Babab.net

Tuesday, October 30, 2012

Apabila pengemis marah kita tak kasi dia RM7

Ini cerita Isnin lepas. Selepas berurusan dengan DBKL Jalan Raja Laut, I berjalan kaki ke perhentian teksi terdekat untuk balik ke pejabat.

Dalam perjalanan, seorang pengemis perempuan India yang obese cukup makan dalam lingkungan usia 30-an datang menghampiri meminta RM7, katanya dia tak ada duit untuk balik ke Kuala Selangor.  Di sampingnya adalah anaknya yang comot, dalam lingkungan usia 7 tahun yang rasanya terencat akal.

Maka I seluk poket baju yang kebetulan ada RM1.  I hulurkan kat dia RM1 itu sambil berkata bahawa I tak dapat nak kasi dia RM7, tapi ambillah RM1. Alangkah berangnya hati apabila pengemis itu mengambil RM1 dengan muka marah tak puas hati dan menggulingkan matanya sambil memandang ke arah lain tanpa mengucapkan terima kasih! WTF???  Nak saja I ambik balik duit RM1 itu!

I berlalu pergi dengan hati yang amat geram!  Selepas beberapa langkah, I tak boleh tahan.  I berpatah balik kepadanya dan memarahinya sebab dia tak mengucapkan terima kasih langsung.  Dia menjawab bahawa dia ada mengucapkan terima kasih.

PIGIDAH!!!

Ceritanya belum habis di situ.

Malam itu, habis kerja I ke pasar malam di Taman Sri Sinar, Kepong untuk tapau makan malam.  Sampai jer kat situ, I terserempak lagi dengan pengemis itu yang sedang duduk di sebuah gerai char kuetiaw tengah menjamu selera dengan dua orang anaknya.  Huh!  Kata nak balik Kuala Selangor???  Naper boleh tersesat ke Kepong dari Jalan Raja Laut?  I rasa dia ternampak I terlebih dahulu sebab I tengok dia berpaling muka memanjang ke arah lain.

Nak saja rasanya pergi bersemuka dengannya dan memecahkan tembelangnya.  Tapi I batalkan saja niat itu.  Tak nak lah bikin kecoh nanti.

I teruskan misi mencari makan malam.

Di penghujung pasar malam, I tengok gerai nasi lemak kukus masih lagi dibuka.  Selalunya jam sekitar 8 malam begini dia dah tutup.  Dah habis jual.  Memang laku nasi lemak dia.  Pelanggan-pelanggannya kebanyakannya orang Cina.

I menghampiri gerainya.  Ayam tinggal 3 ketul.  Nasi ada beberapa bungkus lagi.  Mamat itu offer ayam seketul RM2.  Nasi RM1.  I ambik nasi sebungkus dan ayam 2 ketul.  I timang-timang sikit.  Rasanya cukup lah kenyang nanti.  Tiba-tiba mamat itu suruh ambil sekali ayam yang tinggal seketul itu.  Free katanya.  Nak tutup gerai.  Fuh!  Rezeki jangan ditolak!  I membayar RM5 sambil tersenyum dan berterima kasih kepadanya.  Semoga bertambah-tambah lah murah rezeki mamat nasi lemak kukus ini.

Nasi lemak kukus - ayam 3 ketul.  RM5 jer.

Katakan lah... jika I mencari gaduh dengan perempuan India tak sedar diri itu tadi, maka rasanya I akan terlepas nasi lemak kukus RM5 ayam 3 ketul.  Orang lain yang akan dapat sebab I tengah sibuk bergaduh dengan perempuan India itu.  Hehehe...

RM1 yang I berikan kepada perempuan India penipu itu telah dikembalikan kepada diri ini oleh orang lain dalam bentuk nasi lemak kukus ayam 3 ketul dengan harga cuma RM5.

Moral of the story:  Pay it forward. <-- i="i" klik="klik">  Buat baik pasti akan berbalas baik.  Biar sekecil mana pun.  Kadang-kadang balasannya akan datang dengan segera, kadang-kadang pada masa hadapan, atau pun di kehidupan akan datang.

Saksikan video berikut untuk memahami konsep Pay it forward.

14 comments:

  1. fami pon dlu penah kne...mase tu kt pekeliling nk g kuantan...kali pertama org laki tua nie kate nk blik ke trgganu..xde duit..jdi aku kasi la dlm beberape rm..kali kedua tmpat yg sme,aku tgok die tgah mengayat 1 bro nie utk dpt duit...geram sgt2..aku slow2 g dekat2 skit utk ambil gambar die...dpt la...lepas je bro tu kasi duit dan org tue tu blah..aku gtaw la kt bro tu..bro tu kate xpela die halalkan jela...dh naseb...ssah dh aku nk percaya kt pengemis nie!!!gmbar tu dh xde pasal handphone tu hilang...sgt malang!!huhu..tu la cite i..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak percaya dengan pengemis. Tapi tak per lah. Macam kata bro itu, halalkan jer. Buat baik akan berbalas baik. Begitu juga sebaliknya. Karma.

      Sayangnya gambar tuh dah hilang. Kalau tidak, boleh buat entri. :-D

      Delete
    2. tu la klo adelame dh wat post..hehe...redha jela...t org2 pengemis yg tipu nanti jwb la dpan tuhan...

      Delete
  2. this is indeed a good experience to share. Thank you.

    ReplyDelete
  3. ohh pengemis olok2 kot. i never been approach by beggars.

    ReplyDelete
  4. tahniah bro dgn pencapaian kesabaran yg sangat tinggi....;)

    ReplyDelete
  5. ikhlaskan hati saja kan? mana tau ada rezeki di tempat lain
    :)

    ReplyDelete
  6. Though we come from different race and religion but the general sense of kindness is applied. And you have such a big heart. Sangat mendalam apa yang u sampaikan di sini. Thank you.

    ReplyDelete
  7. kita niat untuk bersedekah.. memang awalnya perasaan marah sebab tertipu ada tapi hasil dari kejadian tu.. --- 3 ketul ayam.. murah rezeki..

    ReplyDelete
  8. Betu tu betul...
    Buat baik dibalas baik..:)

    ReplyDelete
  9. ikhlas je dh ckup.. tk kisah lah die mnipu ke ape...

    ReplyDelete
  10. kdg2 kt mlysia,bila nk sdkh tu pkr smpi 2,3 kli..sbb kwn sy prnh jmpa pngmis yg pki keta volvo ke mercedes tah..antr dua tula..itu pun kwn dia yg cite,sbb kwn dia prnh nmpk pak cik tu bwk keta..tp kdg2 ada yg btl2 sush,xpela,ikhlskn jela ht ms sdkh tu,yg lain lntk diala,dia tipu,dia yg dosa :)

    ReplyDelete
  11. buat baik allah bagi balik dlm mcm2 bentuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2