Babab.net

Saturday, May 12, 2012

Lawak #17: [13SX] Mommy, apa itu 'sex'?


Sekadar gambar hiasan...

Alkisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mommynya...

"Mommy, mommy... sex tu apa?"

Terkedulah si ibu... terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.  Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.  Diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mommy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu.

Si anak mula memuncung dan menghentak-hentakkan kakinya.  Si ibu kehairanan.

"Kenapa pulak ni?" si ibu bertanya.

"Jawapan mommy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni...", si anak menjawab seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis di hadapannya:



NAME : ...................................................

SEX : .....................................................

CLASS : ..................................................

SUBJECT: ................................................


5 comments:

  1. hahahahahaha...so funnyla cik logo...xde yg lg funny ke??hahahahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok... I'll try to find the best jokes untuk hiburan semua ok? :-)

      Delete
  2. kahkahkah...
    buku apa tu..?
    kalau buku sekolah mana ada suruh tulis jantina..haha

    ReplyDelete
  3. adoiiii kalau aku meaning sex jadi lain.... antara seks dan sex... susah nak jawab ni....


    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair door trim kereta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2