Babab.net

Showing posts with label abang. Show all posts
Showing posts with label abang. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Gambar dulu-dulu #3


Kalau tak silap I, dua keping gambar ini diambil sekitar tahun 1977.  Kami masih lagi menetap di Taman Nanyang di Jinjang Utara pada masa itu.  I baru masuk alam persekolahan di sebuah tadika bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan La Salle 1 Jinjang.

 Bersama dua orang kakak dan seorang abang.
Abang sulung berada di Batu Pahat menemani nenek, manakala adik bongsu tiada dalam gambar.

Cuba teka siapa yang paling nakal di antara kami dan siapa budak baik?  Har har har!

Halaman belakang rumah kami agak luas menghadap sebuah bekas lombong bijih timah.  I ingat lagi kami ada membela beberapa ekor ayam di belakang rumah, termasuk ayam hitam yang berbulu putih yang gebu.  I ingat lagi sebab I suka duduk di sisi ayam betina yang sedang mahu bertelur.  I sanggup tunggu ia bertelur sebab nak kutip telurnya yang masih panas.  Macam-macam perangai budak-budak kan?  Tapi emak selalu mengingatkan agar jangan kutip telur yang masih panas, kelak tangan menggeletar.  Itu kata orang tua-tua lah.  Tangan I sampai sekarang steady jer.  Hehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2