Babab.net

Sunday, April 08, 2012

My Backyard Extension Phase 1

Rumah baru.

Kami terpaksa berpindah dari rumah papan kami di Mantin, Negeri Sembilan, ke rumah teres ini yang terletak berhampiran pada sekitar bulan April 2008 selepas hujan lebat menghanyutkan jambatan yang menghubungkan rumah papan itu ke dunia luar ekoran daripada kerja-kerja melebarkan dan mendalamkan sungai yang mengalir betul-betul di sebelah rumah kami.  Gambar-gambar dan video rumah lama kami itu akan I post kan dalam entri akan datang.

Semasa mula-mula berpindah ke rumah ini, emak I dilanda 'homesick' yang teruk sehingga jatuh sakit.  Maklumlah... dah lama duduk kat rumah papan itu yang punya halaman rumah yang luas.  Segalanya berbeza di rumah ini.  Semuanya sempit.  Tapi mujur jugak ia mempunyai laman belakang rumah sepanjang 50 kaki.  Rasanya inilah satu-satunya deretan rumah teres di Malaysia yang laman belakangnya sepanjang ini.  Boleh masuk Malaysia Book of Records nih!

Laman belakang rumah yang panjangnya 50 kaki.
Peluang untuk buat extension baaaaaek punya!

Kulihat hijau...

Sayangnya kawasan hijau ini tidak bertahan lama.
Menjelang penghujung tahun 2009, ia telah digondolkan.

Jiran sebelah yang extend rumahnya secara gila barbie.

Ish ish ish... tengoklah extension rumah jiran kita itu.  Mereka tidak sepatutnya membuat sebarang bukaan tingkap di sepanjang dinding pemisah tersebut.  Kalau kita pun nak extend dua tingkat secara gila barbie macam dia, maka kita berhak untuk menutup tingkapnya tanpa perlu meminta kebenarannya, ye tak?  Malah kita berhak untuk mengadu kepada Majlis Perbandaran untuk meminta mereka mengeluarkan arahan untuk menutup kedua-dua tingkapnya itu.  Tapi kita biarkan jer.  Malas nak gaduh-gaduh nanti.

Nasib baiklah kita cuma perlu membuat sedikit pembesaran jer, iaitu ruang dapur dan ruang makan bagi menampung kesemua ahli keluarga yang akan pulang berCNY awal tahun 2009 dan tahun-tahun mendatang.  Namun I berpendapat jika di-extend ruang dapur dan ruang makan sahaja, ruang yang terhasil hanya akan digunakan semasa memasak dan makan sahaja.  Pada masa-masa yang lain, ruang itu akan 'mati'.  Maka I tambahkan 'elemen hidup' iaitu ruang keluarga di dalamnya.  Selepas beberapa rekabentuk dibuat, akhirnya I berpuas hati dengan rekabentuk berikut ini:  

Perancangan ruang dalaman.

Model 3D yang dilukis menggunakan Google SketchUp.

 Rendering bagi melihat kesan pencahayaan yang dibuat dengan plugin SketchUp iaitu IDX Renditioner.

Pencahayaan waktu malam.

Semasa kerja-kerja extension baru dimulakan, jiran kami yang extend gila barbie itu ada datang bertanya kami berapa tingkat yang kami nak extend.  Tahu pun takut!  Tahu pun bersalah!  Padan muka dia kecut sekejap.  Har har har!

Pembinaan bermula sekitar November 2008.

Banyak jugak ler darah yang I muntah sebab kontraktor tak reti baca lukisan binaan!
Dia lebih biasa dengan arahan lisan.  WTF???

Kontraktor telah memperbetulkan apa yang dapat diperbetulkan.
Mana yang tak dapat diperbetulkan, terpaksalah diterima jer.

Memandangkan I bekerja di KL dan hanya akan pulang setiap dua minggu sekali, pemantauan kerja-kerja binaan dilakukan secara online.  Adik perempuan I yang tinggal di situ akan mengemailkan gambar-gambar progress terkini untuk I teliti.  Kalau ada kesilapan, I akan beritahu menerusi telefon sama ada kepada adik I, atau secara terus kepada kontraktor tersebut. 

Proses melepa simen sedang dijalankan.

Proses melepa simen hampir siap.

Lepaan simen siap sudah!

Proses mengecat bermula.
Semuanya dilakukan oleh emak seorang diri!

Pemasangan tingkap kaca sedang dilakukan.

Tingkap atas siap.  Nak pasang pintu gelongsor pula.

Pemasang tingkap dan pintu gelongsor siap sudah!

Ok... puas hati!

Siap dicat!

Semuanya siap sudah!

Nyaman berangin...

Pemandangan dari jauh.
Tanah yang sebelumnya hijau, telah digondolkan pada penghujung tahun 2009 untuk pembinaan lebih banyak rumah.

Ruang makan.

 Ruang dapur.  I yang pasang sendiri shelf + lighting itu.

Ruang keluarga yang amat selesa.

Mujur extension ini sempat disiapkan sepenuhnya menjelang perayaan CNY 2009.  Maklumlah... semua kontraktor dan pekerja binaan sibuk.  Projek berlambak, semuanya perlu disiapkan sebelum CNY.

Kami sempat bergambar kenang-kenangan ketika sambutan CNY 2009 buat kali pertama di rumah baru ini.  Gambar berikut diambil menggunakan kamera bapak.

Mata korang tak rosak.
Semua gambar yang diambil menggunakan kamera bapak memang blur cenggini.
Mujur kita ada kamera lain.  Hehe...

Secara keseluruhannya, extension ini menelan belanja kira-kira RM50,000.

Dengan siapnya extension ini, emak tidak lagi 'homesick'.  Emak kembali happy.  Inilah 'home' yang baru untuk emak...



14 comments:

  1. fuhh best..cantik gak umah
    biasalah abiz digondol utk rumah2 lain lak utk dibina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx Cik Must. Dulu rumah sejuk jer dengan kehijauan kat belakang rumah. Sekarang dah panas...

      Delete
  2. Replies
    1. Thanx bro. Sekali bikin, biarlah bikin elok-elok sikit. Biarlah selesa digunakan dan selesa mata memandang.

      Delete
  3. Bawah tak der bilik kan, kalau i.. i akan masukkan 1 bilik kat bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually kat tingkat bawah dah ada satu bilik tidur. Jumlah ada 4 bilik tidur. Hanya 2 bilik jer yang digunakan sepanjang masa. 2 bilik lagi hanya akan digunakan ketika CNY. Ruang 'living' tuh sebenarnya adalah ruang fleksibel yang juga digunakan sebagai ruang tidur ketika CNY. Cuma alihkan sofa-sofa tuh dan letakkan tilam di atas lantai. Ia boleh menempatkan sehingga 6 orang. Ruang ini cukup selesa sebab ada air-cond 2HP. :-)

      Delete
  4. Beb.... 50 kaki X berapa yerr ... mmg besar tu belum pernah ada free 50 kaki kat area JB ni.... boleh tambah sebiji umah lagi lahhh...

    umah aku pun ada 10 kaki jer free ke belakang... belum buat apa-apa lagi.. tunggu duit untung nak renovate sikit nanti...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    nissan ad resort y10

    ReplyDelete
    Replies
    1. 50' x 20' bro. Rasanya memang takkan jumpa kat mana-mana rumah teres yang lain di Malaysia.

      Jiran sebelah kami memang tambah sebijik rumah 2 tingkat lagi kat laman belakangnya.

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih Cik Suhana. Boleh lah tahan kecantikannya... :-)

      Delete
  6. psstt: singgah dari blog en. ben..;)

    psstt lagi: serius, 1st time ai jumpa laman belakang umah panjang gile.. kalau ai tinggal kat situ,, gile ahh sekejap.. kihkihkih..

    last psstt: serius lawa.. ;) suka tengok..

    ReplyDelete
  7. cantek sgt. berape kos renovate mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Cik Liez. Kos keseluruhan lebih kurang RM50,000 (hampir RM100/kaki persegi).

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2