Babab.net

Sunday, May 20, 2012

Bercuti di Damai Laut


Gambar signboard Swiss Court Holiday Apartment kat Clubhouse yang diambil keesokan harinya.

I bertolak dari Kepong ke Swiss Court Holidays Apartment Damai Laut, Perak pada petang Jumaat lepas, 18/05/2012.  Menurut Google Maps, perjalanan akan mengambil masa hampir 4 jam.

Di antara perkara-perkara menarik perhatian I di sepanjang perjalanan ialah:

1.  Di Lebuhraya Utara-Selatan, terdapat sebuah billboard yang mengiklankan produk kabel.  Apa yang menarik ialah taglinenya yang berbunyi begini: 'Our cables are a bit expensive'.  Iklan jenis apakah ini?  Hehe...

2.  Sampai di satu pekan (lupa nama pekan), terdapat sebuah institusi mengaji al-Quran yang bernama 'Al-Baghdad'.

3.  Di sebuah pekan, terdapat sebuah hotel yang rekabentuknya mengingatkan I kepada sebuah runtuhan bangunan yang kini dijadikan monumen sebagai memperingati kemusnahan akibat daripada pengguguran bom atom di Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Sumber gambar Hiroshima Peace Memorial Park diambil dari sini.

4.  Jika Selangor mempunyai 'Sungai Buloh', negeri Perak mempunyai 'Sungai Buluh'.

5.  Terdapat sebuah pekan bernama 'Pusing' di negeri Perak.

6.  Jalan-jalan raya di bandar Manjung mempunyai lorong khas untuk motosikal.  I teringin nak tahu statistik kemalangan jalan raya di Manjung yang melibatkan penunggang motosikal.

Perjalanan juga merentasi kawasan jelapang padi yang saujana mata memandang.  Tapi pemanduan agak menyakitkan mata sebab terpaksa menghadapi matahari yang sedang terbenam.

Matahari sedang terbenam ketika merentasi jelapang padi.

Sehingga ke bandar Manjung, I hanya nampak papan tanda Swiss Garden Golf Resort sebanyak 3 kali.  Dipendekkan cerita, I terlanjur tersesat.  Terlajak agak jauh juga.  Hari sudah mulai gelap.

Mujur reception Swiss Court yang bernama 'Piah' itu agak cekap memandu arah menerusi telefon.  Dalam keadaan jalan yang gelap-gelita dan ketiadaan signboard khusus, memang agak sukar bagi mana-mana pemandu yang asing dengan kawasan ini.

Lokasi resort ini sememangnya amat terpencil.  Macam masuk hutan!  Dalam kegelapan, di satu selekoh yang diikuti penurunan cerun, I hampir-hampir tergilis seekor ular sawa yang besar dan panjang sedang melintas jalan.  Panjangnya lebih kurang 3 inci meter.  Nasib baik I sempat mengelak.  Kus semangat kejap.  Hehe...

Akhirnya sampai juga ke destinasi pada jam 8:30 malam.  Perjalanan mengambil masa 5 jam!  Google Maps tak mengambil kira masa berhenti rehat, berhenti mengisi minyak, 'road hoggers' dan tempoh tersesat...

Sebenarnya I ada banyak gambar nak tunjuk, tapi tak bawak cable handphone pulak.  Hanya dapat online kat Clubhouse.  I tambah gambar nanti lah.  Bersambung Part 2...

--- End of Part 1 ---

12 comments:

  1. nik btl hotel tue...:-)rekabentuk yg very historical...Unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya dome yang paling sebijik macam bangunan kat Hiroshima Peace Memorial Park. Dome rangka jer...

      Delete
  2. lama betol tak dtg sini sampai cik Logo pom dah nmpk makin hensem hehe...balik bercuti tak dak buah tangan utk geng2 bloggers ker hehe

    jom jom Baca : entri warna MERAH Menyala , Penyamun Tabung Masjid Genius, Tukar Kod Iklan Nuffnang Terbaru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. mana ada makin hensem? Sekali-sekala main ngan webcam jer. Hehe...

      Uiks... ramai bloggers tuh... kalau sorang satu keychain pun boleh pokai! :-p

      Delete
  3. swiss garden damai laut tu memang agak terpencil.. tapi ok kan kat sana,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana memang ok bagi mereka yang nak berehat tak nak buat apa-apa, dan yang nak mencari ketenangan dan kedamaian.

      Bagi mereka yang adventurous pula, kena lah pandai explore. :-)

      Delete
  4. uihhh swiss garden tu jauh kerr... bila ko sebut macam masuk hutan.... siap ada ular sawa lagi.... issshhhh ni mmg bercuti cari ketenangan ni namanya....

    Agak lama tak ziarah kat blog kamu... Maaf saya cuti panjang tempoh hari...
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair door trim kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... memang jenis bercuti yang tak buat apa-apa pun. Hehe...

      Delete
  5. Bercuti!.. yeayyy!!..

    I tau ketika i komen di sini, u sudah kembali bertugas.. heheh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... I memulakan kerja di opis baru pada 28/05/2012.

      Delete
  6. emm..ade ke part 2...akak mencari part 2..tapi x ketemu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Kak Sal I tak sempat buat Part 2 lagi, tapi I akan buat jugak nanti bila berkesempatan. Sibuk la semenjak kerja kat opis baru nih. Jarang online selepas balik kerja.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2