Babab.net

Thursday, November 05, 2015

Pertandingan Mencipta Logo MyHSR - Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail

Dah lama tak masuk pertandingan mencipta logo.

I mendapat tahu pasal pertandingan logo ini menerusi seorang rakan FB.

Dipendekkan cerita, tarikh tutup pertandingan ini adalah hari ini jam 5pm tadi.  I hantar dua logo.  Logo pertama dihantar lewat tengah malam semalam.  Logo kedua yang merupakan pembaikan daripada logo pertama dihantar lebih kurang jam 4:50pm.  I tunjuk logo kedua jer lah kat sini.  Buat apa nak tunjuk sesuatu yang lebih buruk ye tak?  Hehe...


Syarat-syarat utama pertandingan hanyalah dua -- mesti mengandungi perkataan 'MyHSR Corp' dan hendaklah mengandungi warna-warna dari Jalur Gemilang.  Tiada perlu menghantar rasional logo.

Rasional logo ini biarlah rahsia buat ketika ini.  Akan diceritakan apabila pemenangnya sudah dipilih.

Sebenarnya I dah buat banyak versi, tapi versi inilah yang dipikirkan sebagai yang terbaik.  Tapi versi ini pun ideanya datang pada saat-saat akhir.  Kalau lah ada sedikit masa lebih, dinamik dan bentuk kepala keretapi logo ini boleh diperbaiki lagi.  Diharapkan ia tetap akan berdaya menarik perhatian para juri.

Sebanyak 20 penyertaan terbaik akan dipilih.  Seterusnya tiga finalis akan diputuskan.  Pemenangnya akan diputuskan menerusi kekuatan penjelasan rasional logo masing-masing.

Hadiah utama berupa wang tunai RM10,000.  Finalis yang dua orang lagi itu akan menerima RM3,000 seorang.  Manakala 17 penyertaan terbaik yang lain masing-masing akan menerima RM1,000 seorang.

Wismilak!


Update 05/11/2015:

Diperbaiki (meskipun terlewat).



6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2