Babab.net

Saturday, December 01, 2012

Apa selepas berakhirnya Teori RAHMAN?




Berikut di bawah ini bukanlah satu idea baru.  Pastinya ramai yang pernah mendengar mengenainya.  Cuma rasanya ia tidak mempunyai nama.  Apa kata kalau kita namakannya sebagai 'Teori RAHMAN'?

R = Rahman <-- PM pertama;
A = Abdul Razak <-- PM kedua;
H = Hussein Onn <-- PM ketiga;
M = Mahathir <-- PM keempat;
A = Anwar Ibrahim (dicantas) Abdullah Ahmad Badawi <-- PM kelima;
N = Najib Razak <-- PM terakhir di bawah kerajaan Barisan Nasional???


Suratan atau kebetulan?

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, kebarangkalian kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti adalah tinggi.

Jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya pada PRU 13 nanti, besar kemungkinan Anwar yang akan menjadi PM yang ketujuh kerana beliau lah pencetus kepada kebangkitan rakyat ini.


Gambar yang dikitar semula dari entri ini.  Klik gambar untuk tumbesaran.

 Sebagai modal untuk borak-borak kosong, apa kata kita wujudkan pula 'Teori ANWAR'?

A = Anwar Ibrahim <-- PM ketujuh???
N = Nurul Izzah <-- PM wanita pertama Malaysia???
W = ???
A = ???
R = ???

Seorang rakan pernah memberitahu bahawa seorang ahli numerologi pernah menilik nasib Anwar berdasarkan kepada tarikh lahirnya, namun dia enggan menceritakan apa yang dapat dia baca.  Selalunya tukang tilik tidak akan memberitahu jika dia dapat melihat sesuatu yang buruk yang bakal terjadi.  Misalnya kematian.

Jika benar anaknya Nurul Izzah yang bakal menjadi PM kelapan sekaligus PM wanita Malaysia yang pertama, kenaikannya agak pantas.  Mungkin sesuatu yang buruk telah berlaku kepada ayahnya...

Ok lah baik I berhenti setakat di sini.  Kang tak pasal-pasal borak kosong ini pun boleh ditangkap dan didakwa di mahkamah ...  :-p


12 comments:

  1. Nurul Izzah jd PM? Ramaila yang murtad nanti.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Realitinya, memang ramai yang dah murtad pun. Tak perlu tunggu Nurul Izzah jadi PM. ;-)

      Delete
  2. Replies
    1. xdpt nk komen lebih..isu politik ni sensitif.kerana politik ng kita kembali aman dan kerana politik jugak ng kita kucar-kacir.pemimpin masing2 ego dan berjuang pertahankan idea masing2x tapi kestabilan ekonomi jangka panjang negara xde sapa peduli pun...susah sangat ke klu bersatu untuk kesejahteraan ng.betulkn kalau salah..sy budak bawu belajar..hehe

      Delete
    2. Politik kita menjadi sensitif kerana ia dipisahkan mengikut kaum. Kita sentiasa ditakut-takutkan dengan sentimen perkauman. Rusuhan perkauman 13 Mei dulu pun sengaja dirancang oleh Razak untuk menjatuhkan TAR.

      PM kita pulak sekarang menyamakan kedudukannya seperti raja/sultan. Sesiapa yang memijak gambarnya akan ditangkap polis. Tapi kalau diorang pulak yang berbuat perkara yang sama (malah lebih teruk - misalnya potong kepala lembu dan diarak) dibolehkan pulak. Aman ker negara kalau pemimpin/kerajaan menyalahgunakan kuasanya untuk menindas mereka yang menentangnya dan bebas memainkan api perkauman?

      Rakyat kini telah bangkit!

      Delete
  3. Jangan Berangan lah. Pakatan akan berkubur pd PRU13 nanti. UMNO akan hidup subur selagi belum kiamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut bancian terkini, sokongan terhadap Najib (UMNO) telah merudum kepada 44% dan dijangkakan BN hanya akan menang di Pahang, Johor dan Melaka.

      Delete
  4. setiap yg ada pasti tidak kekal... ini janji tuhan... umno harus akur jika kalah nanti... sbb hidup ini seperti roda mengikut qada & qadar ilahi....

    7 Kalimah Keramat

    http://panjisemarang.blogspot.com/2012/10/7-kalimah-keramat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersenyum melihat Najib menjerit-jerit di Perhimpunan PPP semalam bahawa BN akan menang besar di PRU13 nanti. :-D

      Delete
  5. ye..BN nampaknya yakin boleh menang besar..tapi rasanya sokongan kpd akan pakatan pun tidak kurang hebatnya..saingan mungkin sengit..ada dgr cerita juga drpd ramalan org yg anwar ni bakal menjadi pemimpin..apa la akan jadi dgn negara malaysia nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN cukup takut sekarang. Ayat-ayat bahawa mereka yakin untuk menang 2/3 majoriti di PRU13 nanti hanyalah penyedap hati mereka sendiri sedangkan mereka sedar untuk mendapat 1/2 pun amat sukar.

      Kalau PR menang nanti, Malaysia pasti akan menjadi jauh lebih baik.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2