ARRRRRGGGGHHHH!!!
Melayang!
Gigi punya pasal, melayang RM1,400!
I tak ingat bila kali terakhir I berjumpa doktor gigi. Rasanya dah lebih 10 tahun!
I pernah buat 'root canal' pada tahun 1995 untuk menyelamatkan sebijik gigi geraham atas nasihat doktor gigi. Kosnya pada ketika itu... kalau tak silap I lah... sekitar RM600.
Beberapa tahun kemudian, tampalan pada gigi geraham itu pecah. I jumpa doktor gigi sekali lagi untuk menampal semula gigi itu. Itulah kali terakhir I berjumpa doktor gigi.
Sekitar dua tahun lepas, tampalan itu pecah lagi. I biarkan jer sebab ia tak menjejaskan apa-apa. Namun sedikit demi sedikit, gigi itu mula mereput. Pecahan semakin besar sehinggalah 3 hari yang lepas apabila bahagian dalam pipi mula luka-luka dan membengkak akibat bergesel dengan gigi pecah yang tajam itu.
Akhirnya tengahari tadi I terpaksa membuat lawatan ke klinik gigi setelah sekian lama tidak berbuat demikian.
Doktor memberitahu bahawa gigi itu terpaksa dicabut sebab dah rosak teruk dan perlu melakukan pembedahan kecil untuk mencabutnya. Kosnya RM400. I kata ok. Doktor mula menyuntik ubat bius.
Kemudian doktor memeriksa gigi-gigi yang lain dan memberitahu bahawa terdapat 12 batang gigi lain yang perlu ditampal kerana ada kaviti. Kosnya RM75 sebatang! I kata ok. Takkan lah nak tunggu hingga sakit gigi baru nak tampal, ye tak? Doktor terus memulakan kerja-kerja menampal.
Sesudah siap menampal, doktor rekomen pula 'scaling' untuk membersihkan gigi daripada sebarang tartar. Kosnya RM100. I kata ok jer. Dah alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke bawah ketiak, ye tak? Seelok-eloknya kita perlu membuat scaling sekali setiap 6 bulan. <-- peringatan untuk diri sendiri
Akhir sekali barulah dilakukan upacara mencabut gigi. Dipendekkan cerita, gigi berjaya dicabut tanpa sebarang masalah. Semuanya dilakukan dalam masa lebih kurang sejam. Baru lah lega rasanya!
Inilah gigi yang telah dicabut itu. I simpan dalam peti sejuk. Hehe...
Moral of the story, biar putih tulang, jangan kuning gigi. Rajin-rajinlah berjumpa doktor gigi. Hehe...


