Babab.net

Showing posts with label taik. Show all posts
Showing posts with label taik. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Melabur


Gambar hiasan menarik ini diambil dari Monster-Wow.com


Pagi Sabtu lepas, sebelum melabur, berat badan = 85kg.

Selepas melabur = 84kg.



Monday, May 07, 2012

Lalat yang buta

Gambar hasil carian Google.

Cantik mata kumpuan lalat, kan?  Tapi... agaknya ada tak lalat yang buta?

Jawapannya:  ADA!

Berikut ini adalah gambar seekor lalat yang buta.


Macam mana I tahu yang lalat itu buta?

Sebab... I lah yang membutakannya!  Har har har!

Ceritanya begini...

Pada suatu malam ketika I sedang berehat-rehat di atas sofa sambil menonton TV, tiba-tiba seekor lalat yang besar hinggap kat hujung sofa. I perhatikan ia sekejap.  Ia tak bergerak langsung.   Mungkin ia dah penat seharian berterbangan mencari taik makan.  Maka I terus mencapai handphone untuk mengambil gambarnya.

I menghampirinya perlahan-perlahan.  Ia tak bergerak.  I dekatkan kamera.  Tiada respons.  I snap kamera.  POOF!  Lampu flash menyala secara otomatik.

I tengok lalat itu mula mengosok-gosokkan matanya!  Nampaknya cahaya flash itu telah menyakiti mata lalat.  Nyeh nyeh nyeh...  Dua tanduk mula tumbuh kat kepala I.

So, I snap lagi.  POOF lagi.

Kali ini lalat itu terbang.  Tapi terbangnya macam lalat kehilangan arah.  Langgar sana, langgar sini.  Dengan kata lain, seperti lalat buta!  Memang dah buta lah kot?  Hehe...

Selepas lalat itu menghilangkan diri, I terpikir...

Mungkinkah kita boleh menghapuskan lalat dengan cara membutakan mereka?  Kalau dah buta, macam mana mereka nak cari taik makan?  Macam mana mereka nak *toot* untuk membiak?  Lama-kelamaan mereka akan mati kelaparan dan berkuranglah kadar pembiakannya, ye tak?

Begitu juga halnya dengan nyamuk.  Nyamuk juga mempunyai mata kumpuan.  Dengan membutakan mata nyamuk, dapatkah mereka mencari makan?  Masih dapatkah mereka membiak?

Mungkinkah ini boleh menjadi satu cara yang tidak mencemarkan alam untuk mengawal pembiakan lalat dan nyamuk pembawa penyakit?

Hmmm... I rasa I patut memanjangkan idea ini kepada para saintis tempatan untuk dibuat kajian...


Friday, December 23, 2011

Lawak pilihan #3


Sumber gambar dari Google.

Suatu hari sepasang lalat sedang dinner kat satu tempat yang romantik.

Tiba-tiba si isteri lalat bersuara, "Bang, kenapa hari-hari kita makan taik?"

Lalu si suami pun menjawab, "Isshh!  Jangan cakap benda-benda kotor masa makan!  Tak baik!"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2