Babab.net

Showing posts with label logo my rapid transit. Show all posts
Showing posts with label logo my rapid transit. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Logorithm's MRT logo design

Fuhhh!  Banyak pulak logorithm buat entri pasal logo kat logokoko bulan ini ye?  Meh tengok kat sini, sini, sini, dan sini.

Kali ini I join MRT Logo Contest pulak.  Contest bermula pada 03.07.2011 dan tutup pada 03.08.2011, tapi I baru mengetahuinya pada 21.07.2011.  Nasib baik ada kawan bagi tahu.  Hadiah-hadiah yang disediakan amat mengancam!

Hadiah Utama x 1 = RM10,000;
Hadiah Saguhati x 20 = RM2,000 setiap satu.

Tapi yang tak best pasal contest ini ialah pemenangnya akan dipilih berdasarkan kepada bilangan vote tertinggi yang diterima.  Bermakna, logo buruk pun boleh menang kalau dia punya paling ramai suku-sakat yang tolong vote.

Tapi tak per lah.  I akan berusaha sebaik mungkin untuk meraih undi dari suku-sakat I pulak.  Har har!  Korang boleh tolong vote, kan kan kan?  :-p

I mencuba nasib dengan logo ini:

Versi berwarna.

Versi hitam-putih.


Rasional logo dihadkan kepada 140 karektor jer.  Alamak!  Bukan 140 patah perkataan ker?  Susah nih!

"Ingeniously the 'M' also reads as 'MY'.
Dynamic and sharp to depict MRT as a speedy and reliable public transportation.
Simple yet superb."

Eh boleh pulak?  138 karektor jer.  Hehe...  

Amacam?  Cuba bandingkan dengan logo-logo 'Top Contenders'.  Kalau korang rasa logo ini lebih baik, lebih cantik, lebih umph, dan lebih sesuai untuk dijadikan logo rasmi MY Rapid Transit, tolong vote kat >>sini<< ye?  Korang kena login ke Facebook ataupun register dulu baru boleh vote.  Korang boleh vote setiap kali login ke Facebook!  So... mintak tolong korang rajin-rajin lah login ke Facebook dan vote setiap hari sehingga 07/08/2011 ok?  Hehe...

Kepada mereka yang dah 'register as voter', sila login dulu kat sini.

Jangan lupa bookmark page ini --> http://www.mrtcontest.com/?p=24515.  :-p

Kalau lah I menang, I plan nak buat satu Giveaway terhebat yang lain daripada yang lain!

Terima kasih!


* Logo nih mendapat sokongan dari Ben Ashaari! --> http://www.benashaari.com/2011/07/bro-saya-undi-anda.html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2