Babab.net

Thursday, April 07, 2011

Qingming 2011 (清明)

Ahad lepas (3 April 2011), kami serombongan 22 orang ahli keluarga ke Batu Pahat, Johor untuk Perayaan Qingming (Ching Ming), iaitu hari untuk menziarahi dan membersihkan kubur nenek moyang.

Perayaan Qingming jatuh pada 5 April setiap tahun.  Kaum keluarga mempunyai masa selama 20 hari untuk menunaikan tanggungjawab nih setiap tahun, iaitu 10 hari sebelum dan selepas tarikh 5 April.  Pada tahun-tahun lompat, ia jatuh pada 4 April.

Nama-nama lain untuk Perayaan Qingming termasuklah:

*All Souls Day
*Clear Bright Festival
*Ancestors Day
*Festival for Tending Graves
*Grave Sweeping Day
*Tomb Sweeping Day
*Chinese Memorial Day
*Spring Remembrance

I rasa tak yah lah I buat lecture pasal Qingming sebab informasi kan di hujung tanduk jari kiter?  Kalau berminat nak tau lebih lanjut, korang boleh lah klik di sini.

Entri kali nih lebih kepada entri bergambar.

Ini adalah 'pondok pengawal' yang perlu kiter sembah dulu untuk memanggil datuk nenek supaya 'naik ke atas' sebab anak-cucu-cicitnya dah sampai!

Inilah kubur datuk dan nenek sebelah bapak.  Sempoi giler, kan?  Batu-batanya cuma disusun cenggitu jer tanpa bersimen.

My datuk (1899-1949).

My nenek (1906-1984).

Baju baru dan jam tangan emas untuk datuk.

Baju cheongsam baru sedang 'dihantar' kepada nenek.

Beg LV -- satu untuk datuk, satu untuk nenek.
Eh... bukan LV, tapi VLV.  Hehe...

Tahun nih iPad is the 'in' thing!  Tapi kitorang hantar satu jer dulu ye datuk, nenek?  Tahun depan kitorang hantar iPad3 pulak ye?

Selepas berpanas di bawah terik matahari, kitorang menjamu selera kat sebuah restoran.  Seperti tahun lepas, kitorang sempat bergambar kenang-kenangan beramai-ramai.

Sebut pasal tahun lepas, gambar kat bawah nih I ambik semasa Perayaan Qingming tahun lepas kat Tokong tempat kitorang simpan plat datuk dan nenek...

Nampak benda seperti asap tuh?  Padahal masa tuh tak der sebarang colok yang sedang dibakar.  I terambik gambar paranormal activity!  Meremang bulu tengkuk!  Untuk melihat gambar-gambar sekitar Perayaan Qingming 2010, sila klik sini.

Qingming tahun nih barulah bapak I bagitau bahawa tarikh kematian datuk ialah pada 7 April (1949).  Kebetulannya, itulah jugak tarikh hari lahir I dan abang I yang sulong.  Hari lahir sorang anak buah kami jugak jatuh pada tarikh yang sama!

Entri nih I kena buat jugak hari nih, 7 April 2011 sebagai memperingati ulangtahun kematian datuk I yang ke-62.  Sementara I, abang sulong I, dan sorang anak buah kitorang menyambut hari jadi kitorang.  Braper dah usia I?  Biarlah rahsia.  Hehe...

Terima kasih kepada korang yang hantar Birthday wishes kat FB, termasuk Ben!

*Pengsan*

21 comments:

  1. owhh..

    baru tahu sal perayaan ni..

    erk, nak i pad satu!~

    :P

    ReplyDelete
  2. sy pown baru tau....mmg nk tau pasal nie...thanks kogsi info yea..

    hye...smbung gegar 1000 blogger...
    salam perkenalan...sudi2 lh dtg blog nika..

    http://nikaviolet88diary.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. happy birthday!
    semoga cepat berjodoh!
    hoho

    so, I learn a new thing today.
    cool

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday to You...

    Waa, logo, Ipad tu.... I nak g ambil. Haha..just kidding.

    Selalu i tengok this situasi di jalan kem Sg. Ara, Penang. Memang jalan agak jem kalau tiba waktunya.
    Nice entri sebab ada a-z about Perayaan Qingming. Erk, birthday boy dapat banyak hadiah tak tahun nih?

    ReplyDelete
  5. selamat hari Qingming juga untuk brader Logo...

    ReplyDelete
  6. haritu nad nak cari tanglung..
    pastu masuk kedai jual barang untuk org mati ni lah..
    mula2 terkejut..
    kenapa ada beg,kereta kertas...
    baru tau rupanya tu barang2 nak dihantar kepada si mati..

    p/s: mahal ke ek??
    dgr2 harga barang2 ni mahal...

    tolong jawab soalan nad..nak tau sangat..ahahaha =)

    ReplyDelete
  7. rmai kawan2 saya yg Chinese balik kampung nak smbut QingMing.....

    ReplyDelete
  8. uncle!!!!!!!!! besday u sama ngan besday blog i!!! ahahahaha~

    happy belated besday ye uncle~ ;)

    ReplyDelete
  9. Kat sini memang dah biasa tengok. Kalau pergi ke Carpenter Street (kita sebut China Street) memang seronok tengok mrk buat persediaan. Bila ada perayaan tertentu semua kedai2 di sana tutup.

    ReplyDelete
  10. BTW Logo, happy birthday to you. God bless you. Bila agaknya nak merasa nasi minyak Logo?

    ReplyDelete
  11. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    pilihan motorsikal kupcai terbaik
    Hari Qing Ming biasanya jatuh pada 4 hb, 5 hb atau 6 hb bulan April setiap tahun....Sempena Perayaan Ching Ming setiap 4 April, kebanyakkan sekolah jenis kebangsaan cina akan bercuti. kalau tak salah aku, kaum cina akan menyambut perayaan Ching Ming ni dengan melawat kubur, memberi makanan dan sembahyang untuk orang yang dah mati.

    Dalam budaya tradisional China, Qing Ming juga merupakan hari untuk memuja nenek moyang dan telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda negara ini. Berdasarkan catatan sejarah, adat resam pemujaan nenek moyang oleh orang China pada hari Qing Ming sudah mempunyai sejarah selama lebih 2500 tahun.

    Menziarahi dan membersihkan kubur nenek moyang merupakan aktiviti yang paling penting pada hari Qing Ming.

    ReplyDelete
  12. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    pilihan motorsikal kupcai terbaik
    Hari Qing Ming merupakan satu perayaan tradisional China yang berasal dari zaman Dinasti Zhou lagi, iaitu lebih 2500 tahun yang lalu. Terdapat sebuah legenda tentang hari Qing Ming itu. Kononnya, pada Zaman Dinasti Zhou Timur, gundik Raja Xian dari Negeri Jin berniat untuk menjadikan anaknya sendiri pengganti raja. Maka dia pun menganiaya putra mahkota, iaitu Shen Sheng, sehingga putra mahkota itu membunuh diri. Adik lelaki kepada Shen Sheng, iaitu Chong Er turut melarikan diri. Dalam tempoh dibuang negeri, Chong Er hidup miskin dan sentiasa susah. Oleh sebab itu, kebanyakan pengikutnya pun meninggalkannya. Salah seorang pengikut Chong Er yang bernama Jie Zitui amat dan taat setia pada Chong Er. Pada suatu hari, Chong Er jatuh pengsan kerana kebuluran. Jie Zitui pun memotong daging daripada kakinya sendiri dan memasak daging itu untuk dimakan oleh tuannya. 19 tahun kemudian, Chong Er telah kembali ke negeri Jin dan berjaya merampas kembali takhta dan menjadi raja, iaitu Raja Wen yang terkenal pada zaman itu.

    Selepas Raja Wen berjaya mendapat kuasa pemerintahan, baginda menganugerahkan barang atau pangkat kepada pengikut-pengikut yang taat padanya, tetapi terlupa akan Jie Zitui. Maka ada orang yang mencadangkan supaya Jie Zitui diberi anugerah yang sepatutnya. Raja Wen teringat akan peristiwa yang telah berlaku lalu segera menghantar orang untuk menjemput Jie Zitui. Namun, Jie Zitui menolak anugerah itu. Maka, Raja Wen pun pergilah menziarahi Jie Zitui. Tetapi, ketika Raja Wen tiba di rumah Jie Zitui, barulah baginda mengetahui bahawa Jie Zitui telah melarikan diri bersama-sama dengan ibunya ke hutan Mianshan. Raja Wen menyuruh tenteranya mencari Jie Zitui dalam hutan itu, tetapi mereka tidak menemuinya. Ada orang mencadangkan kepada Raja Wen supaya membakar hutan Mianshan itu untuk memaksa Jie Zitui keluar. Maka, Raja Wen pun mengarahkan orang untuk membakar hutan tersebut. Kebakaran itu berlangsung selama tiga hari, tetapi Jie Zitui tidak juga keluar. Selepas kebakaran itu dipadamkan, tentera Raja Wen terus mencari Jie Zitui dalam hutan itu. Mereka mendapati Jie Zitui dan ibunya sudah mati terbakar di tepi sebatang pokok. Raja Wen berasa amat sedih dan menangis ketika melihat mayat Jie Zitui, lalu mengarahkan rakyat untuk mengebumikannya. Ketika itu, Raja Wen menemui sehelai kain yang bertulis sesuatu tersimpan di dalam sebuah lubang pada pangkal pokok yang disandar oleh Jie Zitui itu. Pada kain itu, Jie Zitui telah menulis sebuah sajak untuk menasihati Raja Wen supaya mentadbir negeri dengan cekap, bersih dan bijak. Perkataan bersih dan bijak dalam bahasa Mandarin ialah "Qing Ming". Demi memperingati Jie Zitui, Raja Wen telah menetapkan hari kematian Jie Zitui sebagai Hari Makanan Sejuk. Pada hari itu, api dilarang dinyalakan dan rakyat hanya boleh makan makanan yang sejuk.

    Setahun selepas itu, Raja Wen sekali lagi pergi ke hutan itu untuk memperingati Jie Zitui. Selepas itu, baginda terus menetapkan hari itu sebagai hari Qing Ming.

    ReplyDelete
  13. heppy belated birthday to you bro. kawin nnt jemput kc n aiman eh. kitorg dtg bwk angpow besar. hihi ..

    ReplyDelete
  14. hepi belated besdayyyy..huhuh..nasib baik sempat wish dlm bulan April:)

    ReplyDelete
  15. ptt lar e few week jem jer kt taman ehsan tue...
    Last year sempat lar, tgk boss borong barang tuk di hantar ke sana..

    ReplyDelete
  16. owhh... brader org cina ke...


    omm.. perayaa ni ad consert x.. sbb sgt bising sampai ke kampus sy dengar.. hehehee.. sya kat maktab batu pahat...

    ReplyDelete
  17. Rupanya begini perayaan ni..
    ingat bersih kubur je

    ReplyDelete
  18. hehe..jon, lama juga tak singgah sini..
    entry ni ada sesuatu yg kita boleh belajar...

    ReplyDelete
  19. oohh my gotchaa...


    ada entiti di gambar terakhir...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2