Babab.net

Monday, December 30, 2013

Terima kasih Encik Polis!

Ini cerita 3 minggu lepas pada tengah malam Rabu, 11/12/2013.  Dah basi sikit entri nih.  Hehe...

Ceritanya begini...

I balik kerja pada malam itu agak lewat, kira-kira pukul 11:00pm.  Selepas membayar parking, cermin tingkap kereta I tak boleh naik balik!  Ahhh sudah!  I dah risau kalau tak boleh naik nanti nak minta tolong siapa?  Mekanik mana yang masih buka tengah-tengah malam begini?

Sebaik sampai di rumah, I parking kat tempat biasa dan I try lagi, tapi masih tak boleh naik.  Turun boleh, naik tak boleh.  Maka I pun buka lah cover pintu kereta, manalah tahu, mungkin I boleh tolak dari bawah nanti.

Namun selepas dibuka cover dan puas ditolak ditarik, cermin tingkap masih tak boleh naik.  I dah berpeluh-peluh dah.  Camner nih?  Takkan lah I nak tinggalkan kereta dengan tingkap terbuka?  Jam sudah melewati 12:30 tengah malam.

Kemudian seolah-olah berlaku keajaiban.  Sebuah kereta peronda polis masuk ke kawasan parking kereta ini! 

Maka keluarlah dua orang anggota polis, Lans Koperal Yaki dan Lans Koperal Ghani.  I ceritakan apa yang berlaku.  L/K Ghani cuba membantu menarik cermin itu, namun tetap tak boleh naik jugak.  Habis tangannya kotor terkena minyak gris.  Nasib baik I ada tisu.

Kebetulan L/K Yaki mengenali seorang mekanik di kawasan berdekatan di Jinjang Selatan.  Dia call mekanik tersebut, dan kebetulan mekanik itu berada di kawasan berdekatan sedang makan malam (bukan supper) dengan anak dan isterinya, dan bersetuju untuk membantu.

L/K Yaki meminta I memandu mengikutinya ke workshop mekanik tersebut.  Dipendekkan cerita, mekanik tersebut telah menaikkan cermin itu buat sementara waktu.  Kalau nak repair sepenuhnya memerlukan masa.  Dia cuma charge RM5!

Kedua-dua anggota polis yang ramah ini sanggup menunggu untuk memastikan masalah I betul-betul selesai!  Terima kasih tak terhingga kepada mereka dan mekanik Mr. Chan!

Gambar diambil di hadapan workshop.
Terima kasih L/K Yaki (kiri) dan L/K Ghani!

Semasa menunggu, I sempat bertanya apakah perasaan mereka dengan kutukan dan hentaman yang diterima pihak polis sejak akhir-akhir ini.  L/K Ghani menjawab, "Nak buat camner... terima aje lah.  Kalau tak boleh terima, jangan jadi polis!"

Respek!

Hanya tuhan saja lah yang dapat membalas budi baik encik berdua yang muncul pada saat-saat yang amat diperlukan.  Kalau tidak, tak tahu lah apa yang akan berlaku kepada kereta I dengan tingkapnya terbuka.

Semoga dedikasi encik berdua dalam bertugas dicontohi rakan-rakan setugas.  Semoga sentiasa dilindungi tuhan ketika bertugas...


4 comments:

  1. xsemua polis jht..ada je yg baik..dh nama pun manusia..ada baik ada jht..kan?? ;p

    ReplyDelete
  2. sebenarnya ramai jer anggota polis yang bekerja ikhlas.. tapi disebabkan segelintir polis tamak serta tiada integriti, terpalit semua keburukan pada orang lain.. respek to them...

    Kerera saya pon selalu begitu, tensi.. now dah malas nak g repair bior jer melekat terkatup... asyik repair jer... T___T

    ReplyDelete
  3. Moga mereka berdua sentiasa dilindungiNYA. Moga sikap mereka dicontohi dan psstt: bagi tak link blog ni kat mereka berdua.. ;)

    ReplyDelete
  4. sebenarnya masih ramai polis yg berdedikasi, cuma sesetnegah yg tak berapa nak berintegriti tu yg mencemarkan nama polis...

    nasib baik u jumpa polis yg ikhlas menolong... :)
    sekarang keretanya dah ok ke bleum..?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2