Babab.net

Thursday, May 17, 2012

Gambar dulu-dulu #3


Kalau tak silap I, dua keping gambar ini diambil sekitar tahun 1977.  Kami masih lagi menetap di Taman Nanyang di Jinjang Utara pada masa itu.  I baru masuk alam persekolahan di sebuah tadika bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan La Salle 1 Jinjang.

 Bersama dua orang kakak dan seorang abang.
Abang sulung berada di Batu Pahat menemani nenek, manakala adik bongsu tiada dalam gambar.

Cuba teka siapa yang paling nakal di antara kami dan siapa budak baik?  Har har har!

Halaman belakang rumah kami agak luas menghadap sebuah bekas lombong bijih timah.  I ingat lagi kami ada membela beberapa ekor ayam di belakang rumah, termasuk ayam hitam yang berbulu putih yang gebu.  I ingat lagi sebab I suka duduk di sisi ayam betina yang sedang mahu bertelur.  I sanggup tunggu ia bertelur sebab nak kutip telurnya yang masih panas.  Macam-macam perangai budak-budak kan?  Tapi emak selalu mengingatkan agar jangan kutip telur yang masih panas, kelak tangan menggeletar.  Itu kata orang tua-tua lah.  Tangan I sampai sekarang steady jer.  Hehe...


7 comments:

  1. perggh...comel2 semuanya masa kecik

    mesti best tunggu ayam bertelur...lucu tgk dia takleh duk diam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... budak-budak... mestilah comel. :-p

      I suka tengok muka ayam yang sedang meneran. Hahahaha... :-D

      Delete
  2. uihhh gambar hitam putihhh... tapi tahun 1977 tu aku tak lahir lagi.... tapi bila kenang nostalgia gambar lama ni mmg best.... aku suka tengok gambar lama-lama ni... mungkin satu gambar ada seribu makna dan kenangan kan...


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair door trim kereta

    ReplyDelete
  3. Yup... ia menyimpan seribu makna. Kena scan gambar-gambar lama nih sebab gambar original dah semakin uzur. :-)

    ReplyDelete
  4. so cute mase kecik2....:)
    untungnya lah ramai adik beradik.. mesti meriah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2