Babab.net

Showing posts with label lumina kiara. Show all posts
Showing posts with label lumina kiara. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

I Shot the Moon!

Jom LIKE!

Gambar projek 'Lumina Kiara' kat atas nih I dah submit untuk dua photography contests.  Kedua-duanya Facebook-based.  I perlukan sokongan korang untuk menang.  Boleh kan?  Sila klik link/imej berikut di bawah nih dan tolong klik LIKE/VOTE ye?


1.  Nikon's D5100 Extra Ordinary Angles Contest
Nikon LIKEs my pic!
VOTE for ME!
TERIMA KASIH!


Ok... tajuk entri nih 'I Shot the Moon' mempunyai maksudnya yang mendalam buat diri nih.

I join Developer company nih pada tahun 2004 menggantikan arkiteknya yang dah resign.  Walaupon designnya dah ader dan sudah pon mendapat kelulusan 'Development Order' dari DBKL, namun designnya ala kadar jer, sekadar memenuhi angka-angka penting untuk developer bikin untung dan untuk mendapatkan kelulusan DO secepat mungkin.

Dipendekkan citer, I merombak keseluruhan design 12 unit Semi-D + 104 unit condo mewah nih, mendapatkan kelulusan daripada pelbagai jabatan, sehinggalah ia siap dibina pada lewat tahun lepas.  Kini Lumina Kiara sudah pon mula diduduki.

Segala penat-lelah... segala peluh darah yang dicurahkan ke atas projek nih selama 6 tahun akhirnya diabadikan secara simbolik di dalam gambar nih.

"Shoot for the moon", atau dengan lebih lengkap, "Shoot for the moon.  Even if you missed, you'll land among the stars", adalah peribahasa Bahasa Inggeris yang bermaksud "Aim high, because even if you don't quite get where you're aiming, you'll get pretty close".

Sebelum I join developer nih, I sekadar kuli batak yang hanya bekerja di belakang tabir di satu firma arkitek.  Kerjanya sekadar mengeluarkan lukisan, lukisan dan lukisan.  Tak der peluang langsung untuk mendesign.

Selepas setahun, I dah penat dan bosan.  I nak ke depan.  I nak buat sesuatu yang boleh I banggakan.  I mengimpikan untuk membina sebuah bangunan yang boleh I banggakan!  Akhirnya impian I tercapai dengan developer company nih, namun ianya bukannya mudah.  I pernah jugak nak give up, tapi oleh kerana I nak lihat projek nih siap, I menggetap bibir menggagahinya jua.

I shot for the moon, and yes, indeed I shot the moon in the end.

Dengan siapnya projek nih, I lebih mudah mencari kerja dengan gaji yang jauh lebih tinggi.  Masih seperti kuli jugak sebenarnya, tapi kuli yang lebih mahal lah.  Hehe...

Jom layan video yang I bikin daripada progress pictures projek nih.  Baik punya background music!  Bangga dan puas hati beb!


You LIKE?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2