Gambar sumber Google.
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang doktor."
Doktor: "Apa masalah anda?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doktor."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda..."
Setelah diperiksa...
Doktor: "Ada dua cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya RM2,000... dan pilihan kedua pula percuma."
Pesakit: "Mahal sangat la, doktor. Kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena bersabar..."
Pesakit: "Ok... tapi bagaimana caranya?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda dua kali sehari dan nanti jika sudah jadi taugeh, anda cuma perlu menariknya keluar."
Moral of the story: Be creative when resolving problems.
