Amacam? Menarik? Tertarik?
Unit flat ini merupakan unit kedua dari unit tepi, dan berada bersebelahan dengan tangga keselamatan di Tingkat 2. Tingkat Bawah dan Tingkat 1 adalah premis perniagaan. Bagi I, Tingkat 2 adalah yang terbaik sebab kalau lif rosak, kita menaiki tangga pun setakat ke Tingkat 2 jer. Bayangkan kalau unit kita di tingkat paling tinggi iaitu di Tingkat 13???
Tampak luaran Flat Taman Megah, Kepong. Sumber gambar dari iProperty.
Unit flat ini tidak pernah diduduki walaupun ia telah siap dibina pada awal tahun 2008. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Kepong Business Park yang baru siap dibina pada penghujung tahun lepas. Ia terletak kira-kira 1km dari Stesen Komuter KTM Segambut dan hanya berada 250m dari Masjid Al-Quturbi.
Lokasi Flat (klik gambar untuk tumbesaran).
Kepong Business Park.
Masjid Al-Quturbi.
Butiran lanjut flat ini adalah seperti berikut:
Jenis Perumahan: Flat
Pegangan: Bebas
Luas Lantai: 682 kaki persegi
Bilangan Bilik Tidur: 3
Bilangan Bilik Air: 2
Parking Lot: 1
Harga Permintaan: RM 80,000 o.n.o. (atau tawaran terdekat)
Powered by Mortgage Calculator Plugin
Kalau nak sewa pun boleh jugak, tapi I kena saring betul-betul ler. Si penyewa mestilah dari jenis yang baik-baik. Siapa yang nakkan penyewa yang liat nak bayar sewa, ye tak?
Sesiapa yang berminat sila tinggalkan mesej anda di dalam petak komen.
Terima kasih.
Pelan rumah.
Pintu masuk utama dengan dapur di sebelahnya.















