Babab.net
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Wednesday, March 12, 2014
Monday, December 02, 2013
Paul Walker masih hidup?
I bukanlah peminat siri filem The Fast & the Furious dan tak berapa kenal pun pelakon-pelakonnya selain daripada Vin Diesel. Jadi, berita kematian Paul Walker dalam satu kemalangan ngeri pada 30/11/2013 tiada memberikan sebarang kesan terhadap diri ini.
Diberitakan bahawa sehari sebelum kemalangan tersebut, tersebar khabar angin bahawa beliau terbunuh dalam satu kemalangan, tetapi ini telah dinafikan oleh wakil beliau pada pagi esoknya pada hari Sabtu, 30/11/2013. Namun beberapa jam kemudian, Paul Walker benar-benar telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya, dan wakil beliau yang sama dengan berat hati mengesahkan berita buruk itu.
Ok... jadi Paul Walker telah disahkan terbunuh. Semua portal berita di internet dan di tv pun menyiarkan berita yang sama.
Yang I tak paham ialah, kenapa boleh timbul pula cerita bahawa Paul Walker terselamat? Siap ditunjukkan gambar kecederaan parah di muka Paul Walker sebelum dan selepas pembedahan.
Paul Walker cedera parah di muka.
Muka Paul selepas berjaya dijahit semula.
Cepat betul Paul boleh tersedar dari kecederaan serius ini.
Macam jahit baju jer.
Wajah Paul yang sebenar.
Dah tak der kerja lain ker? Ini asyik nak konpiuskan orang jer kerja dia.
Sebab itulah I rasa perlu untuk membuat entri ini untuk mengajar kita supaya jangan mudah konpius dan percaya dengan khabar angin, terutama sekali kalau kita dihidangkan dengan 'bukti gambar'.
Kita save jer gambar yang dikatakan sebagai bukti itu, kita buka Google Images, kita tekan 'search by image'.
Voila!
Tengok? Gambar ini sebenarnya sudah lama berada di internet. Mangsa yang dikatakan sebagai Paul Walker ini sebenarnya adalah Alan Dennis yang cedera akibat kemalangan di tapak pembinaan pada tahun 2011.
http://urbanlegends.about.com/b/2013/12/01/paul-walker-death-photo-hoax.htm
http://urbanlegends.about.com/b/2013/12/01/paul-walker-death-photo-hoax.htm
Jadi rakan-rakan sekalian, usahlah mudah percaya dengan khabar angin. Ingat, maklumat sentiasa berada di hujung jari kita. Encik Google sentiasa ada untuk menjawab persoalan kita.
Okeh?
Labels:
accident,
fast & furious,
hoax,
kemalangan,
mati,
paul walker,
terbunuh
Saturday, February 18, 2012
Lawak pilihan #10
Sekadar gambar hiasan.
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza... tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa... kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang potong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah lalu... GEDEGANGGGG!!!
"Usin... Usin..." sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia melihat emaknya di situ.
"Mana Liza, mak? Macam mana dengan Liza, mak? Farah, Adi... mana anak-anak saya mak???" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macam mana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PAANNNGGG!!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pergi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.
Moral of the story: Mat Jenin pun bekerja jugak sebagai pengembala lembu tau!
Labels:
balik kampung,
botak,
kemalangan,
lawak,
mimpi,
tragedi
Wednesday, February 08, 2012
Logorithm's Wordless Wednesday #34
Wednesday, November 23, 2011
Logorithm's Wordless Wednesday #24
Wednesday, July 06, 2011
18PG: Logorithm's Wordless Wednesday #5
![]() |
| Sumber gambar telah dicensored atas permintaan Cik Jalut. |
* List of participants for this week's WW here --> http://malaysianww.blogspot.com/2011/07/7-blogpost-list-for-wordless-wednesday.html
|
Labels:
check blood pressure,
eksiden,
kemalangan,
mercun paip,
ngeri,
otak,
pecah kepala,
periksa tekanan darah
Subscribe to:
Posts (Atom)












