Babab.net

Tuesday, May 29, 2012

Opis baru

I mula berblog ketika I join opis baru di Ara Damansara pada bulan Disember 2010.  Klik sini untuk membaca entri pertama tersebut.

18 bulan kemudian, I bertukar opis lagi apabila disunting (head-hunt) dengan offer yang lebih menarik.  Head-hunting ini dilakukan sendiri oleh boss tersebut dan bukannya menerusi syarikat head-hunter.  Offer ini datang tepat pada masanya kerana kontrak I dengan opis sedia ada baru jer tamat dan tiada khabar berita sama ada kontrak I akan disambung atau sebaliknya.

Semasa interview, boss omputih tersebut memberitahu bahawa dia memilih I semata-mata kerana I pernah bekerja untuk Unit One Design Sdn. Bhd. walaupun untuk tempoh setahun sahaja pada tahun 2003, selain daripada pengalaman I menyiapkan projek Lumina Kiara <-- klik untuk baca.  Unit One sememangnya sebuah design firm yang terkenal dan banyak memenangi anugerah senibina dan senireka dalaman.

I sempat snap gambar pemandangan dari Meeting Room semasa second interview.  Hehe...

Dipendekkan cerita, tanggal 28.05.2012, I memulakan kerja di opis baru ini, yang secara kebetulan adalah hari jadi boss.

Ini cubicle I di satu ceruk opis yang amat sesuai untuk tidur-tidur.
Gambar blur sebab tangan goyang.

Pada tengaharinya, boss belanja satu opis makan pizza untuk meraikan stafnya yang terbaru ini hari jadinya.

 Kenyang siot...

Boss yang kat kanan sekali.

Bertuah sungguh dapat free lunch pada hari pertama di opis baru ini.  Rakan-rakan sekerja 1Malaysia yang baru ini semuanya begitu ramah sekali.  HR memberitahu terdapat seramai 39 46 (update 29.05.2012) orang staff di opis ini.  Staff yang paling senior adalah makcik tukang bersih cleaner yang telah berkhidmat selama 20 tahun di sini!

Semoga kerjaya I akan bertambah maju bermula dari sekarang! :-)


12 comments:

  1. wah best kan tukar ofis?
    mesti lebih selesa..

    sedap giler nampak kek hari jadi bos tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... lebih selesa, terutama sekali kerusinya. Hehe...

      Kek tu memang sedap. Sehingga menjilat pinggan! :-p

      Delete
  2. Makcik cleaner tu layak dapat long service award hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh. Potongan kek pertama boss kasi kat makcik cleaner tuh. :-)

      Delete
  3. huhuu..ok la tu..ade kje kosong x kt situ...huhu..tgh cri kje nih..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fami specialises in what? Kat sini buat Architecture + ID + Graphics Design. :-)

      Delete
  4. yuppp good luck moga tempat baru ada ong buat staff nyerr

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy spray paint caliper brake disk kereta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2