ARRRRRGGGGHHHH!!!
Melayang!
Gigi punya pasal, melayang RM1,400!
I tak ingat bila kali terakhir I berjumpa doktor gigi. Rasanya dah lebih 10 tahun!
I pernah buat 'root canal' pada tahun 1995 untuk menyelamatkan sebijik gigi geraham atas nasihat doktor gigi. Kosnya pada ketika itu... kalau tak silap I lah... sekitar RM600.
Beberapa tahun kemudian, tampalan pada gigi geraham itu pecah. I jumpa doktor gigi sekali lagi untuk menampal semula gigi itu. Itulah kali terakhir I berjumpa doktor gigi.
Sekitar dua tahun lepas, tampalan itu pecah lagi. I biarkan jer sebab ia tak menjejaskan apa-apa. Namun sedikit demi sedikit, gigi itu mula mereput. Pecahan semakin besar sehinggalah 3 hari yang lepas apabila bahagian dalam pipi mula luka-luka dan membengkak akibat bergesel dengan gigi pecah yang tajam itu.
Akhirnya tengahari tadi I terpaksa membuat lawatan ke klinik gigi setelah sekian lama tidak berbuat demikian.
Doktor memberitahu bahawa gigi itu terpaksa dicabut sebab dah rosak teruk dan perlu melakukan pembedahan kecil untuk mencabutnya. Kosnya RM400. I kata ok. Doktor mula menyuntik ubat bius.
Kemudian doktor memeriksa gigi-gigi yang lain dan memberitahu bahawa terdapat 12 batang gigi lain yang perlu ditampal kerana ada kaviti. Kosnya RM75 sebatang! I kata ok. Takkan lah nak tunggu hingga sakit gigi baru nak tampal, ye tak? Doktor terus memulakan kerja-kerja menampal.
Sesudah siap menampal, doktor rekomen pula 'scaling' untuk membersihkan gigi daripada sebarang tartar. Kosnya RM100. I kata ok jer. Dah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke bawah ketiak, ye tak? Seelok-eloknya kita perlu membuat scaling sekali setiap 6 bulan. <-- peringatan untuk diri sendiri
Akhir sekali barulah dilakukan upacara mencabut gigi. Dipendekkan cerita, gigi berjaya dicabut tanpa sebarang masalah. Semuanya dilakukan dalam masa lebih kurang sejam. Baru lah lega rasanya!
Inilah gigi yang telah dicabut itu. I simpan dalam peti sejuk. Hehe...
Moral of the story, biar putih tulang, jangan kuning gigi. Rajin-rajinlah berjumpa doktor gigi. Hehe...
tak penah jumpa doktor gigi..takut..nak wat scaling tu brapa bayaran dia logo.rm100 skali scaling ke.ade klinik yg murah lagi tak. .mahal jgk tu..kat mana klinik yg ok....gigi aku ni pun mcm ada kawiti je..lagi ada satu yg dah hitam knapa ye..
ReplyDeleteTry ler klinik pergigian kerajaan. Mesti murah punya.
DeleteGigi kalau dah bertukar warna menjadi hitam maknanya dah mati dan sedang mereput. Patut jumpa dentist secepat mungkin untuk mendapatkan nasihat pakar. Takut nanti terkena jangkitan dan bernanah.
Gigi saya memang teruk benar susunan...sampai setengah bahagian yg x dapat berus dah nai kaviti...entah apa nak buat, xkan nak guna duit PTPTN, oh no~~~~~huhuhuhuh....tggu dah keje nanti, cabut jer pastu implan yg palsu(sakit!!!)
ReplyDeleteUish! Cabut semua dan buat implant? Sakit oooo...
DeleteI sekarang nih pon tengah menahan sakit nih. Dah banyak dah telan darah sendiri. Dentist selalunya akan cuba menyelamatkan gigi kita selagi ia masih boleh diselamatkan.
Mungkin bro kena banyakkan mengguna mouth wash seperti Listerine kalau memberus tak berkesan? Try tanya dentist...
oooohhh tidakkkkk... mia paling takut dengan doktor gigiiiiii
ReplyDeleteTakut dengan rasa ngilu tu kan? :-)
Deletelast g klinik gg masa kecik cbut gg.then suka cbut sndri je.hahaha..
ReplyDeletemasa zmn skolah nurse ckp ok je.smpai skrg xde msalh gg.klinik gg ni sllu mahal la :(
Elok berjumpa doktor gigi kalau dah lama tak berbuat demikian, sebab gigi kita mungkin ada kaviti yang kita tak nampak. Kalau gigi kita rasa ngilu semasa memberus gigi, bermakna ada kaviti ler tuh...
ReplyDeletedoc amik kesempatan...
ReplyDeleteMenurut rakan sekerja, bayaran yang dikenakan itu dah kira murah. Lagipun, kalau dibahagikan dengan 10 tahun, setahun baru RM140. Kira ok ler tuh... hehe...
Deletenasib baik bro logo kaya raya. lalala.. :-)
ReplyDelete*lawa muka kat duit tu...
Wit kawen RM14K u hihi ;-)
ReplyDeletePembahagian 10 tahun tu sangat betul :-)
oohhhh tercabut sudah gigi duit kat dompet melayang... ok lah tu penantian 10 tahun doktor gigi tu berbaloi
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
masalah alternator kereta