Babab.net

Thursday, February 09, 2012

Flat berhantu?



I beli flat lelong ini kira-kira 2 tahun lepas.  Selama itu I membiarkannya kosong.  Cuma pada bulan lepas ia telah dicat semula dan telah diperbaiki segala apa yang rosak.  Kini ia sedia untuk disewakan ataupun dijual.  Siapa yang berminat nak beli?

Teruk sekali keadaannya pada kali pertama I masuk ke rumah ini.  Pintu masuk rumah ini telah dipecahkan dan rumah ini telah dijadikan sebagai pusat pembuangan sampah!  Bertimbun-timbun!  Memang banyak lah lipas yang merayap-rayap.  Lantainya pula penuh dengan taik manusia yang sudah kering di sana sini!  Malah terdapat bangkai seekor kucing yang telah kering di salah satu bilik tidur tersebut.  Sayangnya I terlupa mengambil sebarang gambar pada ketika itu.

Suasananya memang amat menjijikkan dan menyeramkan.  Setelah dibersihkan, barulah I teringat nak mengambil video rumah ini.

Korang masih boleh melihat kesan kotor di lantainya kat video di bawah.  Bekas tompok-tompok yang kelihatan itu adalah bekas taik manusia.  Bilik ketiga di penghujung video adalah yang paling seram sebab keadaannya agak gelap.  Sayup-sayup kedengaran bunyi pelik yang menyeramkan di dalam bilik tuh...

Mungkinkah rumah ini berhantu?  Saksikan sendiri videonya...



Edit 05.03.2012:  Video entri ini hanyalah gurauan semata-mata.  Ia bertujuan untuk menunjukkan keadaan rumah sebelum ia diperbaiki.  Video selepas flat ini diperbaiki dan dicat semula boleh ditonton di entri ini.

Sila tekan LIKE kat bawah ini ye?  TQ!  Hehe...

18 comments:

  1. bencilah
    terkena lagi
    nasib baik tengok forward2 je
    kalau tak pengsan untuk kesekian kalinya

    nakal tau

    btw kenapa beli flat tu?

    ReplyDelete
  2. Logo, sebelum beli you x tengok dahulu ker rumah ni. Berbotol DETTOL yang kena guna untuk kerja pembersihan kan.

    ReplyDelete
  3. alaaaa...pc kat office ni takleh play the video pulakk...ok balik umah nti nak tgk :P

    Tapi kan..u nak jual umah ni tapi u dok bercerita benda seram sapa la nak beli hahahaha adeehhh.

    ReplyDelete
  4. logooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!

    w/p mas dah agak,tapi lupa nak tutup sound, terus terkejut gak taw!!!

    arrr geram2..leh sakit jantung macam ni.

    ReplyDelete
  5. uihhhh puas aku fokus pada video tetiba ajerr incredible hulk kluar cehhh... lemah jantung

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy wheel bearing kereta

    ReplyDelete
  6. Dah agak dah Dah agak dah Dah agak dah Dah agak dah Dah agak dah Dah agak dah... ;D

    ReplyDelete
  7. @una berry
    Terkena lagi? Siapa kenakan Cik Berry sebelum nih? Nanti I sekeh kepala dia? :-p

    I beli untuk investment jer.

    ReplyDelete
  8. @GreenAppleKu.com
    Memang dah tengok rumah tuh sebelum beli. Layout dia ok cantik so I beli lah...

    Memang tak boleh bersih 100% lantainya dengan bekas taik manusia. So I catkan lantainya dengan epoxy paoint. Nanti I tunjukkan video rumah yang dah siap diperbaiki nih ye? Tunggu... :-)

    ReplyDelete
  9. @Cik Oda Gelang
    Dah balik rumah tonton video nih ker belom? Kalau belom, cepat gi tonton cepat. ;-)

    Ala... video nih bukan serius pon. Cerita seram nih bukannya cerita betol ponnnn... :-p

    ReplyDelete
  10. @MaYa MustWany
    Lain kali pasang volume maximum... baru lah ada kick! Hehe... :-p

    ReplyDelete
  11. @Afzainizam
    Tengok video seram memang kena fokus betul-betul. Barulah seram... hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2