Gambar hiasan diambil dari Worth100.com.
Anjoliena Geli (bukan nama sebenar) bersama suaminya membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "Beri makan telur ayam kampung separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila anak mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur separuh masak tersedia di meja makan.
"Banyaknya telur! Along tak larat nak makan semuanya, mak!" kata si anak.
"Eh! Along makan satu saja. Yang lain tu untuk ayah Along..." kata emaknya.


