Babab.net

Wednesday, February 16, 2011

Hadiah Perkahwinan Nazri

Hari Ahad ini 20.02.2011, I akan menghadiri majlis perkahwinan opismate I si Nazri.  I pernah gak jumpa tunangnya sekali.  Manis ayu orangnya.

Alkisah semalam selepas kerja, I lepak-lepak ngan empat orang opismate I kat restoran mamak berdekatan.  Kitorang terborak jugak lah pasal wedding si Nazri.  Nak belikan hadiah aper ye?  Pening kepala jugak kan bab nak beli hadiah nih?  Nak carik hadiah yang praktikal dan mampu bikin si penerima happy memang payah, kan?

Tapi kalau nak bikin si penerima menyampah macam Ben menyampah kat I hari tuh memang mudah ler.  Bagi jer hadiah album/bingkai gambar.  Agak-agaknya orang sekarang simpan gambar dalam album gambar lagik ker tak? 


Ini djaman digital weh!

Tak pon bagi jer hadiah pinggan-mangkok.  Kalau sepuloh orang yang lain pon bagi hadiah pinggan-mangkok, boleh lah Nazri bukak restoran kan kan kan?

Mangkok!

Ok ok ok... kita tak sepatutnya komplen hadiah aper orang nak kasik.  Sepatutnya bersyukor dengan pemberian orang ye tak?  Tapi nasihat I lah... cuba lah elakkan daripada memberi dua jenis hadiah seperti yang tersebut di atas.  Silap haribulan korang mungkin disumpah menjadik cicak!

Anyway, buat pengetahuan semua, kalau pergi wedding reception orang Cina senang jer.  Kitorang bagi angpow.  Paling kurang RM50 sekepala kalau wedding diadakan di restoran-restoran biasa.  Kalau kat restoran-restoran mahal atau di hotel-hotel, RM80-RM100 minimum sekepala tak kira budak-budak atau dewasa sebab kos ikut harga semeja.  Tengok menu jugak lah.

Berbalik kepada topik hadiah wedding Nazri, sedang enak kitorang bersembang-sembang, kitorang didatangi sorang lelaki Pakistan yang malu-malu kucing.

Dia bagi salam.  Kali pertama salamnya tak bersambut.  Kitorang pandang kat dia semacam.  Agaknya kitorang semua ingatkan dia nak mintak sedekah kot?

Dia bagi salam lagik.  Kali nih salamnya disambut dua orang opismate I yang Melayu iaitu Azrul dan ND.  ND tanya dia aper yang dia nak.  Dia pon speaking in English bahawa dia menjual Islamic handicrafts.  ND pon mintak lah dia tunjukkan handicraft yang dia nak jual tuh.

Uiks?  Boleh tahan handicraft nya!  Semuanya handicraft ukiran kayu bermotifkan Islam. Ader jam loceng dinding, ader quran stand, ader bakul transformer, ader ukiran kalimah Allah dan Nabi Muhammad...

I berminat nak beli!  I nak beli jam dinding yang besar tuh untuk dijadikan hadiah perkahwinan Nazri!  Diameternya lebih kurang 600mm.

Tapi I tengok ND pon macam berminat jugak.  So I kata kat ND kalau dia pon nak beli jam tuh, I tak kisah.  I kasik angpow jer lah kat Nazri.  November lepas I pon kasik angpow jer kat wedding ex-opismate I.

Ended up, I ambik jam dinding yang besar.  ND pulak ambik jam dinding yang satu lagik yang kecik sikit.  Azrul ambik dua bijik ukiran perhiasan dinding untuk koleksi peribadi.

Memang rezeki mamat Pakistan tuh lah!  Dia datang dengan bed yang berat.  Dia singgah kat meja kitorang.  Dia pulang dengan bed yang ringan.  Dia tersenyum lebar.

Tapi aper yang membuatkan dia lebih gembira dan seakan tak percaya ialah, dia mendapat tau yang I nih sebenarnya Cina dan bukan Islam!  Mati-mati dia ingat I Melayu masa dia mula-mula bagi salam tadik sebab I berjanggut, katanya.  Patut lah I tak sambut salam dia.  Hik hik hik...

Hmmm... I dah biasa sangat dah ngan situasi begini.  I LIKE!  Haha...

Tapi kan... masalah jugak nih.  Besar jugak jam tuh.  Kotak aper ek yang muat? 

Hah!  Kotak pizza!

Kotak pizza kepala hotak!  Kang jam nih dihurungi semut dan berbau semacam jer kang!  Lagi pon kotak pizza yang paling besar pon takkan muat nyer lah...

So I pon pergi lah Kepong Village Mall kot-kot Tesco ader jual kotak hadiah yang bersesuaian.

I parking kat basement.  Sampai kat lobi, I tengok naper lah orang berkumpul jer kat escalator?  Mereka nampak macam lost tapi senyum-senyum pulak?  Rupa-rupanya kedua-dua escalator hanya turun sahaja!  Tak leh naik!

Nak naik ikut tangga tak boleh sebab tangga hanya untuk exit jer.  So I pon membuat keputusan untuk naik jugak escalator tuh menyongsang arus!  Sorang kakak ngan anaknya joined in the fun.  Ye lah... biler lagik masanya orang dewasa boleh main escalator cenggini ye tak?  Kitorang ketawa memanjang jer biler sampai ke tingkat atas.

SENONOK! :-p

I pon start lah shopping.  Kertas balut hadiah -- dah jumpa.  Kad ucapan -- dah jumpa jugak, walaupon tak best sangat.  Kotaknya?  Kat maner nak carik ek?

Masa I nak pi bayar, I tengok ader sorang cik staf Tesco dengan satu troli penuh ngan kotak. Tapi semuanya kecik-kecik.  So I tebalkan muka bertanya cik tuh kalau-kalau I boleh mintak kotak dari management Tesco.  I kata I nak yang BESARRRR punya.

Dia suruh I bertanya kat kaunter pertanyaan.  Sekali lagik I tebalkan muka kat kaunter pertanyaan.  Mamat sana suruh I mintak jer ngan mana-mana staf yang tengah unpacking kat dalam sana.

So I masuk balik.  Survey punya survey, I berkenan ngan selambak kotak kosong kat satu sudut.  I pon tanya lah kat sorang staf yang berdekatan mintak kebenaran dia yang I nak songlap sebijik kotak untuk dibuat balut hadiah.  Dia tersenyum dan memberikan kebenaran.

YAY!  Problem solved! 

Camner rupa balutan hadiahnya?  Tengok kat sini.

Kepada Nazri, Selamat Pengantin Baru, dan Salam Maulidur Rasul kepada semua.


Satu untuk bilik tido, satu untuk ruang tamu.  Boleh?  Hik hik hik...

Doa untuk dimurahkan rezeki?


31 comments:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    selamat hari kekasih wahai kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W...
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

    Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

    yupppp kita sama -sama doakan kebahagian mereka..... mmg cantik jam tu..... mmg bermakna kut hadiah jam ni...

    ReplyDelete
  2. bagi ang pow pun okay what
    my parents selalu buat camtu
    tapi i selalu terfikir nak bagi senduk, sudip or kuali
    kan praktikal tu, nak masak senang kan?hehehe
    tapi my frens kata I mengarut
    hoho~

    p/s: I xkesah dapat periuk, sudip,kuali,senduk semua tu sbb I suka masak.haha

    ReplyDelete
  3. Memang cun hadiah tu. Kalau beri kat saya pun konfem saya happy. Next time apakata share beli mesin basuh. Sure happy pengantin baru sebab dah tak yah beli mesin basuh! Tq for your komen..Ecehhh kau kata semut penyebabnya yer...

    ReplyDelete
  4. haha! bab escalator tuh mmg best! tp tia xpenah buat, takot jatoh!

    ReplyDelete
  5. @Ujang9897
    Ujang nak jugak...hahaha....belikan dia 1 la...dia tunggu tu...=P

    ReplyDelete
  6. fuh, gua bace ni, gua respek la pakcik boleh membuat karangan BM dgn nice.suspek2.haha

    ujang kawen jom kite kentut ramai2.haha

    ReplyDelete
  7. oho~ i kawen nanti sila datang bawak hadiah best2 ye..:D

    tapi lambat lagi la John..:DD

    btw, memang cantik jam tu~~~~ ;)

    n memang bertuah abang bangla tu~~ :)

    ReplyDelete
  8. saya suka je org bg tuala good morning pun sys suka, (tp x de la sampai macam tu)

    Dulu bagi sepupu lesung batu, kahakahkah2! Dia marah pulak, bukan ke itu satu keperluan penting di dapur? hehehe

    ReplyDelete
  9. lawa jam.. mesti tak lewat g keje ni

    ReplyDelete
  10. Ir Nazirul Hazwan: takmo la..ang kentut sorang2, ok?

    ReplyDelete
  11. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    selalu orang bagi cawan ajerrrr tapi kali nampak ko bagi mmg baik punya hadiahh.... yelahhhh hadiah bermakna bukan dari segi wang ringgit tapi hadiah dari keiklasan hati sbgi tanda kongsi kegembiraan

    ReplyDelete
  12. @asybedazzle
    Thanx. Actually it shoulda been a lil bit longer. I cencored out the part when paying at the counter. The Indian cashier girl was very hairy, that I could see hair in her cleavage! Har har!

    ReplyDelete
  13. @Afzainizam
    Harap Nazri ader tempat untuk digantung jam nih. :-)

    ReplyDelete
  14. @una berry
    Yup... bagi angpow lah yang paling praktikal. Duit tuh boleh diorang gunakan untuk membeli benda yang diorang suka.

    Una suka jugak ker kalau 10 orang bagi hadiah senduk/sudip/kuali? Memang betul lah ur friends kata you mengarut. Hehe... jangang marah! :-p

    Tapi bagus ler Cik Una suka memasak. Boleh jadik isteri mithali. ;->

    ReplyDelete
  15. @Nick name R E A D..
    Yup! Yang terbaik ialah dengan share beli perkakasan dapur atau perabot. Another group of my collegues share beli rak buku Ikea.

    A'ah... semut memang penyebab kurang daya ingatan. ;-)

    ReplyDelete
  16. @tia
    Hahah... itu lah pasal... I pon risau lak ibu ngan anaknya yang ikut kat belakang. Takut diorang tersungkur! Nasib baik diorang cekap jugak. :-)

    ReplyDelete
  17. @Ujang9897
    Oooo... patut lah siang malam pagi petang ingat pasal romen jer. Hehe... jangan marah! :-)

    ReplyDelete
  18. @zaMir
    Hmmm... untuk Ujang, I patut kasik kondom yang dah ditebuk. Hahah!

    ReplyDelete
  19. @nazirulhazwan~
    Hmmm... TQ pakcik. Uncle dulu sekolah Melayu mah... :-p

    ReplyDelete
  20. @Sunah Mohammad
    Cik Sunah nak jadik Pn. Ben ker Pn. FF ker Pn. Ady? ;->

    ReplyDelete
  21. @ayushida
    Hah? Bagi lesung batu? Memang patut pon sepupu Ayu marah! Hahaha! lain kali carik lah kerastangan yang tak sekeras lesung! Har har!

    ReplyDelete
  22. @Encik Blogger
    Hmmmm... I tak check pulak jam nih ader alarm ker tak... :-p

    ReplyDelete
  23. @Afzainizam
    Bagi cawan pon ok jugak... tapi kalau boleh bagi yang unik sikit. Misalnya set His & Hers... sepasang gitu... ;-)

    ReplyDelete
  24. ouh..cina eh..=D
    ajrlah bhasa mndarin kt blog nie hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2