Fuhhh! Dah genap sebulan I tak update blog! Blogwalking pon dah jarang. Busy sangap sangat ngan kerja.
:~(
Korang pernah tengok UFO ngan bijik mata sendiri?
Pada 24.03.2011 jam 9:38pm on the way ke Citibank Jalan Ampang nak bayar bil kad kredit, I berhenti kat traffic light di persimpangan dilema Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee.
Tetiba I terpanggil untuk mengambil gambar KLCC yang terang-benderang bak mentol gergasi. Saper yang panggil I pon tak tau. I turunkan cermin tingkap kereta dan mengambil gambar KLCC ngan handphone I yang masih serba baru lagik (har har!) iaitu Nokia C6-01 yang I beli kat Low Yat Plaza selepas gathering bloggers kat BTS pada 30.01.2011.
I set kamera kepada 'Night Mode' tanpa flash. Snap kali pertama I tengok kat skrin macam blur jer sebab tangan tergoyang sikit. So I pon snap lah lagik sekali. Tapi hampeh snap kali kedua pon bergoyang jugak sebab traffic light dah bertukar hijau dah. Kena gerak dah... Grrr...
I tak perasan pon ader sesuatu yang pelik pada kedua-dua gambar tuh sehinggalah kira-kira 2-3 minggu kemudian apabila I belek-belek... zoom-in zoom-out semua gambar yang ader kat handphone I. Cuba korang tengok sendiri...
Gambar pertama. Klik untuk view gambar besar punya.
Gambar kedua. Klik untuk view gambar baik punya.
Zoomed-in picture added on 11.05.2011.
Korang rasa apekemendenye tuh?
Jom layan video UFO kat China tahun lepas...
* Edited 11.05.2011: An amateur video accidentally captured an UFO @ KLCC on 13.10.2010!



