Beberapa minggu yang lepas kat Pasar Malam ada offer durian siap kopek RM10 untuk empat peket. Biasanya RM10 boleh dapat tiga peket jer. I bukan peminat durian, tapi disebabkan offer yang menarik dan dah BERTAHUN tak pekena durian, I rembat lah offer tuh walaupun di tangan dah siap tapau makanan untuk dinner.
I terpikir jugak... boleh ker I habiskan empat peket durian ini nanti?
Masuk jer dalam kereta, ternyata kuat sangat bau durian ini. I pun tutup air-cond dan buka tingkap kereta. I tak nak lah kereta I nanti berbau durian.
Sampai kat rumah, I makan dulu dinner yang ditapau itu. Lepas makan, terasa kenyang pula. Tapi ada lagi durian yang perlu I habiskan. Rumah pula dah berbau semerbak harum sampai ke jiran sebelah. I terdengar jiran sebelah tutup tingkap dia kuat-kuat. Hmmm... memang harum sangat ler tuh. Hehe...
Dengan perut yang keberatan, I mulakan aktiviti melahap durian...
Uish? Sedap jugak durian nih. Ada yang rasanya pahit, ada yang manis <-- klik. Rasanya korang pun kenal mana satu yang rasanya pahit dan mana satu yang manis kan? Yang paling best, banyak yang berbiji kecut!
Sebelum.
Selepas.
Tak sangka I boleh menghabiskan sejumlah 25 ulas durian yang gemuk-gemuk belaka! BURP! Memang berbaloi-baloi lah harganya cuma RM10.
I cuma risaukan nanti I terkentut bau durian macam dalam kes ini <-- klik. Tapi nasib baik sistem penghadaman I bagus. Tak berlaku kentut berbau durian. Cuma kencing jer yang berbau sikit.
Phew!
Dua minggu kemudian, I tengok ada offer lagi. Maka I beli lagi. Kentut pun ok jer. Wangi seperti biasa.
Kih kih kih!
Kih kih kih!

