OMG I
BROKE MY WRIST!
Actually
ini citer lama dah. Gambar kat atas cuma lakonan semata-mata untuk menggambarkan kesakitan yang dialami pada masa tuh. Hehe...
Kisahnya
berlaku pada tahun 1997 semasa I ambik Degree in Architecture kat UTM
Skudai.
Malam
tuh seperti biasa I naik Honda C70 nak pulang ke asrama di luar
kampus di Desa Skudai. Kalau tak silap I masa tuh cuti
pertengahan semester sebab kampus sunyi sepi.
I lalu
ikut jalan biasa kat belakang perpustakaan. Lingkaran Ilmu
namanya. I pelik sebab ader kon-kon diletakkan di persimpangan
masuk ke jalan tuh. Tapi I masuk jer sebab motorbike boleh
masuk mah...
Jalan
punya jalan, rupa-rupanya jalan sedang diturap, tapi tiada kelihatan
pekerja-pekerjanya. Mungkin diorang baru jer stop kerja sebab
malam dah agak lewat.
Sedar-sedar,
I dah termasuk ke lorong yang belum diturap tapi dah disembur ngan
tar. So I pon pergi lah masuk ke lorong sebelah yang sudah diturap.
Malangnya
turapannya masih lagi lembut menyebabkan roda motorbike I tergelincir
sebab tak leh naik. Ia berlaku terlalu cepat. Tangan I yang masih memegang handle terpelecok ke belakang apabila I rebah ke jalan yang masih panas lagi...
...FACE
FIRST!
Nasib
baik helmet I ader pasang visor plastik. Muka I selamat tapi
bibir I pecah. Mujur jugak
gigi I tak patah sebab I rajin memberus gigi ngan Colgate. Hehe...
Memang
sakit giler ah. Nak mintak tolong pon tak der orang kat
sekeliling.
Nak tak
nak I terpaksa dengan payahnya menegakkan balik motorbike ngan sebelah tangan dan
teruskan menunggang ngan tangan kanan yang dah patah dan dara darah
yang menitis-nitis dari bibir menuju ke klinik berdekatan di Taman
Universiti.
I lalu
depan Guardhouse. I rasa sorang pakguard tuh ternampak yang I
sedang berdarah-darah. Memandangkan I masih boleh bawak
motorbike slow-slow, I tak berhenti membuang masa meminta pertolongan
dari pakguard. Taman U pon dekat jer.
Sampai
kat klinik, I terus dilayan sebab kes emergency. Doktor check
kalau-kalau I ader patah kat bahagian-bahagian lain. Mujur
tiada. Luka kat kulit pon sikit jer. Cuma calar-calar
sikit kat beberapa jari + penumbuk.
Doktor
kata bibir I perlu dijahit. Tapi
kalau I tak nak pon tak per. So I pon kata tak yah lah. Nanti
baik lah dia...
Doktor
panggilkan ambulans. I dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di
Johor Bahru.
Selepas
di x-ray, didapati ader mild vertical fracture pada tulang ulna.
Doktor rekomen corrective surgery, tapi katanya risky jugak lah
sebab ader urat-urat penting kat situ.
I
pikir punya pikir... I kata tak payah lah buat surgeri. I nak
berobat secara tradisional sebab itu cuma dislocation. Boleh
dibetulkan tanpa pembedahan. So doktor pon ikat lah pergelangan
tangan I dulu bagi mengurangkan pergerakan sementara I mencarik
tabib/pawang yang boleh dipercayai.
Dipendekkan
cerita, I tak berjaya mendapatkan tabib yang konfiden boleh
membetulkannya sebab tangan I dah semakin membengkak dan sakitnya
toksah cakap lah.
I ended
up in Tung Shin Hospital at Jalan Pudu, KL, only
a week later. Masa tuh bengkak dah surut, tapi masih sakit
giler.
Doktor sana ntah
apa-apa! I
diberikan suntikan bius di tangan kiri untuk dipengsankan tapi I tak
pengsan. Kemudian dia bagi suntikan dosej kedua. I tak
pengsan jugak. Dia bagi dosej ketiga. I masih tak
pengsan-pengsan jugak!
So
doktor kata dia dah tak leh nak tambah dosej lagik. Dia
suruh I masuk ward. WTF??? Diorang sengaja nak I masuk
ward sebab hospital nak charge riban-riban!
CIT
PORAH!
I kata
no way! So I walked away...
Kesudahannya
doktor tuh dah merosakkan urat saraf dekat tempat dia cucuk tuh.
Jari kelingking + jari manis tangan kiri I sekarang nih kebas
memanjang. I sepatutnya
saman diorang masa tuh jugak!
The
next day I pi pulak kat orthopedic specialist. I citer kat
doktor tuh what happened at Tung Shin Hospital. So
doktor tuh cakap dia kena bagi I obat bius untuk gajah.
BIAR
BETOLLL???
Dipendekkan
citer lagik, I pengsan dalam masa kurang 2 saat sebaik sahaja doktor
tuh suntik I ngan obat bius gajah.
I
sedar-sedar jer, I sedang dipapah oleh kakak I. Tangan I dah
bersimen. Entah apa citernya, tangan I masih tak
diperbetulkan.
Selepas
dua bulan yang menyiksakan, simen tuh dibuka. I
yang buka sendiri sebab biler I ke Hospital Sultanah Aminah, ader sorang nurse nih suruh I
buat appointment dulu. Dia suruh I come again next week!
BOLO PUNYA HOSPITAL!
Begitu
lah citernya bagaimana tangan I jadik cenggini...
>>> http://www.benashaari.com/2011/02/entri-aku-paling-menyampah-malam-ini.html
Terima kasih Ben!
