Babab.net

Showing posts with label jac. Show all posts
Showing posts with label jac. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

AJL26: Punca kekalahan lagu Sedetik Lebih


Sumber gambar diambil dari sini.

Kali pertama I mendengar lagu Sedetik Lebih, I yakin bahawa lagu inilah yang akan menjuarai AJL26.  Itu pun KALAU Anuar Zain masuk bertanding.

Seperti yang dijangkakan, Anuar Zain tak masuk bertanding tapi lagunya tetap dipertandingkan dengan dinyanyikan oleh penyanyi lain.  Pencipta lagu, Edry KRU, memilih Jaclyn Victor.

Pilihan yang kurang bijak.  Korang setuju?

I peminat Jac, dan memiliki tiga buah album Jac, iaitu Dream (2002), Gemilang (2004) dan Inilah Jac (2006).  Jac memang seorang penyanyi yang mantap, tapi lagu Sedetik Lebih pada pendapat I, bukan diciptakan untuk Jac.

Jadi, adakah Jac punca kekalahan lagu Sedetik Lebih di AJL26?

Bagi I, jawapannya ialah, 'YA'!  Kesilapan memilih penyanyi adalah punca kekalahannya!

Silap Edry memilih Jac.  Katanya, amat sukar untuk mencari pengganti Anuar Zain untuk membawakan lagu Sedetik Lebih di AJL26.  I rasa sebenarnya tidak sukar.

I boleh bayangkan lagu ini masih boleh berjaya sekiranya dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, jika Edry masih mahukan kelainan dengan memilih penyanyi wanita.  I rasa Ning Baizura pun boleh jadi calon yang lebih sesuai.

Kalau penyanyi lelaki pulak, siapa agaknya yang paling sesuai menggantikan Anuar Zain?

Sebarang pendapat adalah dialu-alukan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2