Babab.net

Showing posts with label sirip yu. Show all posts
Showing posts with label sirip yu. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

18SX: Aksi Melampau di Company Annual Dinner



Sebenarnya ini citer basi.  Citer 31.01.2011 ketika Company Annual Dinner cum CNY Dinner kat Bangsar Seafood Garden Restaurant yang halal.

Sebelum korang disajikan ngan gambar aksi melampau, I sajikan dulu ngan citer dan gambar-gambar makanan yang kitorang lahap kat restoran tuh ye?  Jangan scroll ke bawah dulu tau!

SABAR!  SABAR!!!

I dengan beberapa orang opismate tak reti jalan ke restoran tuh, so I akan drive mengikut kereta opismate I yang tahu.  Opismate nih kata dia akan menunggu kat tol nanti untuk memastikan semua akan sampai ke destinasi bersama-sama.

Sampai jer kat jalan besar, trafik jam pulak.  Kereta selit-menyelit.  I semakin ketinggalan kat belakang.  Kereta opismate tadik dah tak kelihatan.  Ahhh... tak per lah kot?  Boleh join balik kat tol nanti kot?  Kot?

I dah mula risau sebab I baru jer bertukar handphone baru.  Nombor opismate semua dah hilang... belum masuk lagi kat handphone baru nih.  Nama restoran pon I tak ingat.  Yang I ingat, restoran nih kat Jalan Rahim Maarof.  Camner nak bertanya jalan nanti?  Sampai kat tol tapi tak kelihatan pon kelibat diorang!

Oh sheet!

Dipendekkan citer, I tersesat!  I termiss Jalan Maarof.  Berpusing-pusing!  Minyak pulak nak abis.  So I singgah kat Restoran Stesen Minyak Shell untuk isi minyak sambil bertanya jalan.  Minah tuh tahu jugak lah restoran yang dimaksudkan, tapi dia tak reti nak describe camner nak ke sana.  Aduyai!

Last-last tengah isi minyak tuh, opismate I call.  Lega!  Tapi diorang tak banyak membantu nak bagi direction sebab diorang pon tak pasti I kat Bangsar belah maner.  Beberapa kali I call diorang mintak direction, tapi masih tak jelas.  Nak tak nak I terpaksa meraba sendiri.  Eh... maksud I meraba-raba macam orang buta lah ke restoran tuh.  Hehe...

Akhirnya jumpa jugak!  Tapi I terlewat sejam!  Parking pulak dah penuh.  I parking illegal jer lah.  Maner ader masa nak pusing-pusing lagik carik parking padahal dah sampai pon?  Dah depan mata jer!

Biler I sampai jer, semua opismate I memberikan tepukan gemuruh dan berteriak "Yay!"  Hehe... segan betol sebab diorang tunggu I selama sejam barulah boleh mula menikmati juadah ala-Kantonis bersama-sama.  Diorang tak marah-marah.

Terima kasih korang!

Hidangan sunat wajib:  Yee Sang.

Gaul, gaul, gaul tinggi-tinggi!

Jom mulakan aktiviti melahap!

Ayam  halal. ;-)

Ikan halal. :-D

Udang halal. ;-)

Sup sirip yu halal. :-x
Biler lah I nak bertobat nak mengharamkan diri daripada melahap sirip yu?

Pencuci mulot halal.
Kat tengah tuh kuih bakul goreng bersalut pop corn rice yang 
dikelilingi kuih bulan dingin berbentuk ikan emas.  Sodap!

Kredit gambar-gambar di atas kepada opismate Ms. Anne, kalau tak silap I lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lastly but actually firstly... inilah dia gambar aksi melampau yang dijanjikan...

I yang snap gambar aksi melampau nih.

Inilah rakan-rakan sekerja I yang lawak giler lagi sporting.  I mendapat kebenaran daripada diorang untuk mengepost gambar melampau nih kat blog I.  In fact, diorang tertunggu-tunggu nih!  Penat dah diorang menunggu.  Hehe!

BTW, diorang nih dah berbini/beranak-bini/sedang nak berbini tau!

Cuba teka yang maner satu dah beranak bini, yang maner satu dah berbini, dan yang maner satu bakal berbini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2