Babab.net

Showing posts with label pengemis. Show all posts
Showing posts with label pengemis. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Apabila pengemis marah kita tak kasi dia RM7

Ini cerita Isnin lepas. Selepas berurusan dengan DBKL Jalan Raja Laut, I berjalan kaki ke perhentian teksi terdekat untuk balik ke pejabat.

Dalam perjalanan, seorang pengemis perempuan India yang obese cukup makan dalam lingkungan usia 30-an datang menghampiri meminta RM7, katanya dia tak ada duit untuk balik ke Kuala Selangor.  Di sampingnya adalah anaknya yang comot, dalam lingkungan usia 7 tahun yang rasanya terencat akal.

Maka I seluk poket baju yang kebetulan ada RM1.  I hulurkan kat dia RM1 itu sambil berkata bahawa I tak dapat nak kasi dia RM7, tapi ambillah RM1. Alangkah berangnya hati apabila pengemis itu mengambil RM1 dengan muka marah tak puas hati dan menggulingkan matanya sambil memandang ke arah lain tanpa mengucapkan terima kasih! WTF???  Nak saja I ambik balik duit RM1 itu!

I berlalu pergi dengan hati yang amat geram!  Selepas beberapa langkah, I tak boleh tahan.  I berpatah balik kepadanya dan memarahinya sebab dia tak mengucapkan terima kasih langsung.  Dia menjawab bahawa dia ada mengucapkan terima kasih.

PIGIDAH!!!

Ceritanya belum habis di situ.

Malam itu, habis kerja I ke pasar malam di Taman Sri Sinar, Kepong untuk tapau makan malam.  Sampai jer kat situ, I terserempak lagi dengan pengemis itu yang sedang duduk di sebuah gerai char kuetiaw tengah menjamu selera dengan dua orang anaknya.  Huh!  Kata nak balik Kuala Selangor???  Naper boleh tersesat ke Kepong dari Jalan Raja Laut?  I rasa dia ternampak I terlebih dahulu sebab I tengok dia berpaling muka memanjang ke arah lain.

Nak saja rasanya pergi bersemuka dengannya dan memecahkan tembelangnya.  Tapi I batalkan saja niat itu.  Tak nak lah bikin kecoh nanti.

I teruskan misi mencari makan malam.

Di penghujung pasar malam, I tengok gerai nasi lemak kukus masih lagi dibuka.  Selalunya jam sekitar 8 malam begini dia dah tutup.  Dah habis jual.  Memang laku nasi lemak dia.  Pelanggan-pelanggannya kebanyakannya orang Cina.

I menghampiri gerainya.  Ayam tinggal 3 ketul.  Nasi ada beberapa bungkus lagi.  Mamat itu offer ayam seketul RM2.  Nasi RM1.  I ambik nasi sebungkus dan ayam 2 ketul.  I timang-timang sikit.  Rasanya cukup lah kenyang nanti.  Tiba-tiba mamat itu suruh ambil sekali ayam yang tinggal seketul itu.  Free katanya.  Nak tutup gerai.  Fuh!  Rezeki jangan ditolak!  I membayar RM5 sambil tersenyum dan berterima kasih kepadanya.  Semoga bertambah-tambah lah murah rezeki mamat nasi lemak kukus ini.

Nasi lemak kukus - ayam 3 ketul.  RM5 jer.

Katakan lah... jika I mencari gaduh dengan perempuan India tak sedar diri itu tadi, maka rasanya I akan terlepas nasi lemak kukus RM5 ayam 3 ketul.  Orang lain yang akan dapat sebab I tengah sibuk bergaduh dengan perempuan India itu.  Hehehe...

RM1 yang I berikan kepada perempuan India penipu itu telah dikembalikan kepada diri ini oleh orang lain dalam bentuk nasi lemak kukus ayam 3 ketul dengan harga cuma RM5.

Moral of the story:  Pay it forward. <-- i="i" klik="klik">  Buat baik pasti akan berbalas baik.  Biar sekecil mana pun.  Kadang-kadang balasannya akan datang dengan segera, kadang-kadang pada masa hadapan, atau pun di kehidupan akan datang.

Saksikan video berikut untuk memahami konsep Pay it forward.

Friday, February 03, 2012

Lawak pilihan #8

Sumber gambar dari sini.


Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UTM Skudai.

Mahasiswa: Sudah lama mengemis di sini, pakcik?

Pengemis: Ya... lebih kurang sudah 8 tahun, nak.

Mahasiswa: Wah, sudah lama juga ya, pakcik?  Sehari biasanya dapat berapa, pakcik?

Pengemis: Paling sedikit RM50, nak...

Mahasiswa: Banyak juga ya, pakcik?

Pengemis: Bolehlah nak, untuk keluarga.

Mahasiswa: Ehhh... keluarga pakcik di mana?

Pengemis: Pakcik ada 3 orang anak, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah, dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang.

Mahasiswa: Wow!  Hebat-hebat belaka ya, anak-anak pakcik ni?  Tak sangka!

Pengemis: Harus diakui anak-anak pakcik memang hebat-hebat belaka.  Paling kurang mereka boleh dapat RM100 sehari...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2