Babab.net

Tuesday, July 09, 2013

(11 gambar) Roh mangsa kemalangan?



Semasa melalui Jalan Semenyih yang gelap-gelita pada Ahad lepas (07/07/2013) kira-kira jam 7:45 malam dalam perjalanan pulang ke KL dari kampung di Mantin, Negeri Sembilan, I terkejut apabila ternampak satu jasad manusia yang tertiarap di atas jalan di laluan bertentangan dengan mukanya menyembah jalan dan helmet yang telah tercabut. I nyaris menggilis kepalanya tapi nasib baik I tak memandu terlalu laju dan sempat mengelak.  Nampaknya satu kemalangan baru sahaja berlaku dan I terus mencari ruang di tepi jalan untuk berhenti.  Kereta yang mengekori di belakang juga ikut berhenti.  Jalan pada ketika itu kebetulan lengang, jadi kami yang telah turun kereta mengisyaratkan kepada kenderaan yang lain untuk memperlahankan kenderaan.  Kalau jalan sibuk, kemungkinan besar mangsa akan digilis kenderaan.

Lokasi kemalangan.

Tanggapan pertama I pada ketika itu ialah berlaku kes kemalangan langgar lari.  Namun ketika berjalan ke arah mangsa, dilihat terdapat seorang lagi mangsa yang tertiarap merentangi jalan.  Tak bergerak.  Darah telah banyak mengalir di atas jalan.  Sementara mangsa pertama yang dilihat tadi sedang dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain dan dibawa ke tepi jalan.

Penunggang tersebut cedera di muka dan dalam keadaan bercelaru.  Kami tanya dia sama ada dia menunggang bersendirian kerana terdapat seorang lagi mangsa yang nampaknya sudah tak bernyawa.  Dia mengambil sedikit masa untuk menjawab.  Katanya, dia menunggang bersendirian.  Kemudian dia bertanya kami apa yang dia langgar.  Kami tak memberitahunya situasi sebenar sebaliknya meminta dia agar bertenang sahaja.  Maka dapat disimpulkan bahawa mangsa yang seorang lagi itu adalah pejalan kaki yang sedang melintas jalan dalam keadaan gelap.  Perhatikan kaki pakcik itu yang berbalut... 

Ini adalah kejadian kemalangan (maut?) yang pertama kali I saksikan.  Walaupun I tak nampak apa yang berlaku, tapi bolehlah dikatakan bahawa I merupakan orang pertama yang terlihat mangsa sejurus selepas berlakunya kemalangan itu.

I terus mengambil gambar.  I tak menyedari apa-apa yang pelik ketika mengambil gambar (kerana keadaan gelap) sehinggalah satu gambar yang kelihatan terlalu terang di sudut atas kiri.  I preview gambar itu, dan menyangkakan kemungkinan itu adalah jari I walaupun I rasa tak mungkin jari ini boleh sampai sehingga menutupi lensa kamera (Nokia 808 PureView).  Setting kamera semuanya automatik.  I teruskan mengambil gambar tapi berpada-pada juga lah sebab takut nanti orang marah mengambil gambar keadaan mangsa yang malang itu.  I sempat mengambil tujuh gambar sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana mangsa telah berada di tangan selamat sekumpulan orang yang prihatin.

Setibanya di rumah, I preview balik semua gambar dan segala bulu I terus meremang!  Lima daripada tujuh gambar itu menunjukkan tanda-tanda paranormal!  Gambar seolah-olah berkabus dan menunjukkan kehadiran 'orbs'.  Dengan menggunakan Photoshop, gambar-gambar tersebut di'enhance'kan dengan meningkatkan kontras.

Gambar pertama tak menjadi sebab keadaan amat gelap.  Kamera tak dapat fokus objek (mangsa) di seberang jalan.

Gambar yang sama di atas di'enhance' yang menunjukkan bayangan cahaya kemerahan dan 'orbs' berhampiran mangsa (yang telah tak bernyawa lagi?)

Hanya gambar ini dan satu lagi yang kabur yang nampak normal, tak berkabus.  Gambar tersasar sebab keadaan gelap.

Gambar seterusnya seperti berkabus.  Nampak tak cahaya kemerahan di atas kepala mangsa?  Tak nampak?  Tengok gambar bawah yang telah ditambah kontras.
Terdapat juga cahaya terang di dua sudut gambar - sudut atas kiri kemerahan dan sudut bawah kanan putih terang.

Gambar inilah yang I perasan terdapat cahaya terang di sudut atas kiri.  I sangkakan ini jari I, tapi tak mungkin jari I boleh sampai ke lensa kamera.

Gambar yang sama di atas yang telah ditambah kontras tapi 'kabusnya' masih terlalu tebal.  Perhatikan orang di sebelah kanan yang terlitup oleh 'kabus tebal' itu.

Gambar terakhir yang I ambil ini masih 'berkabus tebal'.  'Orbs' juga mula kelihatan.  Cahaya kemerahan di atas kepala mangsa juga masih kelihatan seperti di dalam gambar 5/6 di atas.

Gambar yang sama di atas yang telah ditambah kontras.  Apakah warna roh kita merah?



Sebenarnya kalau dilihat betul-betul, gambar mangsa di gambar pertama di atas juga terdapat cahaya kemerahan di atasnya.  Lihat gambar yang telah ditambah kontras di bawah.

I rasa pakcik ini tak dapat diselamatkan.  Takziah kepada keluarga mangsa.

Semoga abang yang terselamat ini pula mendapat rawatan yang sewajarnya di hospital dan segera sembuh.

Sebenarnya ini merupakan kali keempat I terakam gambar paranormal.

Kali pertama pada tahun 1990-an, tapi pada ketika itu tiada kamera digital, gambar dan negatifnya telah hilang.  Kali kedua ketika Perayaan Qingming tahun 2010. <== kilk untuk baca, lihat gambar terakhir.

Kali ketiga pula berlaku baru-baru ini di rumah keluarga, yang I percaya merupakan roh mendiang emak I yang meninggal pada tahun lepas.

17 comments:

  1. errr......mcm cerita The Omen pulak.. tiba2 seram kat office ni..
    :-!

    btw tahniah utk u juga sebab prihatin... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk opis sorang-sorang ker? :-)

      Delete
    2. pagi tadi i sorang duk kaunter depan...yg lain masuk meeting... hihihi!

      Delete
  2. moga beliau cepat sembuh hendakNYA..

    ReplyDelete
  3. takziah kepada keluarga mangsa..


    *bukak semua lampu*
    *pasang earphone*
    *bukak lagu*..........

    ReplyDelete
  4. Tapi...
    Aq tak nampak per per...

    ReplyDelete
  5. apsal aku cuma nampak logo logokoko tu je kat setiap gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ini gambar hakmilik logokoko. Pengalaman lepas, orang suka mencuri gambar dan mengaku hakmilik walaupun selepas kita kantoi dia kat comment box. Dia cuma delete komen kita. Pengalaman menbuat kita lebih bijak. Kalau nak curi gambar-gambar nih, curi lah, tapi pandai-pandailah Photoshop kasi delete itu logo logokoko.

      Delete
  6. kesiannya pak cik ni :(

    ReplyDelete
  7. takziah buat kelurga mangsa...
    hati2 ketika memandu sayangi nyawa..
    kenapa lah sy bace kisah nie tengah2 malam macam nie ye...
    seram sejuk bila tgok gambar2 kat atas tu....
    sy pun pernah ter snap pic yg ade gambar begitu 2 kali...
    still simpan dlm netbook nie, tapi takut nk tgok semula..
    maybe sbb mase tue sy suke sangat ambik gambar dgn background pokok2 besar, tue yg benda tu muncul sekali dlm gambar...

    ReplyDelete
  8. takziah..kenapa nampak gambar kartun tu..pernah dgr tak cerita blog berhantu..entah betul entah tidak..

    ReplyDelete
  9. lepas ni abg hensem blh jd wartawan seekers lak..hehehe..hello..lama dh xdtg jengok..busy hal dunia..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2