Korang dah baca kisah dalam lift <-- klik yang pertama dulu? Ini kisah dalam lift yang kedua dari logokoko.
Seperti biasa pada suatu hari I balik dari kerja, check mailbox, kemudian tekan lift. Apabila pintu lift terbuka, I tengok ada sorang makcik bertudung labuh dalam lift tengah kibas-kibas jubahnya. Sebaik sahaja dia nampak I, terus dia berhenti mengibas dan cepat-cepat keluar lift.
Apalah yang makcik itu buat tadi ye? Hmmm... apa-apa aje lah! So I pun masuk lah lift...
Erk! Rupa-rupanya makcik tadi kentut dalam lift! Busuk gila! Macam bau durian <-- tapi sedap? pun ada!
![]() |
Sekadar gambar hiasan panas dari En. Google yang amat sesuai untuk entri Ben Ashaari kat >>sini<<.
Oleh kerana tangan ini terlalu laju menekan tingkat yang hendak dituju dan terus tekan 'tutup', maka terperangkap lah I dalam lift. There was no escape!
Terpaksa lah I menahan nafas sepanjang perjalanan menuju ke tingkat 4! Dah lah speed lift lambat -- kira-kira 1m/s jer -- memang terasa lamanya untuk sampai ke tingkat 4. Tapi nasib lah baik tingkat 4 jer. Kalau tingkat 10, mahunya I mati lemas dalam lift! Hehe...
Sampai tingkat 4, pintu lift pun terbuka...
Dan tercegat di luar lift... budak jiran sebelah!
OH TIDAAAAAAAKKKKK!!!
I keluar, dia masuk.
Mesti dia sangkakan bahawa I yang kentut dalam lift! Mesti dia akan cerita kat mak dia. Kemudian mak dia akan cerita pulak kat semorang sebab mak dia memang kaki kepoh macam si Joyah!!!
UWAAAAAARGH!!!
UWAAAAAARGH!!!

