Babab.net

Tuesday, November 08, 2011

Edwards Syndrome

Gambar hiasan diambil dari sini.

Ucapan takziah buat adik tiri I dan keluarga yang baru sahaja kehilangan anaknya awal pagi semalam kerana mengidap Edwards Syndrome <-- sila klik untuk bacaan lanjut yang juga dikenali sebagai Trisomy 18.

Ketika menziarahi beliau di rumahnya semalam, kami menonton video bayinya yang berada di dalam incubator.  Terasa sebak di dada melihat bayi itu menggenggam kuat jari ibunya.  Bayinya meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 8 hari akibat komplikasi jantung.

Bayinya hanya dikesan mengidap Edwards Syndrome semasa kandungan berusia 8 bulan.

Menurut doktor, kes Edwards Syndrome berlaku dalam 1:5,000 kelahiran.  Secara purata, bayi-bayi yang dilahirkan dengan Edwards Syndrome hanya mampu untuk hidup di antara 5 hingga 15 hari sahaja.  Kira-kira 50% mampu hidup sehingga dua bulan, 5-10% mampu bertahan melebihi setahun, dan hanya kira-kira 1% mampu hidup melewati 10 tahun.  Peratusan mereka yang hidup sehingga ke alam dewasa pula amatlah kecil.  Mengikut carian Google, pengidap Edwards Syndrome tertua di dunia setakat Mei 2011 berusia 34 tahun.

Risiko wanita untuk mengandungkan bayi Edwards Syndrome meningkat dengan usia, dengan purata umur 32.5 tahun.

Sekali lagi, takziah diucapkan kepada beliau dan isteri.  Semoga tabah menghadapinya.  Tiada apa yang boleh kita lakukan kerana penyakit ini memang tiada ubatnya.  Ada pepatah Cina yang maksudnya lebih kurang begini:  "Biarlah dipendekkan penderitaan ini daripada menderita sepanjang hayat".

Biarlah dia pergi...


13 comments:

  1. tak sanggup nak bygkan perasaan org yg kehilangan baby ni.. sbb kita juga seorang ibu. Apapun takziah

    ReplyDelete
  2. percayalah...itu yang terbaik untuk baby tu kan uncle?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih semua.

    @Sunah Sakura, yup, itulah yang terbaik untuk semua...

    ReplyDelete
  4. takziah..
    dia pergi cara baik..
    bukan macam sesetengah orang,yang kejam sanggup bunuh lagi

    ReplyDelete
  5. takziah utk mereka sekeluarga... mama turut rasa sedih, tak dpt bayangkan kehilangan anak tersayang. May they have the strength to to through these difficult times.

    ReplyDelete
  6. @Mama Kembar 3
    Memang sedih. Tapi kehadiran singkat bidadari ini dalam hidup mereka dan kami telah meninggalkan kesan yang mendalam juga.

    Yang jauh kini telah didekatkan. Ikatan persaudaraan telah diperkuatkan. Pandangan juga telah diperluaskan...

    ReplyDelete
  7. tuhan menyayanginyerrr.... semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy tinted film headlamp rr taillamp

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2