Sejarah cincin emas yang I pakai nih
tiada kaitannya dengan sebarang kisah cintan-cintun.
Kisahnya bermula
di sebuah Fun Fair di Taman Universiti, Skudai pada tahun 1998. I dah lama memerhatikan sekumpulan orang yang sedang
bermain Bingo. Setiap pusingan, hadiah
yang berlainan ditawarkan. Kalau tak
silap I, RM1.00 dikenakan untuk bermain.
Pada pusingan terakhir, sebentuk cincin emas ditawarkan. Kalau tak
silap I lagi lah... RM2.00 dikenakan untuk bermain.
Lama jugak hos tuh memanggil orang ramai untuk menyertainya.
Mungkin disebabkan bayaran untuk pusingan terakhir nih mahal sikit,
ramai yang telah bermain sebelum itu membuat keputusan untuk tidak bermain
lagi. Mungkin mereka kecewa nasib
tak menyebelahi mereka.
Kemudian hadiah ditambah menjadik dua bentuk cincin
emas. Menarik! Beberapa orang lagi join. I masih tengah berpikir nak join ker tak nak. I rasa peluang untuk menang agak sukar kot? Nah... I won’t be that lucky lah!
Hos tuh memanggil lagik.
Panggil punya panggil, dia menambahkan hadiahnya kepada tiga bentuk
cincin emas!
Wah! Best nih! Hati I tergerak untuk mencuba nasib. Beberapa orang yang lain turut join. I
mendapat satu papan dengan set nombor rawak.
Tiada dua papan yang mengadungi set nombor yang sama.
Permainan pon bermula.
Satu demi satu nombor dicabut. I menjadik semakin cemas apabila I dah
mendapat 4 daripada 5 nombor yang diperlukan untuk menang. Jantung I berdegup kencang.
Come on… come on!
Just one more number!!!
Beberapa nombor
lagik diumumkan, tapi masih belum ada sesaper lagik yang meneriak Bingo! Kita perlu teriakkan Bingo! secepat mungkin
sekiranya nombor kita dah lengkap untuk menang.
Kalau ada orang lain yang teriak dulu, maka orang tuh lah yang menang.
Apabila nombor
seterusnya diumumkan, jantung I terhenti seketika. Nombor I dah lengkap!? Biar betul??? Errr... errrr... I pon teriak lah
BINGO!!!
Semorang pandang
kat I. Ada yang mengeluh. Orang sebelah mengucapkan tahniah. I macam tak percaya yang I boleh menang 3 bentuk
cincin emas di Fun Fair pada percubaan pertama! Setelah papan I diperiksa oleh hos, tiga bentuk
cincin emas tuh berserta ngan sijil-sijil keasliannya diserahkan kepada I.
Memang emas tulen, tapi cincinnya agak nipis dan
lembut. Mudah kemek. Jari-jari I pulak agak
besar. Cuma muat kat jari kelingking
jer. Itu pon ketat. So I simpan jer.
Sehinggalah pada
tahun 2003, I membuat keputusan untuk meleburkan ketiga-tiga cincin nih untuk
dijadikan sebentuk cincin yang lebih besar dan tebal.
I’ve been wearing it ever since.
Kepada kengkawan Muslim, I tau bahawa lelaki Islam tak leh
memakai emas. Bagaimana pulak hukumnya
bermain Bingo? Judi?
I slalu je main bingo time sekolah
ReplyDeletetapi xdapat hadiah lah
hehehe
@una berry
ReplyDeleteWah lajunya Cik Berry! Hehe...
Tak dapat hadiah ker memang tak der hadiah? Just play for fun?
abg john: bingo tak salah.. not a judi.. game yang abg john cakap ni pon boleh main semua.. ibarat kita main sudoku la..tapi xde la sapa cepat dia dapat.. hehehe..
ReplyDeleteting tong..selalu kwn main tipu klo main bingo..tntg hukum..nta *angkay bahu*
ReplyDelete@Norfa
ReplyDeleteTQ Norfa! Tapi kalau bermain melibatkan wang, camner?
@nazrul ashraff
Boleh ker main tipu?
@logorithm just play for fun. to kill time :D
ReplyDeleteemas betul ke?
ReplyDeletehaha xpenah men bingo
@Qaseh dalia adelia
ReplyDeleteMemang emas tulen, Dahlia. Berat jugak tuh!
kalau tak silap saya.. kalau main libat kan wang ada dua cara..
ReplyDelete1- kalau hadiah berupa wng macam kita main teka teki or apa2 aja hadiahnya wang..macam.. peraduan teka silang kata.. hadiah dia RM500 tunai.. itu bukan judi..so x haram..
2- kalau hadiah dia dari wang yang dipertaruhkan.. contoh, kita race, kita taruh duit RM200 seorang.. kalau lima orang dah RM1000..syarat dia.. sapa menang akan dapat duit tuh.. tu kita kata haram.. tuh baru judi..samakan dengan judi cara macam tuh..?
ini dari perspectif islam..=)
**sy rasa apa yang sy ckp ni betol.. tapi kalau slah somebody tolong betol kan sy =)**
@norfa
ReplyDeleteTQ Norfa! Dah clear dah. I rasa betul penjelasan Norfa nih.
Yg haram nya klu kertas bingo tu d jual dgn hrga wang baru d kira judu.
ReplyDelete