Gambar hiasan dari Google.
Pada suatu malam, si isteri balik lewat dan secara senyap membuka pintu kamar tidurnya.
Dia terkejut apabila dalam samar-samar itu dia dapat melihat dua pasang kaki di bawah selimutnya!
Perasaan marah yang teramat sangat menguasai dirinya. Lalu dicapainya pemukul baseball di tepi pintu kamar yang disediakan untuk mempertahankan diri sekiranya rumah dimasuki pencuri di tengah-tengah malam. Dia menerkam dan mula menghentam kedua-dua durjana itu sepuas hatinya. Setelah selesai, barulah dia tersedar akan apa yang telah dilakukannya. Dia panik, lalu bergegas ke bilik tidur anak tunggalnya yang berusia 3 tahun itu untuk dibawa lari.
Si isteri ternganga apabila melihat suaminya sedang nyenyak tidur di sebelah anaknya. Suaminya terjaga.
"Oh hi darling, lewat balik?" kata si suami, "Ibu dan ayah you datang melawat, jadi abang suruh diorang tidur kat bilik kita..."
Moral of the story, jangan bertindak melulu tanpa usul periksa.
