Babab.net

Showing posts with label paku pelir itik. Show all posts
Showing posts with label paku pelir itik. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Ketiak


Gambar hiasan dari carian Google.

Ketiak.

Adakah 'ketiak' itu perkataan kurang sopan?  Dalam iklan TV, diorang tak sebut 'ketiak' untuk produk-produk khas untuk ketiak.  Sebaliknya diorang sebut 'bawah lengan'.

Tepat ker kalau disebut 'bawah lengan'?

Lantas I teringatkan entri ini yang memperkenalkan website ini sebagai rujukan berguna tatkala kita musykil akan maksud suatu perkataan Melayu.


Hasil carian menunjukkan tiada perkataan seerti dengan 'ketiak'.  Juga tiada petunjuk bahawa ia adalah bahasa kasar.

Takrifan maksud ketiak:  bahagian yang lekuk di antara pangkal lengan dan badan.

Tak der pun disebut 'bawah lengan'?  Jika istilah 'pangkal lengan' digunakan sekalipun, ia masih tak menjelaskan maksud 'ketiak' dengan tepat kerana ketiak adalah 'lekuk' itu, bukannya 'bawah lengan' mahupun 'pangkal lengan'.  Mungkin 'bawah pangkal lengan' lebih tepat, tapi terlalu panjang pula.  Mungkin pengiklan patut gunakan jer istilah 'ketiak'.  Hehe...

Sorry ye... I persoalkan benda remeh.  Jangan muntah ye?  Saja jer nak menjolok minda, bukan menjolok kerongkong. :-p

Ok... soalan cepumas:

Apakah itu 'susu kubung'?

Apakah itu 'paku pelir itik'?

Jawab, jangan tak jawab. :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2