Babab.net

Wednesday, September 12, 2012

Inikah rupa iPhone 5?


I sebenarnya bukanlah peminat iPhone, mahupun peminat gadget-gadget elektronik.  Bab ini I memang tak reti.  Cuma spekulasi tentang rekabentuk iPhone 5 sejak hampir setahun yang lepas ini sedikit-sebanyak menarik perhatian I.

Gambar kononnya iPhone 5 yang dikenali sebagai 'The new iPhone' yang muncul di internet kira-kira setahun yang lepas.

I rasa sudah tentu korang pernah tengok gambar di atas yang dikatakan sebagai iPhone5 yang diperbuat daripada kaca lutsinar yang muncul kat internet sejak kira-kira setahun yang lepas.  Sebenarnya, tidak mustahil jika itu adalah iPhone pada masa yang akan datang, berikutan pendedahan seorang bekas pereka Apple bahawa iPhone pada asalnya sepatutnya diperbuat daripada kaca sepenuhnya.  Ini bermakna Apple sudah pun mempunyai teknologi itu.  Namun disebabkan kosnya yang sangat mahal, ia tidak mungkin akan terlaksana dalam masa terdekat ini [sumber].

Gambar iPhone kaca itu mengingatkan I kepada sekeping acrylic (gambar bawah) hadiah daripada Dato' Seri Samy Vellu.  Ceritanya kat entri ini.


Kat Youtube pun terdapat banyak video yang mengaku sebagai rekabentuk iPhone 5, tapi semuanya hanyalah spekulasi semata-mata.  Satu-satunya video yang I rasa boleh dipercayai adalah video berikut:



Manakala daripada banyak-banyak video spekulasi itu, I paling suka dengan video berikut di bawah ini.  Memang canggih gila lah kalau kita mempunyai keupayaan teknologi untuk merealisasikannya!


Sorry ye, I pun tak tahu bagaimana rupa iPhone 5 sebenar walaupun ia bakal dilancarkan secara rasmi bila-bila masa sahaja daripada sekarang di San Francisco, California.  Betapa hebatnya Top Secret ini.  Tak kisah lah... sebab I bukannya pernah tertunggu-tunggu pun.  Bagi I, semua iPhone sama jer.  Hehe...



7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2