fair lah...
seram gler la...
ReplyDeleteyelahhh..time angin kuat..bunyi dia menakutkan...nak tido pun xlena..
ReplyDeletep/s: sy ade ngumpat awak kat blog sy..singgah la ye..hehe
tetap kesian.tak sangka da 18 thn..hemm
ReplyDelete@ZORA
ReplyDeleteKeadaan kedua-dua blok yang telah ditinggalkan selama 18 tahun itu memang amat seram. Sesuai untuk dijadikan lokasi filem seram. Dengan skrip yang bagus, pasti akan hit! :-)
@Cik Oda Gelang
ReplyDeleteHahaha... how's your pipi? Mesti dah lebam akibat ditampar diri sendiri sebanyak 18,000 kali, kan?
Pssst! Kalau korang nak tau naper Cik Oda tampar diri sendiri sampai lebam pipinya, sila ke sini. ;-)
@MaYa MustWany
ReplyDeleteYe lah... masa berlalu begitu cepat.
Takziah kepada keluarhga mangsa yg terlibat....
ReplyDeletemencikk!! it's blocked!! :(
ReplyDelete@blog-tips-kurus
ReplyDeleteAmendenye yang blocked?
Tempat ni patut diwujudkan sebagai "Memorial" untuk dikenang sebagai salah satu tragedi yang menggemparkan di Malaysia.
ReplyDeleteSaya sokong 90% dibina sebuah memorial di sini.
mlm kmarin i pgi sna..seram.xbrani trun duk dlm keta je.tetba ada anjing mnyalak.membe i trus start enjin keta n blah..blk dr situ i jd tkt kbtln plak i pun duk apartment even tgkt 4 je tp btl2 sblh lereng bkt.huhu..esknya i asik search psl highland tower je n watkan i sedih je n nanges the whole day.ya situ mmg brhantu pun.adk i pgi situ dgn kwn2 dia pastu dorg trbwak blk bnda tu .nsb bek la lps dorg pgi situ dorg lpak kt mamak n tetba ada sorg org buta tu tgur dorg n kta slh sorg dr dorg tu bkn kwn dorg.cuak la masing2.tetba membe dorg cll n mrh2 nape dorg tgglkan dia sowg2 kt sna.cuba bygkan dorg kna htr bnda tu blk ke sna smula n amik membe dorg tu.xble bygkan dorg duk satu keta dgn bnda tu tp adk i ckp bnda tu senyap je n mnyerupai membe dorg yg trtggl kt tmpt tu
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteBagus jugak kalau dibina sebuah memorial di situ. Mungkin boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong.
@Anonymous
ReplyDeleteWah... menarik citer Cik Anon! Boleh buat skrip jual kat film producers!
Kira nasib baik la jugak tak der yang kena sampuk...
semalam pegi gn mmber2..tp sempat tgok n borak 5 mnit je.alhamdulillah kami pergi n pulang dr s.alam ke ampg dgn slmt n tiada ape2 plek y brlku...
ReplyDelete@Nur.Amira.Mohamad.Isha
ReplyDeletePergi sana siang ker malam? >:)
kejadian ni sangat sedih. kitorg sebagai budak Environmental Science wajib belajar ni dalam courses. menarik how one of those survivors kata kejadian ni berlaku sebab alam menghukum manusia kerana mengubah ciptaan Tuhan. daripada ada sungai, ditimbus untuk dibuat bangunan. sungai takde tempat mengalir, last sekali tanah jadi longgar n bangunan runtuh.
ReplyDeleteto those yg kata itu balasan Tuhan sbb Highland Tower tu tmpat maksiat, I think it's really unfair. u didn't know what happened n u didn't know who the victims are. anggap jelah itu balasan akibat tangan manusia yang suka mengubah kejadian Tuhan. =')
Teringin nak tgk mcamana keadaan di Highland Tower sblum berlakunya tragedi..Mksud sy, sebelum runtuhnya Highland tower. Mesti cantik kan? huhu..Sebab puas cari kat google, youtube, n Blog, takde..yang ada cuma keadaan Highland tower slpas tragedi tu..
ReplyDeletesedih tengok video pristiwa ni.. blaku tahun 1993.. means.. kjadian ni blaku.. umur saya 2 tahun :(
ReplyDeletei paling suka pasal highland tower ni. teringin nak pegi. nak tahu lebih lg. but takde peluang . huhuhu.
ReplyDeleteTragedi yang menggemparkan bukan setakat dalam negara tapi hingga ke luar negara..
ReplyDelete