Babab.net

Monday, December 26, 2011

Merry Christmas 2011


To all my Christian friends and colleagues, 
MERRY CHRISTMAS!


Terlambat pulak buat entri nih.  Tak per lah kan?  Asalkan buat juga untuk kenang-kenangan.  Hehe...


Sekelip mata jer dah setahun I kerja kat opis ini.  Bagus opis nih.  Bossnya sporting.  I join opis nih lewat tahun lepas.  Entri Krismas tahun lepas ada kat sini yang merupakan di antara entri-entri terawal ketika I mula berblog.

Sambutan tahun ini diawalkan sedikit sebab boss nak pergi bercuti kat oversea.  Boss menaja makanan dan tiga bijik 'Bladeless Fan' untuk cabutan bertuah.


Di antara makanan-makanan yang ditaja oleh boss ialah cupcakes, Big Apple doughnuts, karipap dan hotdog Ikea, aiskrim Top Ten, serta makanan dan minuman ringan.




Acara tahun ini dimulakan dengan 'mendera' mereka yang mengingkari arahan untuk memakai pakaian yang ada unsur-unsur jahat merah.  Tiga orang kena dera.  Hehe... lawak jugak acara nih.  Terima kasih kepada mereka kerana sporting.

Kemudian acara melukis di atas kepala pulak...


Yang susahnya, sepatah-sepatah jer si pengacara menyuruh kita melukis.  Itu yang berterabur elemen-elemen yang kita lukis itu.  Hasilnya kat bawah ini ler...


Seterusnya kitorang dikehendaki menjawab beberapa soalan trivia pasal Krismas.  Salah satu soalan yang menarik ialah, siapakah nama sebenar Santa Claus?  Pengetahuan am nih.  Nama sebenar Santa Claus ialah 'Kris Kringle'.


Selepas itu, kitorang ditampal pulak sekeping kertas kat belakang kita yang menunjukkan satu benda yang sinonim kepada Krismas.  Kita dikehendaki untuk bertanya kepada rakan-rakan kita sama ada benda itu suatu makanan ker... minuman ker... benda ker... tanya jer apa-apa soalan untuk mendapatkan petunjuk.  Rakan-rakan kita pulak hanya boleh menjawab 'ya' atau 'tidak' jer.


Mengikut pengacara, siapa yang paling pantas menjawab dengan betul akan mengambil nombornya dulu untuk memilih hadiah yang kat bawah pokok Krismas itu.   I dapat nombor 4.

Hadiah-hadiah adalah dari semua staf yang masing-masing dikehendaki menyumbangkan hadiah yang bernilai sekurang-kurangnya RM20.

Setelah semua telah berjaya menjawab dan mengambil nombor masing-masing, akhirnya tibalah masanya untuk memilih hadiah.  Kita dikehendaki membuka hadiah kita selepas mengambilnya.  Apa yang pengacara tak beritahu kita pada awalnya ialah, jika orang yang selepas daripada kita tidak suka akan hadiahnya, dia berhak untuk bertukar hadiah dengan sesiapa sahaja sebelumnya!  Dia dah tengok hadiah-hadiah kita... kalau dia berkenan dengan hadiah kita, suka atau tidak, kita kena kasi jugak!  Bertuah ler siapa yang dapat nombor terakhir!

I memilih bungkusan hadiah yang paling berat.  Hehe... tamak ler tuh.  Hadiahnya ialah 3 bijik gelas kaca yang sangat menarik!  Tapi apakan daya... si nombor 5 (yang bertampal Santa Claus kat gambar atas) terliur melihat 3 bijik gelas tersebut.  Dia hulur dia punya 2 bijik Angry Birds.  I dengan berat hati melepaskan 3 bijik gelas itu...


AAAAAARRRRGGGHHHH!

Namun nasib tetap menyebelahi I yang baik hati ini.  Hehe...

Kebetulan ada yang berminat dengan dua bijik Angry Birds itu.  Katanya, nak kasi kat anak daranya.  Ini hadiah yang I dapat sebagai pertukaran:


Memang secara kebetulan I tengah mencari jam dinding sejak beberapa minggu yang lepas!  I pergi shopping, memang ada jumpa yang berkenan di hati, tapi asyik tak jadi jer nak beli.  Rupa-rupanya boleh dapat free!

Hadiah sumbangan I yang berupa sebijik lampu meja Ikea pula menjadi milik si jurugambar yang mengambil gambar-gambar lawa di atas.  Oleh kerana I sendiri pun berkenan sangat-sangat dengan lampu ini, I beli dua bijik.  Sebijik untuk diri sendiri.  Boleh letak kat tepi katil...


Selepas bertukar-tukar hadiah, tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu Cabutan Bertuah!  Bukan main-main hadiahnya.  Tiga bijik Bladeless Fan a.k.a. Air Multiplier!  Berikut adalah reaksi daripada salah seorang staf apabila namanya diumumkan sebagai pemenang yang kedua:


Si jurugambar juga menang sebijik.  Pemenang yang seorang lagi adalah salah seorang staf yang kena dera itu.  Hehe...  Tahniah kepada ketiga-tiga pemenang!  Bertuah punya budak!  ;-)


16 comments:

  1. merry xmas to u too~~ hehehe!
    waa... cool giler bed lamp tu.. how much eh? IKEA kan?

    ReplyDelete
  2. @[n a j e e b]
    Thanx Najeeb.

    Yup... itu lampu Ikea. Harganya murah jer... dalam belasan ringgit, tapi yang mahalnya ialah mentolnya! Sekali beli kena beli dua bijik pulak. Harga dah dekat RM30 untuk mentol jer. Itu yang I rasa kalau I beli dua bijik lampu tuh baru lah berbaloi-baloi! ;-)

    ReplyDelete
  3. wahh..byk dpt hadiah utk krismas logo

    ReplyDelete
  4. @farhan
    Eh tak der lah Farhan. I dapat satu jer hadiah. Yang satu lagi tuh I beli sendiri. Hehe...

    ReplyDelete
  5. merry christmas to u! :D

    *menjawab soalan di entri kak ayu - saya gerak dari KL lah. bukan perak. GB mana yg duk perak ni...? hihihi~

    ReplyDelete
  6. @ZORA
    Sempat... hehe...

    Actually I bukannya merayakan Krismas pun... sebab I bukan beragama Kristian. ;-)

    ReplyDelete
  7. @gadisBunga
    Oh... ingatkan bertolak somewhere dari Perak sebab ambik masa 6 jam. Kalau I dari KL ke JB rasanya dalam kurang 4.5 jam kot. Hehe...

    ReplyDelete
  8. @logorithm

    hujan. banyak eksiden. jammed dan mengantuk.

    silap jalan lagi. tu pasal jadi 6 jam. :)

    ReplyDelete
  9. merry xmas ... uiihhh tak ada salji turun cuma hujan ajerr yang turun... kira boleh lahhh

    oohhhh nama santa itu rupanya.... baru tau....

    beb acara tu memang meriahhhh... sesekali terasa sesama staff semuanya rapat dan mesra.... apa pun

    aku respek kat bos kamu tu.. sebab sporting ngan all staff... bagus kan dapat boss macam tu...

    dapat hadiah ok lahh tu untunggg ko yerr

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip Spray paint motorsikal

    ReplyDelete
  10. @Afzainizam
    Yup... acara memang meriah bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama staf. :-)

    ReplyDelete
  11. happy sangat2..
    suka layan gambar dan entry uncle

    merry xmas buat uncle..
    bertuah ada kawan2 y spotting

    baru nak pujuk uncle bagi angry bird buat anak dara ayu.. hehehhe

    jam pun cute kan?
    betsnya dapat tukar2 hadiah

    ReplyDelete
  12. @Citarasa Rinduan
    Oh iye ker? Terima kasih... hehe...

    Anak dara Cik Ayu suka Angry Birds ker? Ok... mungkin suatu hari nanti kalau I ke JB... mungkin boleh singgah kat CR bersama-sama dengan sebijik-dua Angry Birds. ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2