Babab.net

Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Lawak pilihan #16: Awas lelaki berjaya!


Sumber gambar dari sini.

Seorang lelaki mengadu kepada sahabat karibnya, "Aku bangga menjadi lelaki yang berjaya di dalam hidup.  Aku memiliki kemewahan, dan cinta dari seorang wanita yang paling cantik di alam semesta ini. Tapi aku sedih.  Dalam sekelip mata, separuh daripada kemewahan aku itu lesap begitu sahaja..."

"Ish... apa yang terjadi?" rakannya bertanya.

"Bini aku mendapat tahu pasal wanita itu..."


Friday, March 09, 2012

Lawak pilihan #12

Gambar hiasan diambil dari sini dan telah dimodified.

Pada suatu malam, satu pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka-duka, susah dan senang.  Si suami memang menyanjungi isterinnya yang bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka-duka kita lalui, susah-senang kita tempuhi, abang amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu tertanya-tanya.  Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni... pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya, abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya tiga kali sahaja selama ni."

"Tiga kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya, "Bagaimana boleh terjadi tiga kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingat kan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami.  Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan."

"Ermmmm... sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami.  "Kali kedua pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak?" si isteri menyambung cerita.

"Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia bersetuju membuat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.  Yang kali ketiga macam mana pulak?" soal si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi..."


Moral of the story, masih ada benda lagi di dunia ini yang boleh dibeli bukan dengan wang ringgit. :-p



Monday, February 27, 2012

Lawak pilihan #11


Siapa tuh?  Hehe... sekadar gambar hiasan jer.

Juliana:  "Abang Mie... jom la datang rumah.  Ana rindu la... suami Ana dah pergi oversea pagi tadi."

Helmi:  "Baiklah... malam nanti abang datang tau... nanti pandai-pandai la abang kelentong isteri abang tu..."

Juliana:  "Oh ya... sebelum datang malam nanti, abang cukur misai kasi licin dulu ye?  Abang tahu kan Ana geli dengan lelaki yang bermisai?"

Helmi:  "Alamak... yang ni susah sikit... isteri abang suka abang simpan misai ni.  Nanti dia marah pulak!"

Juliana:  "Alaaa... abang nak jumpa Ana ke tak ni?"

Helmi:  "Ok ok... Ana punya pasal... apa saja abang sanggup."

Lalu Helmi menelefon isterinya untuk memberitahu bahawa dia akan pulang lewat malam nanti kerana ada mesyuarat penting.  Di pejabat, Helmi mencukur misainya sampai licin.

Adegan setibanya Helmi di rumah Juliana terpaksa dicensored.

Jam 4 pagi baru lah Helmi sampai ke rumahnya.  Berjengket-jengket Helmi memasuki rumahnya.  Lega hatinya apabila mendapati isterinya sedang tidur nyenyak.  Dengan perlahan-lahan Helmi menyalin baju dan naik ke atas katil.  Tiba-tiba isterinya tersedar.  Dalam kegelapan itu, isterinya meraba-raba wajah Helmi yang licin itu lalu tersentak dan berkata, "Hish!  Kenapa kau tak balik lagi, Jalil???  Kejap lagi suami akak balik!!!"


* Segala nama yang digunakan di dalam lawak 18SX ini tiada kaitan dengan mana-mana
pihak sama ada yang hidup atau pun yang telah tiada lagi di dunia ini.


Moral of the story:  Suami yang baik adalah untuk isteri yang baik.  Begitu juga sebaliknya.

Sunday, February 12, 2012

Lawak pilihan #9

Gambar hiasan dari Google.

Pada suatu malam, si isteri balik lewat dan secara senyap membuka pintu kamar tidurnya.

Dia terkejut apabila dalam samar-samar itu dia dapat melihat dua pasang kaki di bawah selimutnya!

Perasaan marah yang teramat sangat menguasai dirinya.  Lalu dicapainya pemukul baseball di tepi pintu kamar yang disediakan untuk mempertahankan diri sekiranya rumah dimasuki pencuri di tengah-tengah malam.  Dia menerkam dan mula menghentam kedua-dua durjana itu sepuas hatinya.  Setelah selesai, barulah dia tersedar akan apa yang telah dilakukannya.  Dia panik, lalu bergegas ke bilik tidur anak tunggalnya yang berusia 3 tahun itu untuk dibawa lari.

Si isteri ternganga apabila melihat suaminya sedang nyenyak tidur di sebelah anaknya.  Suaminya terjaga.

"Oh hi darling, lewat balik?" kata si suami, "Ibu dan ayah you datang melawat, jadi abang suruh diorang tidur kat bilik kita..."


Moral of the story, jangan bertindak melulu tanpa usul periksa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2