Babab.net

Wednesday, February 09, 2011

OMG I broke my wrist!


OMG I BROKE MY WRIST!

Actually ini citer lama dah.  Gambar kat atas cuma lakonan semata-mata untuk menggambarkan kesakitan yang dialami pada masa tuh.  Hehe...

Kisahnya berlaku pada tahun 1997 semasa I ambik Degree in Architecture kat UTM Skudai.

Malam tuh seperti biasa I naik Honda C70 nak pulang ke asrama di luar kampus di Desa Skudai.  Kalau tak silap I masa tuh cuti pertengahan semester sebab kampus sunyi sepi.

I lalu ikut jalan biasa kat belakang perpustakaan.  Lingkaran Ilmu namanya.  I pelik sebab ader kon-kon diletakkan di persimpangan masuk ke jalan tuh.  Tapi I masuk jer sebab motorbike boleh masuk mah...

Jalan punya jalan, rupa-rupanya jalan sedang diturap, tapi tiada kelihatan pekerja-pekerjanya.  Mungkin diorang baru jer stop kerja sebab malam dah agak lewat.

Sedar-sedar, I dah termasuk ke lorong yang belum diturap tapi dah disembur ngan tar.  So I pon pergi lah masuk ke lorong sebelah yang sudah diturap.

Malangnya turapannya masih lagi lembut menyebabkan roda motorbike I tergelincir sebab tak leh naik.  Ia berlaku terlalu cepat.  Tangan I yang masih memegang handle terpelecok ke belakang apabila I rebah ke jalan yang masih panas lagi...

...FACE FIRST!
  
Nasib baik helmet I ader pasang visor plastik.  Muka I selamat tapi bibir I pecah.  Mujur jugak gigi I tak patah sebab I rajin memberus gigi ngan Colgate.  Hehe...

Memang sakit giler ah.  Nak mintak tolong pon tak der orang kat sekeliling.

Nak tak nak I terpaksa dengan payahnya menegakkan balik motorbike ngan sebelah tangan dan teruskan menunggang ngan tangan kanan yang dah patah dan dara darah yang menitis-nitis dari bibir menuju ke klinik berdekatan di Taman Universiti.

I lalu depan Guardhouse.  I rasa sorang pakguard tuh ternampak yang I sedang berdarah-darah.  Memandangkan I masih boleh bawak motorbike slow-slow, I tak berhenti membuang masa meminta pertolongan dari pakguard.  Taman U pon dekat jer.

Sampai kat klinik, I terus dilayan sebab kes emergency.  Doktor check kalau-kalau I ader patah kat bahagian-bahagian lain.  Mujur tiada.  Luka kat kulit pon sikit jer.  Cuma calar-calar sikit kat beberapa jari + penumbuk.

Doktor kata bibir I perlu dijahit.  Tapi kalau I tak nak pon tak per.  So I pon kata tak yah lah.  Nanti baik lah dia...

Doktor panggilkan ambulans.  I dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.

Selepas di x-ray, didapati ader mild vertical fracture pada tulang ulna.  Doktor rekomen corrective surgery, tapi katanya risky jugak lah sebab ader urat-urat penting kat situ.

I pikir punya pikir... I kata tak payah lah buat surgeri.  I nak berobat secara tradisional sebab itu cuma dislocation.  Boleh dibetulkan tanpa pembedahan.  So doktor pon ikat lah pergelangan tangan I dulu bagi mengurangkan pergerakan sementara I mencarik tabib/pawang yang boleh dipercayai.

Dipendekkan cerita, I tak berjaya mendapatkan tabib yang konfiden boleh membetulkannya sebab tangan I dah semakin membengkak dan sakitnya toksah cakap lah.

I ended up in Tung Shin Hospital at Jalan Pudu, KL, only a week later.  Masa tuh bengkak dah surut, tapi masih sakit giler.

Doktor sana ntah apa-apa!  I diberikan suntikan bius di tangan kiri untuk dipengsankan tapi I tak pengsan.  Kemudian dia bagi suntikan dosej kedua.  I tak pengsan jugak.  Dia bagi dosej ketiga.  I masih tak pengsan-pengsan jugak!

So doktor kata dia dah tak leh nak tambah dosej lagik.  Dia suruh I masuk ward.  WTF???  Diorang sengaja nak I masuk ward sebab hospital nak charge riban-riban!

CIT PORAH!

I kata no way!  So I walked away...

Kesudahannya doktor tuh dah merosakkan urat saraf dekat tempat dia cucuk tuh.  Jari kelingking + jari manis tangan kiri I sekarang nih kebas memanjang.  I sepatutnya saman diorang masa tuh jugak!

The next day I pi pulak kat orthopedic specialist.  I citer kat doktor tuh what happened at Tung Shin Hospital.  So doktor tuh cakap dia kena bagi I obat bius untuk gajah.

BIAR BETOLLL???

Dipendekkan citer lagik, I pengsan dalam masa kurang 2 saat sebaik sahaja doktor tuh suntik I ngan obat bius gajah.

I sedar-sedar jer, I sedang dipapah oleh kakak I.  Tangan I dah bersimen.  Entah apa citernya, tangan I masih tak diperbetulkan. 

Selepas dua bulan yang menyiksakan, simen tuh dibuka.  I yang buka sendiri sebab biler I ke Hospital Sultanah Aminah, ader sorang nurse nih suruh I buat appointment dulu.  Dia suruh I come again next week!

BOLO PUNYA HOSPITAL!

Begitu lah citernya bagaimana tangan I jadik cenggini...

*Entri nih mendapat promosi dari Ben Ashaari!
>>> http://www.benashaari.com/2011/02/entri-aku-paling-menyampah-malam-ini.html
Terima kasih Ben!

48 comments:

  1. ALAMAKKKKKKK!! SAMAN JE LA MASE T
    TEROK NYA :(

    yuyu pernah crack kat kaki.. tu pun dah sakit

    ReplyDelete
  2. hey .. yr antibodi very the strong one meh?? hw cme tak pengsan2? kalo KC lama sdh mimpi jmpa si hensem. hihi ..

    ReplyDelete
  3. sampai sekrng ke tangn u mcm tue..i tengok masa gatheirng ok je..siap leh cabutkan nombor bertuah..khahahkahakhak

    ReplyDelete
  4. ciannye...da xbez da tgn tue...senget... -.-

    ReplyDelete
  5. huhuhu...tapi main bolig time gathering tu power gila!! hahaha..accident tu mmg baik punya...*gurau je*

    ReplyDelete
  6. mai tengok incix logo punya exsiden 14 tahun lepas . hurr .

    saman je semua boleh beli honda baru. hax

    ReplyDelete
  7. baru baca pun dah terasa cam sakit , apetah lagi orang yang rasa . huww takot takot . setakat ni takpenah kena apa-apa lagi yang sewaktu dengannya . muehehe :)

    ReplyDelete
  8. ooooooooo maaaiiii lamborginiiii.,.,
    seramnya tangan anda.,

    ReplyDelete
  9. ish, teruknya john~ huhu~ i pun penah eksiden semasa degree..tapi tak teruk, terkehel buku lali kaki jek..

    kita satu kampus la~~ ;)

    ReplyDelete
  10. maksudnya tangan still tak ok... patut saman je hospital tu... tak baik buat camtu, sambil lewa je...

    ReplyDelete
  11. keciannya tapi tak bole benti gelak plak masa baca entry . LOLSS

    ReplyDelete
  12. bebetol ke tipu nih? part bius tu cam unbelievable jek!huhuhu

    ReplyDelete
  13. huish.. dah tak macam rupa tangan dah.. bahaya betol.. pernah jugak eksiden motosikal sebelum ni.. tapi nasib baik tak teruk.. moto je yang teruk.. huhu

    ada entri baru kat sini.. kalau free boleh jenguk..

    http://tau4374.blogspot.com/2011/02/mb-terengganu-datuk-ahmad-said.html

    ReplyDelete
  14. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kajang Pak Malau kajang berlipat,
    Kajang hamba mengkuang layu,
    Dagang Pak Malau dagang bertempat,
    Dagang hamba Tumpang lalu

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    uihhhhh stillll bolehhhhh makan pakaiiii tangan tu kannnn kira ok apaaaaa.... tu laahhhhh cuma crack tu susahhh nah sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
  15. suspen tol...1997 rupanya...hehehe..

    so ngeri la tangan u...

    ReplyDelete
  16. wahahhahahhaa..hebat tol x pengsan2 gak....

    ReplyDelete
  17. kelako10x...kita org johor gak...kelako betul cerita kat atas nun...kah kah kah

    ReplyDelete
  18. @una berry
    My wrist is still not okay. What you see in da picture is what it looks like. Dah cacat dah... :-(

    @y u y u Z u l a i k h a
    Sakit, kan Yuyu? Kalau saman Tung Shin Hospital sekarang sempat lagik tak agaknya? :-p

    @blog-tips-kurus
    A'ah kan? Saman pihak universiti, saman kontraktor turap jalan, saman Hospital Sultanah Aminah, saman Hospital Tung Shin, saman pakar ortopedik... saper lagik ye yang boleh I saman? Hehe...

    @kakchik@ella
    Entah ler kakchik... entah aper benda yang disuntiknya tuh. Mungkin sengaja diorang buat cenggitu sebab nak I masuk ward?

    @Muhammadnuraizuddin
    I pakai gelang batu 'tiger's eye' kat tangan kanan mah... so terlindung sikit kecacatan nih. Sebab tuh kot Din tak perasan. Mungkin I patut post gambar I pakai gelang nih? Hari tuh I cabut nombor bertuah ngan tangan kiri kan? I kidal punya worang mah! :-)


    to be continued...

    ReplyDelete
  19. @nazirulhazwan~
    Bermakna berjaya lah gelang ‘tiger’s eye’ yang I pakai tuh menutup kecacatan nih? :-p

    @husna mukhtar
    Yup, Cik Husna. Nasib baik helmet I ader pasang visor. Kalau tidak, cacat lah muka nih... :~(

    @roxybelleiyramethyst
    Nak buat camner Cik Roxy. Dah eksiden. Kira ok lah tuh nyawa tak melayang...

    @penyisir rambut
    Oh itu tak perlu, Cik Penyisir Rambut. Tangan I ok jer... Cuma pergerakannya dah sedikit terbatas + tak sekuat seperti dulu... :-)

    @zaMir
    Yang patahnya tangan kanan mah... tapi I kidal mah! I baling bola boling ngan tangan kiri mah.

    Eh... baling bola boling? Boleh tergeliat lidah tuh! Hehe...

    To be continued...

    ReplyDelete
  20. john hahaha lawak laaa wakakka dara ehh amboihhhh

    ReplyDelete
  21. dalam keadaan terdesak, semangat luar biasa akan menyusul.. wah terbaiklah bro !..

    ReplyDelete
  22. @MAKCEK bukan NENEK
    Hah! Tambah lagi list pihak yang I boleh cuba try saman – Honda! Muwehehe...

    @Nadhirah-chan
    Memang sakit ooo, Cik Nadhirah. Itu eksiden motorbike I yang kedua. Kali pertama 22 tahun yang lepas. Boleh buat bahan untuk satu lagi entri nih! Hehe...

    @tarie
    Memang seram, Cik Tarie. Petang tadik I tunjukkan kat colleague I sambil I gerak-gerakkan tulang yang terbonjol tuh, dia pi pandang tempat lain. Tak sanggup dia tengok ooo... walaupon dia jantan! Hehe...

    @DiriKu
    Isk isk isk… sakit oooo DiriKu... :-p

    @Sunah Mohammad
    Sakit tak terkehel kaki? :-o
    Oh ye ker kiter sekampus? Sezaman jugak ker? :-p

    to be continued...

    ReplyDelete
  23. ha3..bagus punya lakonan kat dlm gb r tu..hu3...

    ReplyDelete
  24. kite sekampus, tapi tak sezaman la john~ hehe..saya sangat muda! :p

    ReplyDelete
  25. erk..takutnye dengar..memang liat nak pengsan ek smpai kne cucuk ngan bius gajah. omg! tak0t2..spital memang. lagi sakit ade lah kalu g spital =.=*

    ReplyDelete
  26. @Hanim Mahali
    Pergerakan tangan I dah kurang ok sikit berbanding tangan normal. Hospital swasta nih nak $$$$ jer. Yang hospital kerajaan pulak staffnya kekadang buat sambil lewa sebab diorang bukannya dapat $$$ lebih pon kalau buat kerja elok-elok. Species cenggini yang bikin rosak nama hospital kerajaan.

    @Faziera
    Memang sakit, Cik Faziera. Yang paling sakit pada minggu pertama ketika tangan I dah membengkak. Bergerak/tergerak sikit pon sakit giler!

    @Lydia Miza(Aidyl Azim)
    Memang teruk jugak lah pengalaman I kat hospital swasta dan hospital kerajaan masa tuh. Nasib lah kot?

    @norien arshad
    Iye ker lawak Cik Norien? Terima kasih! :-)

    @nurul lalala
    Memang betul Cik Nurul. Bius tak pengsan tuh mungkin dia bagi bius kurang power. Bius gajah tuh pulak memang doctor Singh tuh yang bagi istilahnya. Maksudnya bius yang lebih power lah tuh... :-)

    to be continued...

    ReplyDelete
  27. Logo, you look great & sexy in the pic. Just to cheer you up but I really mean it. So how're you now? Hopefully you've fully recovered.

    ReplyDelete
  28. @FaKArePa!n
    Calar-calar jer ker? Bernasib baik ler tuh...

    @Afzainizam
    Ponn ponn ponnnn! Terima kasih singgah sini Incik Afzainizam. ‘Kami’ tuh saper? Sorang mekanik, sorang lagik veterinar? Ker orang yang sama?
    Boleh pakai lagik tangan nih. Cuma kureng sikit pergerakannya...

    @chinta i-sha
    Hahaha… nasib baik I dari mula lagik dah cakap yang itu kes 1997 ye tak? Sebab kalau tipu kena cepat-cepat mengaku!

    @misz sheyla
    Mungkin sebab I berbadan jenis agak sasa jugak la… sebab tuh kena bagi bius gajah. Hehe...

    @Shiela Latif
    TQ Cik Shiela! Ader siap makan kuaci ker popcorn ker? Hahaha! I lama jugak duduk Johor sepanjang pengajian kat sana...

    to be continued...

    ReplyDelete
  29. @EmanCloud
    Hmmm... sepatutnya 'teruna' kan Eman? :-p

    @ridoma
    Itu lah pasal... jalan gelap-gulita lak tuh... itu salah sebab terjadi eksiden. Bayangkan tangan kanan patah itu lah yang kita guna untuk pegang accelerator handle nak kasik motor jalan. Sakit ooo...

    @azzey
    TQ Azzey. Terpercaya atau terperdaya? Hehehe...

    @tungkaran hati.blogspot
    “blog marche ....! Votre blog est super” = “Blog market ....! Your blog is super”

    TQ tungkaran hati. You speak French, huh? :-D

    @Sunah Mohammad
    Tapi naper I terasa seperti baru semalam meninggalkan UTM? :->

    to be continued...

    ReplyDelete
  30. errkk gile sakit.. EB dulu jari termasuk kt spoket motor.. cuci pstu xray.. nak dekat 200 kene.. time tu stud kt s.alam.. pokai terus..

    ReplyDelete
  31. @aida4eva
    Nasib lah kot, Cik Aida. I ader jugak experience yang menyenangkan kat Hospital Seremban masa kena demam denggi dulu... tahun 1997 jugak.

    @Baiduri
    Thanx Baiduri. Itu tipu jer tuh... gelap-gelap gitu. Wakakaka! :-p

    @Encik Blogger
    Ewww! Tak tangkap gambar? I pernah jugak tengok kat internet gambar jari masuk sprocket. Itu gambar jari EB ker? Hehe...

    Jari EB camner sekarang? Sembuh 100%?


    Jom layan entri terbaru  >>> OPS BUNGKUS! <<<

    ReplyDelete
  32. Honestly from my bottom of heart, you look so sexy in the pic. :wink: How's your wrist? Hope it's getting better now.

    ReplyDelete
  33. wah..kuatnya ! bagi ubt bius tak pengsan2..hahhha bahaya tol.

    ReplyDelete
  34. dahsyatnya..nad baru pasan entry ni..
    jaoh beza dah UTM tahun 1988 dengan 2011 kan...uncle taknak dtg UTM dah ke?? teringin nak dengar cite dari uncle beza UTM dulu n skang..huk2

    ReplyDelete
  35. Btol2.. kdg-kdg ubat bius ni tak berkesan.. mcm masa saya nak cabut gigi.. dia bg bius dua kali tak kebas.. 3 kali tak jugak kebas..kali keemmpat pun tak kebas jugak.. adeii sakit dah kena cucuk.. pastu terus stop dia suh makan ubat dulu.. seram gak lepas dua minggu pg klinik lain lak citer kat doktor tu pasal kejadian tu pastu doktor tu kasi lima suntikan bius.. baru la leh operate gigi tu.. heheh sekian

    ReplyDelete
  36. 1997? time tu amek dgree ea..
    so, saye kene pnggil "uncle" la nie...
    uncle logo, tgn tu mmg mcm tu ke ape?
    mcm senget sikit?
    soory..comment la kater kan ~
    ^_^

    ReplyDelete
  37. @✖wani ✖☻music ♫lovers☻ツ
    Boleh aje panggil uncle.

    Yup, tangan dah memang senget sikit. Dah cacat sikit.

    ReplyDelete
  38. woww..ngeri...tpi smart juga style tuh..huk3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2