Babab.net

Showing posts with label bertuah. Show all posts
Showing posts with label bertuah. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

BINGO!!!



Sejarah cincin emas yang I pakai nih tiada kaitannya dengan sebarang kisah cintan-cintun.

Kisahnya bermula di sebuah Fun Fair di Taman Universiti, Skudai pada tahun 1998.  I dah lama memerhatikan sekumpulan orang yang sedang bermain Bingo.  Setiap pusingan, hadiah yang berlainan ditawarkan.  Kalau tak silap I, RM1.00 dikenakan untuk bermain.

Pada pusingan terakhir, sebentuk cincin emas ditawarkan.  Kalau tak silap I lagi lah... RM2.00 dikenakan untuk bermain.

Lama jugak hos tuh memanggil orang ramai untuk menyertainya.  Mungkin disebabkan bayaran untuk pusingan terakhir nih mahal sikit, ramai yang telah bermain sebelum itu membuat keputusan untuk tidak bermain lagi.  Mungkin mereka kecewa nasib tak menyebelahi mereka.

Kemudian hadiah ditambah menjadik dua bentuk cincin emas.  Menarik!  Beberapa orang lagi join.  I masih tengah berpikir nak join ker tak nak.  I rasa peluang untuk menang agak sukar kot?  Nah... I won’t be that lucky lah!

Hos tuh memanggil lagik.  Panggil punya panggil, dia menambahkan hadiahnya kepada tiga bentuk cincin emas!

Wah!  Best nih!  Hati I tergerak untuk mencuba nasib.  Beberapa orang yang lain turut join.  I mendapat satu papan dengan set nombor rawak.  Tiada dua papan yang mengadungi set nombor yang sama.

Permainan pon bermula.

Satu demi satu nombor dicabut.  I menjadik semakin cemas apabila I dah mendapat 4 daripada 5 nombor yang diperlukan untuk menang.  Jantung I berdegup kencang.

Come on… come on!  Just one more number!!!

Beberapa nombor lagik diumumkan, tapi masih belum ada sesaper lagik yang meneriak Bingo!  Kita perlu teriakkan Bingo! secepat mungkin sekiranya nombor kita dah lengkap untuk menang.  Kalau ada orang lain yang teriak dulu, maka orang tuh lah yang menang.

Apabila nombor seterusnya diumumkan, jantung I terhenti seketika.  Nombor I dah lengkap!?  Biar betul???  Errr... errrr...  I pon teriak lah

BINGO!!!

Semorang pandang kat I.  Ada yang mengeluh.  Orang sebelah mengucapkan tahniah.  I macam tak percaya yang I boleh menang 3 bentuk cincin emas di Fun Fair pada percubaan pertama!  Setelah papan I diperiksa oleh hos, tiga bentuk cincin emas tuh berserta ngan sijil-sijil keasliannya diserahkan kepada I.

Memang emas tulen, tapi cincinnya agak nipis dan lembut.  Mudah kemek.  Jari-jari I pulak agak besar.  Cuma muat kat jari kelingking jer.  Itu pon ketat.  So I simpan jer.

Sehinggalah pada tahun 2003, I membuat keputusan untuk meleburkan ketiga-tiga cincin nih untuk dijadikan sebentuk cincin yang lebih besar dan tebal.

I’ve been wearing it ever since.


Kepada kengkawan Muslim, I tau bahawa lelaki Islam tak leh memakai emas.  Bagaimana pulak hukumnya bermain Bingo?  Judi?

Wednesday, January 19, 2011

Entry Rojak: 7, 77 & 777

The number 7 holds a special place in my heart.  It's my birth date - 7th of April.

Kalau blogger terkenal Ben Ashaari mendapat followernya yang ke-7,777 pada 16.01.2011, semalam, hari Selasa 18.01.2011, I mendapat follower yang ke-77 dan visitor yang ke-777 selepas mendapat suntikan trafik daripada Ben.  Thank you Bro!

































Dengan ini diumumkan bahawa follower I yang bertuah iaitu yang ke-77, jatuh kepada miss_L*!  Tahniah!  Sebuah hadiah penghargaan milik kamu!  I pon tak tau lagik apa hadiahnya.  Kena pi shopping nih!

Kepada miss_L, sila reply di sini untuk butiran penghantaran hadiah.  I tak akan menghubungi miss_L untuk menyampaikan berita gumbira nih.  Biarlah miss_L sendiri ataupon kengkawannya yang terbaca entri nih yang memberitahunya.  Ok tak gitu?  Hehe...


Kepada yang lain-lain, jangan kecik hati ye?  Anda semua dihargai.  Thank you!

Untuk visitor yang ke 777, there's no way that I can find out who that was.  So... tak der hadiah untuk itu.

TAHNIAH!

Hmmm... biler lah agaknya I akan mendapat follower yang ke-7,777?

*Sekiranya pemenang atas sebab-sebab tertentu tidak mahu menerima hadiah tersebut, maka I akan menawarkannya kepada follower  berikutnya yang sudi menerima hadiah tersebut yang akan dipilih mengikut kriteria tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2