Sumber gambar royalty-free dari Gettyimages.com
Pada suatu hujung minggu, si ayah duduk di rumah menjaga anak perempuannya yang berusia 2.5 tahun sementara isterinya keluar ke kedai untuk membeli barangan keperluan dapur.
Sedang si ayah begitu khusyuk menonton siaran berita di TV, tiba-tiba si anak datang membawakan secawan 'teh' di dalam cawan mainannya, yang sebenarnya hanyalah berisi air kosong. Si ayah begitu terharu dengan telatah comel anaknya itu. Si ayah menyambut dan menghirup 'air teh' itu dengan penuh nikmat sambil memuji-muji kesedapan 'teh' bancuhan anaknya itu.
Selepas meminum beberapa cawan 'air teh' tersebut, isterinya pulang dari kedai.
"Yang! Mari duduk sini jap. Tengok ye... Cute sangat!" kata si suami dengan muka yang amat girang.
Si anak muncul dari dapur membawakan secawan lagi 'air teh' untuk ayah.
Si ayah meneguk 'air teh' itu sambil mengenyit kepada isterinya.
Kemudian isterinya bersuara, "Bang... pernah tak terlintas di fikiran abang bahawa satu-satunya tempat yang anak kita boleh capai untuk mengambil air adalah dari mangkuk tandas kat belakang sana?"
Moral of the story: Jangan belikan mainan 'tea set' untuk si kecil anda. ;-)
Yummmmm... :-D
ReplyDeleteeeee gelinyerrrr... nak muntah hijau.... tapi tak perrr zat nutrisi yang terkandung dalam tea tu banyak... kalau curah kat pokok... boleh subut.... kalau buat minum pastinya ke hospital lepas tu...
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
pasang roof rack carrier atas kereta
Bro Logo.. eeeeeeeeeeiiiiii, gelinye..haha..
ReplyDeleteadakah si ayah itu adakah bro logo?hahaha
eeeewww...gelinye...mesti ayah dia dah bangga sbb ank kecik dia ade usaha nk buat air wlpun air kosong, tpi rupaya air tandas! kesian ayah dia..hhuhuhu..
ReplyDeletehahah rasakan..
ReplyDeletekih kih kih
ReplyDelete