Gambar hiasan diambil dari sini dan telah dimodified.
Pada suatu malam, satu pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka-duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjungi isterinnya yang bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka-duka kita lalui, susah-senang kita tempuhi, abang amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu tertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni... pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya, abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya tiga kali sahaja selama ni."
"Tiga kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya, "Bagaimana boleh terjadi tiga kali tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingat kan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan."
"Ermmmm... sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami. "Kali kedua pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak?" si isteri menyambung cerita.
"Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia bersetuju membuat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun."
"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak. Yang kali ketiga macam mana pulak?" soal si Tan Sri.
Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi..."
Moral of the story, masih ada benda lagi di dunia ini yang boleh dibeli bukan dengan wang ringgit. :-p
Moral of the story, masih ada benda lagi di dunia ini yang boleh dibeli bukan dengan wang ringgit. :-p
makkkk aiiii hehehehhe.... susah la kalau kena macam ni... huhuu..
ReplyDeleteteruk betul isteri dia tu.... huhuhu
Testing threaded comments for the first time! :-)
Delete@Mia Liana
ReplyDeleteDemi suami tercinta, dia sanggup melakukannya... sambil-sambil tuh dia pun seronok jugak. Har har!
esh2..rasanya in reality xde kut gurlz macam tuh kan
ReplyDeleteHahaha... lawak jer tuh. Giler ah kalau ada isteri yang camtuh... :-p
DeleteUppsss!! ;)
ReplyDeleteHehe... :->
Deleteoohhhh terungkai sudahhhh kisah lama....
ReplyDeletenak rebut kerusi bahagian kena banyak modal... kurang 248 tu kena iktiar cara bagaimana tu?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan sticker bomb kereta
gila la klu smua kn guna cr tu >_<
ReplyDelete