Babab.net

Sunday, March 04, 2012

Flat untuk dijual


Ingat lagi video kat entri ini?  Video dalam entri itu menunjukkan keadaan flat sebelum ia diperbaiki dan dicat semula.  Nak tengok macam mana keadaannya selepas ia siap diperbaiki dan dicat semula dengan cat ICI?  Anda boleh melihatnya dalam video berikut:


Amacam?  Menarik?  Tertarik?

Unit flat ini merupakan unit kedua dari unit tepi, dan berada bersebelahan dengan tangga keselamatan di Tingkat 2.  Tingkat Bawah dan Tingkat 1 adalah premis perniagaan.  Bagi I, Tingkat 2 adalah yang terbaik sebab kalau lif rosak, kita menaiki tangga pun setakat ke Tingkat 2 jer.  Bayangkan kalau unit kita di tingkat paling tinggi iaitu di Tingkat 13???

Tampak luaran Flat Taman Megah, Kepong.  Sumber gambar dari iProperty.

Unit flat ini tidak pernah diduduki walaupun ia telah siap dibina pada awal tahun 2008.  Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Kepong Business Park yang baru siap dibina pada penghujung tahun lepas.  Ia terletak kira-kira 1km dari Stesen Komuter KTM Segambut dan hanya berada 250m dari Masjid Al-Quturbi.

Lokasi Flat (klik gambar untuk tumbesaran).

 Kepong Business Park.

Masjid Al-Quturbi.

Butiran lanjut flat ini adalah seperti berikut:

Jenis Perumahan:  Flat

Pegangan:  Bebas

Luas Lantai:  682 kaki persegi

Bilangan Bilik Tidur:  3

Bilangan Bilik Air:  2

Parking Lot:  1


Harga Permintaan:  RM 80,000 o.n.o. (atau tawaran terdekat)




Kalau nak sewa pun boleh jugak, tapi I kena saring betul-betul ler.  Si penyewa mestilah dari jenis yang baik-baik. Siapa yang nakkan penyewa yang liat nak bayar sewa, ye tak?

Sesiapa yang berminat sila tinggalkan mesej anda di dalam petak komen.

Terima kasih.

Pelan rumah.
   
Pintu masuk utama dengan dapur di sebelahnya.

Dapur dan ruang ampaian di luar.

Ruang makan di tengah.

Ruang tamu..

Bilik tidur utama (10' x 12').

Bilik tidur kedua (8' x 12').

Bilik tidur ketiga (L-shaped 9' x 10' - 3' x 3').

Koridor ke bilik tidur dan bilik air.

Bilik mandi.

Tandas.

Ruang ampaian dengan kemudahan untuk mesin basuh.

28 comments:

  1. boleh tahan gak blk dia..xde diskaun ke utk studnt..hehehe..ikut hrga stdnt laaa..:)

    ReplyDelete
  2. Semoga u dapat penyewa yang baik ya :)

    Teringat adik i nak menyewa 2 tahun lalu.. Faktor kerjaya penyewa sangat2 diambil berat oleh tuan rumah tersebut.. Kawannya ctc owner tapi terus dijawabnya sorry u tak boleh sewa.. Kwn adik i tanya kenapa n dia jawab u punya kerja tak bagus.. Tercenggang diaorg.. Then adik i call n owner tanya soalan yg sama, so adik i jawab. Owner mintak 1 day n after that dia dpt sewa rumah tersebut bersama2 kwn yg dikatakan tak boleh sewa tadi :))

    ReplyDelete
  3. rumah u ke?
    80k? boleh nego lagi tak?

    ReplyDelete
  4. @conan
    Kalau sewa, boleh lah kot kasi student price. Tapi I prefer nak jual jer.

    ReplyDelete
  5. @[n a j e e b]
    Boleh nego... itu yang I letak 'o.n.o.' yang bermaksud 'or nearest offer'. I akan jual kepada sesiapa yang offer tertinggi. :-)

    Naper? Berminat ker?

    ReplyDelete
  6. bro,
    kawan i sure b'minat ni. tunggguuuuu!! :-)

    ReplyDelete
  7. @Oh Oeya
    Betul tuh Cik Oeya. Kita sebagai tuan rumah memang kena berhati-hati. Diorang tak boleh nak salahkan tuan rumah bongkak ker apa... sebab itu adalah untuk menjamin investment tuan rumah. Memang banyak berlaku kes penyewa lari tak bayar sewa berbulan-bulan. Bil api-air pon tak bayar. Dalam kes-kes yang lebih buruk, segala apa yang boleh dirosakkan dalam rumah tuh, dirosakkan oleh penyewa yang melampau gara-gara tuan rumah bertindak tegas.

    Apa pun... I lebih prefer untuk menjual rumah nih daripa menyewakannya. Tak perlu pening kepala.

    ReplyDelete
  8. @blog-tips-kurus
    Iye ker Cik BTK? So far dah ada beberapa orang yang berminat. Nampaknya kena tengok siapa yang boleh offer harga yang lebih menarik ler... hehe...

    ReplyDelete
  9. @una berry
    Yup! Rumah nih memang ok. Semasa kali pertama I tengok rumah nih walaupun dalam keadaan yang menjijikkan, I dah nampak kelebihan layout flat nih. Lain daripada kebanyakan flat kos rendah yang biasa kita lihat. Cuma mungkin kerana faktor kos, koridor di luar agak sempit. Tapi tak per lah kan? Yang penting, keadaan dalam rumah mestilah selesa.

    ReplyDelete
  10. xde duit lah..
    duit Ptptn x cukop..
    hehehe

    ReplyDelete
  11. Ohhh rumah berhantu hari tu dah jadi cantik....

    beb aku bagi cadangan apa kata ko call famous Malaysian TV home makeover program 'Deko Bersama Eric Leong' boleh dapat Sponsors perabut, Tv baru.siap dapat lampu gantung..

    So harga market untuk sewa dah up lahh kan..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy hilangkan calar dashboard kereta

    ReplyDelete
  12. adess scroll dengan pelahan2..tetap cuak.hahah

    ReplyDelete
  13. @NadiRah
    Setakat duit PTPTN memang tak cukup. I paham. Kena ada back up sikit dari PAPAMAMA. ;-)

    ReplyDelete
  14. @Afzainizam
    Wah! Idea menarik tuh! Tapi I dah set harganya RM80,000. Dah ada beberapa orang pembeli yang serius. Cuma tunggu weekend nanti untuk tengok rumah dan biar lah diorang berebut. I akan jual kepada pembeli yang menawarkan harga tertinggi. ;-)

    Nanti I boleh cadangkan kat pembeli tersebut cadangan bro nih. TQ! :-D

    ReplyDelete
  15. wahh dulu mmg ade niat nak cari rumah kat area sana, nak buat 2nd house

    my mom ckp harga rm80k tu ok la, tp syg kitorang baru je amek kete =..=

    ade 2nd house sng bleh buat rumah untuk d sewakan dan boleh buat rumah singgah =D

    ReplyDelete
  16. dah jual ke blom? i berminat..bleh bg no telefon x?emelkn ke lavender_blue3r@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Iman.

      Sebenarnya dah ada pembeli yang dah 'booking' pada harga diskaun yang telah dipersetujui, tapi I masih belum mintak deposit daripadanya memandangkan dia perlukan bakal suaminya yang bekerja di Langkawi untuk datang view sebelum membuat keputusan akhir. Ini bermakna selagi dia belum membuat keputusan akhir, selagi itu I masih boleh menjual kepada sesiapa yang boleh membuat keputusan lebih awal.

      I akan emailkan nombor telefon kat Cik Iman...

      Delete
  17. dah jual blom?bleh bg no tepon?emelkan ke lavender_blue3r@yahoo.com..tq

    ReplyDelete
  18. hello...rumah ni dah jual blom? if x yet, email ur handset no kat victor_5567@yahoo.com.my....tx

    ReplyDelete
  19. Hai..da jual ke rmh ni?sy nk taw psl rmh ni..sbb sgt dkat dgn tmpt kerja sy..please email me ur hp no at hiroshihana87@gmail.com...tq...

    ReplyDelete
  20. haii..dah jual ke belom??kalo belom emailkan saya no hp di hans.arataz@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Hans, I tak jadik jual rumah nih sebab I bertukar pikiran untuk duduk sendiri. I dah berpindah masuk ke rumah nih pada 01/07/2012.

      Delete
  21. - occupancy rate got >70%?
    - maintenance fee how much?
    - mostly who staying? Malay, Chinese or foreigner?
    - good stay?

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah ?I guess occupancy rate is more than 70%.

      Maintenance fee is RM50/month + minimum water charge @ RM8/month.

      Majority here are Malays and Indians. Not many Chinese families living here though. There are some foreigners too.

      I personally find this place is a good stay and coulda been better if the Indians could be more civilised by not simply throwing rubbish just out of their windows. Rubbish bag is not in their vocab because they are relocated from the squatters in this area.

      No offence, but if the Indians are taken out of this flat, it certainly will be a very good place to stay!

      Delete
  22. Thanks for your info. May I know where is the maintenance office located? Or u pay to committee? Luckily still have ppl to manage the rubbish.

    Do you know how much is the rental currently ?

    Many thanks. Nic

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Management Office is located on 2nd Floor. I pay directly there.

      Yes, they sweep the floor everyday except on Sundays and public holidays. But yet, you'll see rubbish everywhere again right after that. The management gave up on how else to educate these people.

      The last time I checked with the residence there, they said the rental was around RM450/month.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2