Babab.net

Friday, March 16, 2012

Raba opismate


HUH?

Siapa yang gatal meraba opismate?

Sumber gambar hiasan yang famous tapi versi sopan ini dicedok dari sini.

Hehe... sebenarnya itu adalah di antara keywords carian Google yang hinggap kat blog I baru-baru ini.

Gatal!  Hehe...

Check punya check, rupa-rupanya keywords 'raba opismate' itu membawa si pencari tersebut kepada entri ini <-- klik.  Naik kat tempat pertama pulak tuh!

Yay!  Dapat tempat pertama!

Kalau korang nak tengok gambar opismate kena raba, memang ada kat entri kat atas tuh.  Gambarnya memang melampau!  Hehe...

Ok... kita tukar topik pulak ye?  Tak manis kalau kita bercakap pasal raba-meraba dengan panjang lebar.  Cukuplah setakat gitu-gitu jer ok?

Berbalik kepada carian kat atas tadi, ada dua carian lain yang nak belajar cara memegang chopsticks.  Boleh dikatakan setiap hari ada-ada jer orang yang nak belajar cara memegang chopsticks yang hinggap kat entri ini yang baru jer I update dengan satu tips yang paling mudah untuk diikuti.  Lebih kurang macam tips for Dummy.  Kalau korang tak percaya betapa mudahnya untuk belajar cara memegang chopsticks, korang patut baca entri itu!

Setakat ini, carian dari Google merupakan penyumbang trafik kedua tertinggi untuk blog logokoko ini, iaitu sebanyak 1,731.  Itu baru dari google.com.my, tak termasuk trafik dari search engines yang lain.  BenAshaari.com merupakan penyumbang trafik utama sebanyak 3,669!  Facebook jatuh di tempat ketiga dengan trafik sebanyak 1,362.

Terima kasih Ben!

Kebanyakan daripada carian Google yang sampai ke blog logokoko adalah dari carian gambar.  Ini menunjukkan bahawa peranan gambar hiasan dalam satu-satu entri itu adalah penting.  Kita hendaklah pandai memilih gambar bersesuaian yang dapat mencuri perhatian si pencari dengan hanya sekali imbas!

Hmmm... walaupun FB adalah tempat utama I promote blog, trafiknya boleh dikatakan tidak seberapa.  Apa pula nasib korang dengan FB dan Google?


14 comments:

  1. dh xde bnda lain ke org tu nk cari...yg xde FB lak cmne abg hnsm..huhuhu..>_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya pervert tuh sentiasa terbayang-bayang nak meraba opismate yang disukainya kot? Hehe...

      Delete
    2. Oh ye... kalau tak der FB, ada-adakan lah. Hehe...

      Delete
  2. ayat pada tajuk pun memain peranan...

    ko bayang kan title tulis " raba-raba opismate " pun dah ramai yang nak terus tekan...mata aku bulat ajerr baca... jari automatik tekan mouse klik..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip jumping bateri kereta kong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... terbayang mata bro yang bulat bersinar-sinar ketika klik masuk untuk membaca entri nih. :-p

      Delete
  3. fuhh keyword isu panas sungguh.
    pengaruh tinggi abg ben

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam-macam keywords menarik yang masuk ke blog logokoko nih.

      Selain daripada beberapa kali mendapat promosi dari blog Ben, I selalu tumpang beriklan dalam ruangan komen. Itu yang trafik tinggi dari blog Ben tuh...

      Delete
  4. uncle..
    tak rindu ayu kah??
    hahaha.. lama ayu tak berblog.. kikiki

    uncle.. ayu nak add FB uncle.. apa add nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... lama jugak ye Cik Ayu bercuti daripada berblogging. Ini mesti gi bercuti kat luar negara nih... ye tak? Hehe...

      Mintak maaf ye Cik Ayu, sebab I sibuk ngan kerja kat opis. Tak der masa nak berblogwalking. Balik kerja I lebih suka berehat dan tak masuk internet sebab kalau dah masuk internet, jawabnya mesti tidur lewat. Nanti esoknya mengantuk jer kat opis pulak.

      FB I ada kat sidebar bawah sekali. Terima kasih Cik Ayu sebab sudi add. :-)

      Delete
  5. ramai juga yang cari keyword tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camner beckhrooy tahu ramai yang cari? Beckhrooy pon cari jugak ker? Hehe...

      Delete
  6. Sebenarnya aku terkeliru.....Gambar tu tunjuk Justin Timberlake dengan Janet Jackson tapi bila baca tajuk "raba opismate"....

    yang pasti mata aku bulat tertumpu pada gambar...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    foder hay silaj silawrap haylaj

    ReplyDelete
  7. woh..ingat tadi btul2 ada kes kat mana ofis tu..

    ReplyDelete
  8. bahaya sebenarnya tulis keyword2 pelik kat blog ni..
    nnti orang jumpa buat kotor google keyword je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2