Babab.net

Monday, December 05, 2011

Video Jambatan Tenggarong di Kalimantan Timur runtuh!


Tumpang gambar dari BudakBotak.

Korang mungkin dah melihat gambar-gambar sekitar kejadian Jambatan Tanggarong di Kalimantan Timur runtuh pada 26.11.2011 sekitar jam 4:30 petang, tapi korang dah tengok video detik-detik berlakunya kejadian itu?

Sekumpulan remaja yang sedang lepak-lepak di sebuah taman yang agak jauh juga dari Jambatan Tenggarong ala Jambatan Golden Gate San Francisco ini sambil merakamkan aksi boring mereka, tiba-tiba menjadi menarik kerana secara tidak sengaja telah merakamkan detik-detik keruntuhan jambatan tersebut.

Saksikan videonya:


Bukan mudah untuk dapat merakamkan sesuatu kejadian yang dahsyat seperti ini dengan tidak sengaja.  Walaupun video ini tidak secara jelas merakamkan keruntuhan tersebut, namun dari bunyinya sahaja sudah cukup mengerikan.

Setakat hari Selasa, 29.11.2011, menurut MetroTVnews.com, angka korban telah meningkat kepada 13 orang manakala puluhan lagi dilaporkan masih hilang.

Hmmm... I sendiri pernah tertangkap gambar menarik secara tidak sengaja.  Bukan gambar eksiden, bukan gambar bencana, tapi gambar UFO!  Siap I buatkan videonya sekali.  Klik sini untuk melihat dua gambar UFO tersebut serta videonya.


12 comments:

  1. @aida-myasara
    Khabarnya jambatan ini dibina daripada besi kitar semula. Mungkin itu salah satu punca kegagalan struktur jambatan ini...

    ReplyDelete
  2. sejibik mcm Final Destination...huhuhuh

    ReplyDelete
  3. @Muhammadnuraizuddin
    Aiks... kedua-dua pengomen yang bernama Nuraizuddin nih orang yang sama ker? :-p

    ReplyDelete
  4. uihhhh teruk betul lahhh keadaan runtuhan jambatan tersebut.... ada yang mati jugak tu.... ishhhh mungkin kos pembinaan jambatan tersebut telah di songlap sikit...
    jadi kualitinya tak ada

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    claim insurans motorsikal langgar kereta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2