Babab.net

Showing posts with label pictures. Show all posts
Showing posts with label pictures. Show all posts

Tuesday, July 09, 2013

(11 gambar) Roh mangsa kemalangan?



Semasa melalui Jalan Semenyih yang gelap-gelita pada Ahad lepas (07/07/2013) kira-kira jam 7:45 malam dalam perjalanan pulang ke KL dari kampung di Mantin, Negeri Sembilan, I terkejut apabila ternampak satu jasad manusia yang tertiarap di atas jalan di laluan bertentangan dengan mukanya menyembah jalan dan helmet yang telah tercabut. I nyaris menggilis kepalanya tapi nasib baik I tak memandu terlalu laju dan sempat mengelak.  Nampaknya satu kemalangan baru sahaja berlaku dan I terus mencari ruang di tepi jalan untuk berhenti.  Kereta yang mengekori di belakang juga ikut berhenti.  Jalan pada ketika itu kebetulan lengang, jadi kami yang telah turun kereta mengisyaratkan kepada kenderaan yang lain untuk memperlahankan kenderaan.  Kalau jalan sibuk, kemungkinan besar mangsa akan digilis kenderaan.

Lokasi kemalangan.

Tanggapan pertama I pada ketika itu ialah berlaku kes kemalangan langgar lari.  Namun ketika berjalan ke arah mangsa, dilihat terdapat seorang lagi mangsa yang tertiarap merentangi jalan.  Tak bergerak.  Darah telah banyak mengalir di atas jalan.  Sementara mangsa pertama yang dilihat tadi sedang dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain dan dibawa ke tepi jalan.

Penunggang tersebut cedera di muka dan dalam keadaan bercelaru.  Kami tanya dia sama ada dia menunggang bersendirian kerana terdapat seorang lagi mangsa yang nampaknya sudah tak bernyawa.  Dia mengambil sedikit masa untuk menjawab.  Katanya, dia menunggang bersendirian.  Kemudian dia bertanya kami apa yang dia langgar.  Kami tak memberitahunya situasi sebenar sebaliknya meminta dia agar bertenang sahaja.  Maka dapat disimpulkan bahawa mangsa yang seorang lagi itu adalah pejalan kaki yang sedang melintas jalan dalam keadaan gelap.  Perhatikan kaki pakcik itu yang berbalut... 

Ini adalah kejadian kemalangan (maut?) yang pertama kali I saksikan.  Walaupun I tak nampak apa yang berlaku, tapi bolehlah dikatakan bahawa I merupakan orang pertama yang terlihat mangsa sejurus selepas berlakunya kemalangan itu.

I terus mengambil gambar.  I tak menyedari apa-apa yang pelik ketika mengambil gambar (kerana keadaan gelap) sehinggalah satu gambar yang kelihatan terlalu terang di sudut atas kiri.  I preview gambar itu, dan menyangkakan kemungkinan itu adalah jari I walaupun I rasa tak mungkin jari ini boleh sampai sehingga menutupi lensa kamera (Nokia 808 PureView).  Setting kamera semuanya automatik.  I teruskan mengambil gambar tapi berpada-pada juga lah sebab takut nanti orang marah mengambil gambar keadaan mangsa yang malang itu.  I sempat mengambil tujuh gambar sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana mangsa telah berada di tangan selamat sekumpulan orang yang prihatin.

Setibanya di rumah, I preview balik semua gambar dan segala bulu I terus meremang!  Lima daripada tujuh gambar itu menunjukkan tanda-tanda paranormal!  Gambar seolah-olah berkabus dan menunjukkan kehadiran 'orbs'.  Dengan menggunakan Photoshop, gambar-gambar tersebut di'enhance'kan dengan meningkatkan kontras.

Gambar pertama tak menjadi sebab keadaan amat gelap.  Kamera tak dapat fokus objek (mangsa) di seberang jalan.

Gambar yang sama di atas di'enhance' yang menunjukkan bayangan cahaya kemerahan dan 'orbs' berhampiran mangsa (yang telah tak bernyawa lagi?)

Hanya gambar ini dan satu lagi yang kabur yang nampak normal, tak berkabus.  Gambar tersasar sebab keadaan gelap.

Gambar seterusnya seperti berkabus.  Nampak tak cahaya kemerahan di atas kepala mangsa?  Tak nampak?  Tengok gambar bawah yang telah ditambah kontras.
Terdapat juga cahaya terang di dua sudut gambar - sudut atas kiri kemerahan dan sudut bawah kanan putih terang.

Gambar inilah yang I perasan terdapat cahaya terang di sudut atas kiri.  I sangkakan ini jari I, tapi tak mungkin jari I boleh sampai ke lensa kamera.

Gambar yang sama di atas yang telah ditambah kontras tapi 'kabusnya' masih terlalu tebal.  Perhatikan orang di sebelah kanan yang terlitup oleh 'kabus tebal' itu.

Gambar terakhir yang I ambil ini masih 'berkabus tebal'.  'Orbs' juga mula kelihatan.  Cahaya kemerahan di atas kepala mangsa juga masih kelihatan seperti di dalam gambar 5/6 di atas.

Gambar yang sama di atas yang telah ditambah kontras.  Apakah warna roh kita merah?



Sebenarnya kalau dilihat betul-betul, gambar mangsa di gambar pertama di atas juga terdapat cahaya kemerahan di atasnya.  Lihat gambar yang telah ditambah kontras di bawah.

I rasa pakcik ini tak dapat diselamatkan.  Takziah kepada keluarga mangsa.

Semoga abang yang terselamat ini pula mendapat rawatan yang sewajarnya di hospital dan segera sembuh.

Sebenarnya ini merupakan kali keempat I terakam gambar paranormal.

Kali pertama pada tahun 1990-an, tapi pada ketika itu tiada kamera digital, gambar dan negatifnya telah hilang.  Kali kedua ketika Perayaan Qingming tahun 2010. <== kilk untuk baca, lihat gambar terakhir.

Kali ketiga pula berlaku baru-baru ini di rumah keluarga, yang I percaya merupakan roh mendiang emak I yang meninggal pada tahun lepas.

Saturday, December 17, 2011

Video khas Ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers


Gambar hasil pencarian Google.

Semasa membuat entri 'Video Jambatan Tenggarong di Kalimantan Timur runtuh' pada 05.12.2011, I terjumpa info pasal Tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11.12.1993.  Lagi 6 hari adalah ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers.

Lalu timbul idea untuk membuat satu entri khas bersempena dengan ulangtahun ke-18 tragedi ini.  I teringat pernah melihat satu siri gambar yang merakamkan detik-detik berlakunya keruntuhan bangunan kondominium mewah itu di akhbar-akhbar tempatan pada ketika itu.

I pernah cuba untuk mencari gambar-gambar tersebut beberapa tahun yang lepas, barangkali 5-6 tahun yang lepas, tapi tak jumpa. Mungkin pada ketika itu ia memang belum wujud di internet.

Kini gambar detik-detik keruntuhan bangunan itu sudah boleh dijumpai di internet, terutama sekali di dalam blogosphere yang amat pesat berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Gambar-gambar yang dipilih adalah dengan tujuan untuk dijadikan satu video klip seperti mana yang pernah I buat untuk entri 'UFO di KLCC'.  Agak susah juga untuk mendapatkan gambar-gambar yang berkualiti.  Kebanyakan gambar yang I jumpa itu bersaiz kecil dan kurang jelas.

Nak tak nak, terpaksalah juga digunakan gambar-gambar yang kurang jelas itu.  Kualitinya diperbaiki sebaik mungkin menggunakan Photoshop.  Video yang bakal dihasilkan itu harus bersaiz 16:9 kerana itulah saiz paparan paling popular masa kini.

Namun timbul masalah dengan Windows Movie Maker kat laptop I.  Sikit-sikit, gantung hang.  Nak tukar aspect ratio kepada 16:9 pun gantung hang.

Laptop I teramat lah lembabnya semenjak I install AutoCAD.  Oleh kerana AutoCAD ini adalah trial version, maka I uninstall jer.  Pas tuh I scan dan repair menggunakan Advanced SystemCare serta reinstall Windows Movie Maker, tapi masih problem.

Idea asal adalah untuk membuat posting ini tepat pada tarikh Ulangtahun ke-18, iaitu pada 11.12.2011, tapi oleh kerana masalah laptop yang lembab dan software bermasalah, terpaksalah ditangguhkan projek video ini.

Dipendekkan cerita, akhirnya siap juga video ini menggunakan PC lain (tak perlu ler ceritakan PC mana, hehe...), dan inilah hasilnya: 


Tragedi yang mengorbankan 48 nyawa ini telah didokumentasikan pada tahun lepas oleh History Channel dan telah ditayangkan di Astro.  Sayangnya kedua-dua anak-beranak yang terselamat itu tidak dapat dikesan untuk diwawancara dalam dokumentari itu yang kini boleh ditonton di Youtube.

Berikut adalah Bahagian 1 daripada 5 bahagian video tersebut:


Apa yang menarik perhatian I ialah ketika dalam keadaan kelam-kabut sejurus selepas runtuhnya kondominium itu, kru berita sempat menemubual seorang kanak-kanak yang kudung kedua-dua tangannya sampai ke paras bahu, iaitu Zhariff Afandi.  Zhariff merupakan penghuni blok yang runtuh itu, tapi terselamat kerana pada ketika itu dia berada di blok bersebelahan.  Adik-beradiknya yang lain serta orang gajinya juga sempat menyelamatkan diri.

Zhariff kini merupakan pakar motivasi yang menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu The Zhariff Initiative.

18 tahun berlalu sudah.  Patutkah kita melupakan tragedi hitam ini?  Patutkah kita melupakan kesedihan ini?  I rasa tak patut.  Ia patut dijadikan peringatan kepada pemaju-pemaju agar lebih bertanggungjawab apabila membangunkan kawasan-kawasan lereng bukit.

My heart goes out to those who have lost their loved ones in this tragedy...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2