Babab.net

Saturday, February 18, 2012

Lawak pilihan #10

Sekadar gambar hiasan.

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.  Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.  Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang.  Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya.  Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.  Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan.  Habis semua kenderaan dipotongnya.  Bangga betul Usin masa tu.  Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza... tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa... kan, tengok.  Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres.  Liza tengok abang potong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.  Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah lalu... GEDEGANGGGG!!!

"Usin... Usin..." sayup-sayup terdengar suara emaknya.  Usin membuka matanya.  Dia melihat emaknya di situ.

"Mana Liza, mak?  Macam mana dengan Liza, mak?  Farah, Adi... mana anak-anak saya mak???"  Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.  Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.  Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macam mana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PAANNNGGG!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.  Usin terdiam.  Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri!  Kerja pun pemalas ada hati nak berbini.  Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!  Dah!  Bangun pergi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.


Moral of the story:  Mat Jenin pun bekerja jugak sebagai pengembala lembu tau!



9 comments:

  1. haha...lawak..rupa2nya mimpi..tu la kan dah kena tampar

    ReplyDelete
  2. hahaha da agak,ni mesti kes mimpi sakan ni

    ReplyDelete
  3. cehhhh mimpi ajerrr rupanya.... dah senja-senja pun boleh di buai mimpi...

    dahhh makan penamparrr... baru tersedarrrr

    Story terbaru blog kami...
    masalah kereta lembab tak ada pickup

    ReplyDelete
  4. hahahhaa kesian betui si usin ni lah!! kehkehkeh..lawak gila.

    ReplyDelete
  5. Mimpi o mimpi, cuba mak dia buat lawak last sekali ha2

    ReplyDelete
  6. haha dah agak dah..mesti mimpi nie.haha kesian husin! kene lempang lak :)

    ReplyDelete
  7. hahaha klu wa jadik lembu wa mesti pencen lepas tnguk ini celita haiyaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2