Babab.net

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, March 06, 2013

WW#84: Funny traffic light


A traffic light completely blocked by a newly completed pedestrian bridge.
~ Spotted at Jalan Ampang on 23/01/2013.






Monday, March 26, 2012

Lawak pilihan #14


Gambar hiasan dari Google.

Suatu hari, sebuah bas kilang yang membawa pekerja-pekerja wanita dari sebuah kampung sedang menuju ke sebuah kilang elektronik yang terletak jauh dari kawasan kampung.  Dalam perjalanan itu mereka terpaksa melalui sebuah ladang getah yang agak luas.

Nak dijadikan cerita... ketika sedang melalui ladang getah tersebut, bas itu terpaksa berhenti kerana jalan direntangi sebatang pokok getah yang tumbang.  Tiba-tiba sekumpulan 6 orang penyamun bersenjatakan pisau rambo dan bertopeng muncul dari semak-samun dan memasuki bas.

Salah seorang penyamun itu mengherdik, "Keluarkan semua barang kemas dan duit yang korang ada!!!  Cepat!!!"

Seorang pekerja kilang tu membalas, "Tapi... kami ni pekerja kilang jer... manalah ada barang kemas?  Kalau ada pun, takkan lah kami nak pakai ke kilang?  Duit yang kami ada nih pun sikit jer.  Makan pun kami bawa bekal jer..."

Penyamun itu berfikir sejenak.  "Haaa... gini lah... oleh kerana korang tak der barang kemas dan duit... kami akan rogol korang SEMUA!  BUWAHAHAHA!!!"

Awek kilang yang muda yang kat depan sekali berkata, "Alaaa... takkan lah makcik janda tua yang kat belakang tuh pun nak rogol jugak?  Kesian ler sikit?"

Tiba-tiba... makcik itu berdiri.

"Weh!  Baik kau diam, ok???  Kalau dia kata SEMUA, SEMUA lah!!!"


Wednesday, March 14, 2012

Logorithm's Wordless Wednesday #38


This is our dog in our backyard.  Our neighbour's dog can be seen here.


Saturday, February 18, 2012

Lawak pilihan #10

Sekadar gambar hiasan.

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.  Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.  Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang.  Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya.  Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.  Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan.  Habis semua kenderaan dipotongnya.  Bangga betul Usin masa tu.  Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza... tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa... kan, tengok.  Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres.  Liza tengok abang potong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.  Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah lalu... GEDEGANGGGG!!!

"Usin... Usin..." sayup-sayup terdengar suara emaknya.  Usin membuka matanya.  Dia melihat emaknya di situ.

"Mana Liza, mak?  Macam mana dengan Liza, mak?  Farah, Adi... mana anak-anak saya mak???"  Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.  Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.  Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macam mana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PAANNNGGG!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.  Usin terdiam.  Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri!  Kerja pun pemalas ada hati nak berbini.  Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!  Dah!  Bangun pergi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.


Moral of the story:  Mat Jenin pun bekerja jugak sebagai pengembala lembu tau!



Sunday, February 12, 2012

Lawak pilihan #9

Gambar hiasan dari Google.

Pada suatu malam, si isteri balik lewat dan secara senyap membuka pintu kamar tidurnya.

Dia terkejut apabila dalam samar-samar itu dia dapat melihat dua pasang kaki di bawah selimutnya!

Perasaan marah yang teramat sangat menguasai dirinya.  Lalu dicapainya pemukul baseball di tepi pintu kamar yang disediakan untuk mempertahankan diri sekiranya rumah dimasuki pencuri di tengah-tengah malam.  Dia menerkam dan mula menghentam kedua-dua durjana itu sepuas hatinya.  Setelah selesai, barulah dia tersedar akan apa yang telah dilakukannya.  Dia panik, lalu bergegas ke bilik tidur anak tunggalnya yang berusia 3 tahun itu untuk dibawa lari.

Si isteri ternganga apabila melihat suaminya sedang nyenyak tidur di sebelah anaknya.  Suaminya terjaga.

"Oh hi darling, lewat balik?" kata si suami, "Ibu dan ayah you datang melawat, jadi abang suruh diorang tidur kat bilik kita..."


Moral of the story, jangan bertindak melulu tanpa usul periksa.

Friday, February 03, 2012

Lawak pilihan #8

Sumber gambar dari sini.


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UTM Skudai.

Mahasiswa: Sudah lama mengemis di sini, pakcik?

Pengemis: Ya... lebih kurang sudah 8 tahun, nak.

Mahasiswa: Wah, sudah lama juga ya, pakcik?  Sehari biasanya dapat berapa, pakcik?

Pengemis: Paling sedikit RM50, nak...

Mahasiswa: Banyak juga ya, pakcik?

Pengemis: Bolehlah nak, untuk keluarga.

Mahasiswa: Ehhh... keluarga pakcik di mana?

Pengemis: Pakcik ada 3 orang anak, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah, dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang.

Mahasiswa: Wow!  Hebat-hebat belaka ya, anak-anak pakcik ni?  Tak sangka!

Pengemis: Harus diakui anak-anak pakcik memang hebat-hebat belaka.  Paling kurang mereka boleh dapat RM100 sehari...


Saturday, January 21, 2012

Lawak pilihan #7


Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si suami memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang:

Suami:  Ini dah melampau.  Gunakan telefon sesuka hati.  Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri:  Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak:  Oh sorry ye.  Saya gunakan SMS sahaja.  Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid@Bibik:  Jadi apa masalahnya?  Semua orang gunakan telefon tempat bekerja.  Sama juga dengan saya guna telefon tempat bekerja.



Gambar hiasan dari Google.




Wednesday, January 11, 2012

Logorithm's Wordless Wednesday #31


Nota kaki:  Not my kaki, ok?
Mamat <-- sila tekan ini selalu salah pakai stokin.  Hehe...





Thursday, January 05, 2012

Lawak pilihan #5


Ada seorang anak bertanya pada ibunya, "Bu, sweet seventeen nanti boleh sambut birthday kat rumah tak?"

"Boleh… boleh... biar nanti ibu siapkan", jawab ibunya.

Anak itu kembali bertanya, "Bu, majlis sweet seventeen nanti boleh jempunt kawan-kawan datang tak?"

"Boleh... boleh... nanti ibu uruskan jemputannya", ibunya menjawab lembut.

Anak itu bertanya lagi, "Bu... bu... boleh pakai baju baru gak?"

"Boleh… boleh... nanti ibu belikan."

Pada hari ulang tahun ke-17 itu, majlis dirayakan di rumahnya, kawan-kawannya sudah datang.  Anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya sama ibunya.

"Bu... bu... nak pakai lipstick boleh tak?"

"Tak boleh!" ibunya melarang.

"Alaaa... bu, sekali nih jer, bu.  Boleh lah bu...” rengek anaknya.

"Tak boleh!  Kamu boleh bikin majlis, kamu boleh jemput kawan-kawan kamu, kamu boleh pakai baju baru, tapi kamu tak boleh pakai lipstick!"

“Boleh lah bu... please..." rengek anaknya lagi.

"TAAAAAK BOLEH, FADZLI!!!", demikian si ibu menjerit.











Gambar hiasan dari cereka 'Sutun'.





Thursday, December 29, 2011

Lawak pilihan #4


Ini bukan gambar Abu yang sebenar.  Jumpa kat Google. 

Kisah ini benar-benar terjadi sewaktu Abu (bukan nama sebenar) kanak-kanak dahulu.

Ayah Abu suka memberikan amaran dengan menjeling garang jika Abu membuat sesuatu yang tidak disukainya.  Contohnya, jika ke kedai, kalau Abu mengambil gula-gula, dia akan menjeling, bermakna menyuruh Abu meletakkan semula gula-gula itu di tempatnya semula.

Suatu hari, Abu mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib.  Ketika sedang rukuk, Abu melihat kain pelikat Tok Imam tersepit di celah punggung.  Abu yang 'konon'nya ingin membantu, menarik lembut kain yang tersepit itu.  Ayah Abu yang sedang solat tapi terlihat perbuatan Abu, terus memberikan jelingan yang amat garang kepada Abu.

Kecut Abu.  Dia amat memahami maksud ayahnya, lalu dengan cepat memasukkan semula kain pelikat Tok Imam itu semula ke celah punggungnya.  Apa lagi, melatah lah Tok Imam!  Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan Tok Imam.  Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah, terus mengheret Abu balik ke rumah.

Malam itu, berbirat punggung Abu dirotannya.


Friday, December 23, 2011

Lawak pilihan #3


Sumber gambar dari Google.

Suatu hari sepasang lalat sedang dinner kat satu tempat yang romantik.

Tiba-tiba si isteri lalat bersuara, "Bang, kenapa hari-hari kita makan taik?"

Lalu si suami pun menjawab, "Isshh!  Jangan cakap benda-benda kotor masa makan!  Tak baik!"


Wednesday, December 21, 2011

Thursday, December 15, 2011

Lawak pilihan #2


Gambar hiasan dari filem 'Babe' (1995).

Pada suatu hari, monyet berjalan-jalan di dalam hutan.  Tiba-tiba dia terperasan babi, kawan karibnya sedang berehat di bawah pokok.  Monyet agak pelik dengan muka babi yang nampak macam muram dan sedih.  Monyet pun pergi ke arah babi yang sedang berehat dan mula buka mulut:

Monyet:  Eh?  Naper ko nih babi, aku tengok muram jer?

Babi:  Aku sedih la monyet...

Monyet:  Sedih apa pulak?  Orang lain dalam hutan nih semua happy, ko lak sedih.  Ko citer la apa ko punya sedih tuh.

Babi:  Uhuk!  Uhuk! (nangis tersedu-sedu).  Aku marah sangat dengan perangai manusia.  Kecik hati pun ada!!!

Monyet:  Kenapa pulak dengan manusia nih, babi?  Ada masalah ker?

Babi:  Memang ada masalah pun!  Manusia nih kadang-kadang suka sangat sebut nama aku!  Kadang-kadang tengah bawak kereta, nak langgar jer kereta depan mesti cakap, "WOI!! BABI PUNYA KERETA!!!  TAK RETI BAWAK KER???"  Padahal bukan aku yang bawak kereta tuh!!!

Monyet:  Ish ish ish...  memang tak patut laaa...

Babi:  Ada lagi monyet!  Kadang-kadang manusia nih jalan-jalan terpijak jer taik ayam mesti cakap, "CELAKA TOL!!!  BABI PUNYA AYAM!!!  BERAK MERATA-RATA!".  Apsal diorang marah aku?  Bukan aku yang berak!  Ayam berak, aku lak kena marah!  Pi la marah ayam tuh!  Uhuk uhuk...

Monyet:  Sabar la babi, ko kena banyak bersabar!  Jangan ambik hati sangat dengan perangai manusia.


Sedang monyet berborak dengan babi tiba-tiba dia terperasan anak babi.  Monyet pun bertanya:

Monyet:  Eh?  Anak kau ker tuh, babi?  Dah besar dah kan?

Babi:  A'ah anak aku...

Monyet:  Eh?  Apsal dia jalan tunduk jer... tak tengok atas?

Babi:  Mana lah aku tau?  Dah dia jalan cenggitu...

Monyet:  Laaa... ko tak tau naper dia jalan tunduk?  Agaknya dia malu kot mak dia nama babi?  WAKAKAKAKAKAAA!

Babi:  CELAKA KO MONYET!!!  BABI KO!!!  SEMPAT LAGI MENGATA AKU YE???

Sunday, January 23, 2011

Kisah dalam Lift

Balik dari kerja semalam, sampai jer kat lift lobby, I terus check mailbox kot-kot ader surat.  Pada masa yang sama, ader sorang mamat gemok nih pon baru jer sampai kat lift lobby.  Dia menekan butang lift.  Pintu lift terus terbuka.  Mamat tuh masuk, sementara I bergegas mengunci balik mailbox I.

Tanpa diminta, mamat nih menekan butang buka pintu untuk menunggu I.  I masuk lift dan mengucapkan terima kasih kepadanya.  Dia senyum.

Kami menuju ke tingkat yang sama -- Tingkat 4.  I tak pernah nampak mamat nih selama 7 tahun lebih I tinggal kat sini.  Mungkin dia baru berpindah ke sini.

Kemudian mamat nih mengetuk lembut dinding lift.  I pandang.  Dia memulakan perbualan.

"Lift dah tak bergegar lagi ye?"

Lift apartment nih memang dah lama macam nak rosak jer.  Bila bergerak, ia akan bergegar dan mengeluarkan bunyi bising yang menakutkan, seolah-olah kabelnya nak putus!  I think this is gonna be a disaster waiting to happen!

"Iye ker?  Sama jer?"  I menjawab.

"Dah kurang sikit", katanya.

Tanpa berfikir Sedetik Lebih, I menjawab, "Oh, sebab bila lift dah berat, gegarannya pon kurang sikit lah."


*krik krik krik* bunyi cengkerik.

Masa yang diambil untuk sampai ke tingkat 4 terasa begitu lama sekali!

Lepas nih I paham-paham jer lah kalau mamat nih tak nak tegur I lagi kalau jumpa kat lift.

But I didn't mean to insult him!


*Jom baca kisah dalam lift yang kedua kat sini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2